jom klik ni untuk menjadi yang pertama untuk mengetahui tentangnya

Sunday 6 January 2013

Sinopsis Novel Awak Suka Saya Tak? karya Melur Jelita

Assalamualaikum !


Novel yang aku nak review hari ni agak dah ketinggalan. Aku tau. Hahaha. Maklum ah busy weii. Hari jumaat baru aku start baca sebab takde nak buat ape. Tu pun ambik masa 3 hari nak habiskan. Tebal giler pages dia. 1056 muka surat tau. Ketebalan dia lebih kurang dengan novel Bukan Puteri Lindungan Bulan. Macam biasa ni aku bagi sinopsis dulu 

Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea - American - Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.

Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.

Hilmanku…sifuku…kekasihku…Kembalilah…

" Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini…" Hilman Yong

" Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja." Damien Yong

" Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya." Intan Zulaikha

Sinopsis pun dah agak panjang , apetah lagi jalan ceritanya kan. Aku suka novel ni sebab novel ni antara novel yang cerita pasal anak orang kaya yang humble giler. Both kaya. Hilman & Intan Zulaikha , tapi dorang maintain humble je walau mak ayah kaya raya. Tak macam dunia realiti yang anak-anak orang kaya selalu bajet je dengan kekayaan mak ayah dorang kan. Tak sedar padahal tu semua pemberian Allah. 

Lagi satu aku suka sebab macam mane Hilman Yong jaga adab dia sebagai lelaki. Dia tak pernah pun sentuh Intan Zulaikha padahal boleh je dia nak sentuh2 sebab dia always with Intan Zulaikha. Tapi dia sentiasa ingat Allah . Paling aku suka dia letakkan cinta Kepada Allah SWT & Nabi Muhammad SAW dulu baru cinta dia kat Intan Zulaikha. So walaupun dia muallaf , tapi boleh kata ilmu dia tinggi jugak lah sebab dia belajar tentang Islam dengan orang yang hebat jugak.

So sedikit sebanyak sikap Hilman Yong ni buat Intan Zulaikha terpikat ah. FYI , Intan Zulaikha ni ego yang amat. Walaupun dia x berlagak , tapi dia suka ikut kepala dia je. Ape dia nak cakap dia main cakap je. Sampai lah ade satu wkatu tu , dia main sembur je kat Hilman Yong & sebabkan ego yang tinggi dia taknak mintak maaf pun. So Hilman pun bengang ah kan, So ade satu incident bile Hilman accident & lupa ingatan. So masa tu Intan Zulaikha menyesal sangat2 dengan mulut dia yang boleh tahan berapi tu.

Kalau dalam novel AdamdanHawa Am tunggu Ain 8 tahun , dalam novel ni 11 tahun hokay. Apesal sampai 11 tahun , kena ah baca novel ni kan. 

Untuk novel ni aku spoil kan sikit ah cerita ending nye sebab aku suka ending novel ni. Iaitu bila first time Hilman pegang tangan Intan Zulaikha lepas acara batal air sembahyang. Aku rasa ni momen paling indah sebab before ni dorang x pernah bersentuhan pun. So bayangkan bile suami kita orang first yang pegang tangan kita. Jugak , momen bile Hilman pertama kali bukak tudung Intan Zulaikha . Ni pun aku suka sebab suami kita orang first yang bukak tudung kita & tengok rambut kita buat pertama kalinya. YaAllah best nye !!!. Tu lah indahnya bila semua pasal diri kita suami kite dapat tengok dulu. Bukan bf yang belum tentu nak jadi suami kita. See , bila kita ikut ape yang Allah suruh , kita akan dapat rasa kemanisan bila dah bergelar suami isteri. Ehh aku cakap macam pandai sangat je. HAHAHAHAA. 

Bagi aku novel ni antara novel yang terbaik aku pernah baca sebab jalan cerita dia sangat best !. Penulisnya , kak Melur Jelita banyak selitkan pasal kebesaran & kekuasaan Allah SWT. Cerita pasal nikmat yang Allah SWT beri kepada hambaNYA. So kita as a pembaca dapat manfaat nye. Kuasa Allah melebihi segalanya. Kalau Allah nak benda tu jadi , jadi lah. Nikmat Allah memang tak terhitung. 

Biasanya orang x minat baca novel akan cakap. Dalam novel wujud lah cerita macam ni. Yes true , tapi insyaAllah dengan izin Allah SWT kita pun akan dapat jodoh macam ni. 

Ohh ye. Bile baca novel ni terbayang ni muka Hilman Yong since dia mix American - chines - korea. 



Ni pelakon femes kat korea. Dia pun mix blood america -korea. 



Ni pulak fav song Hilman & Intan Zulaikha :)

Okay assalamualaikum :)

20 comments:

Unknown said...

best ! suke kesemua novel kak melur jelita....salam divas

sinopsis novel said...

Kan !!. Tak mengecewakan . Thanks sudi singgah :)

Unknown said...

baru habis membaca novel ni...memang terbestlah

Unknown said...

baru habis baca novel ini...memang terbaiklah..

Unknown said...

baru habis membaca novel ni...memang terbestlah

Unknown said...

sedang membaca novel ni & memang jalan cerita yg baik & meninggalkan kesan kpd saya..tahniah kpd penulis. harap dapat menghasilkan novel2 yg baik seperti ini. juga saya suka ILUS & MY PRECIOUS IRIS (yg ini belum baca tapi dah ada dlm simpanan)..tahniah Pn Melur Jelita

zarah eika said...

perghhh..!!best gilerr novel kak melur jelit ni...rse mcm nk bce berjuta kli je tp novel ni pinjam so sy msti dptkn novel ni jugak janji..!!tahniah kak MELUR JELITA sebab hasilkan novel ASST ni memang the best...bykl2 novel sy bce novel ni plg the bet

zarah eika said...

novel ni mmg best...!!sy rse mcm nk bce brjuta kali je....!!!tp novel ni sy pinjam but sy akan dptkn jugak novel ni...wajib...!! tahniah kak melur jelita

Unknown said...

Kawan bagi pinjam novel ni.lepas baca, xleh ckp apa dah..novel yg hebat, sy terus beli.nak baca berjuta kali pun xpe.punya sendiri. Hehehe..
Tahniah kak melur coz dah hidupkan hilman yong..

Unknown said...

Kawan bagi pinjam novel ni.lepas baca, xleh ckp apa dah..novel yg hebat, sy terus beli.nak baca berjuta kali pun xpe.punya sendiri. Hehehe..
Tahniah kak melur coz dah hidupkan hilman yong..

♛LΣNΔTIKΔH.™ said...

Saya dah habis baca buku ni. Pd mulanya mcm malas nak baca sebab ni buku pertama saya baca tebal gila. Bila dah baca, Ya Allah banyaknya tazkirah boleh dapat. Jalan cerita dia sangat menarik. Kan best kalau direktor buat cerita ni kat TV. Confirm laris kan.Congrat Puan Melur Jelita.

Anonymous said...

saya baru baca novel ni...ketinggalan jauh dari orang lain..itu pun member rekemen dia kata best sangat cite ni...best sangat...

nama?? said...

Mmg best pon hehe....!!

Hanna Hilman Yong said...

Salam. Saye suka sangat novel ASST. Dah banyak novel yang saya baca, tapi ASST sangat berbeza dan menarik dr novel2 yg lain. Harap dapat dibuat drama seperti drama adaptasi novel yg ade kat tv sekarang nie. hehe.peace!

azzim said...

Sy nk cuba semula bc novel...dah lama x follow..sape ad pengalamn menarik ttg novel..cer citer..

asyawanie said...

Memang best ponn...nilahh novel pertama sy yang membuatkan sy meminati dunia novel..hahaha..masa baca tuh trbaygkn kite dlm novel tuuu..kekdg trgelak sndiri, trsenyum sndiri..msa baca nove awk suka sy tak?...hihihi..apapun novel tu sgt mghiburkn malah secara tidak langsung dpt mendktkn diri kpd allah s.w.t....

Anonymous said...

Best gila. Serious dgn sweetnye, oh my ohmy.... x le nk ungkapkn! Wow this is my first novel yg buatkn sye smpai berweek week teringat nk jumpa hilman yong dlm novel

Anonymous said...

Novel kak melur jelita memang the best among the best. Saya tak pernah jemu baca, malahan rasanya dah beribu kali ulang baca pun puas.Kebiasaannya,kalau ada novel kesinambungan macam novel ilove you stupid dng my precious iris ni,ceritanya dah kurang menarik. Cerita yg dah lari dari cerita asal menyebabkan peminat novel rasa hampa dng cerita tu padahal first novel tu dah menarik sangat2 dah. Tapi kesinambungan novel kak melur jelita ni lain. Novel my precious iris langsung tak lari malah dikembangkan lagi.Credit to the writer... Tp bagi saya lebih baik jgn dibuat drama sebab takut menghampakan peminat novel tu. Novel kak melur jelita merupakan our precious tp takut apabila salah pilih pelakon atau cerita tu diubah lain,maka ia merupakan satu kekecewaan kpd kami peminat novel tu. Pandangan peminat novel dan peminat drama sangat berlainan. Ini hanyalah harapan peminat novel sejati macam saya ni,tak berniat busuk untuk sesiapa pun. Still, saya berharap novel ASST ni ada jgk sequel cam ILUS n MPI. Saya dah ada keempat2 novel kak melur jelita dan ia tak pernah menghampakan walaupun pada mula2nya kena baca dua tiga kali jgk untuk memahami jalan ceritanya dan dialek2 yg digunakan.

Precious said...

Saya suka gila karya kak MJ.. Skrg tggal the unsung hero utk jdkan koleksi.. The one dah bli.. Ahhhh, x sabar rasanya..

Sis fatisyah😘😘😘 said...

A.S.S.T is the first novel i read created by melur jelita.after i read this novel,im trying to find the other novel created by melur jelita...subhanallah,melur jelita novel is really a good writter...from A.S.S.T, i love you stupido and my precious iris...