jom klik ni untuk menjadi yang pertama untuk mengetahui tentangnya

Tuesday 25 June 2013

Sinopsis Novel Sebarkan CintaMu karya Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin

Assalamualaikum dear visitor and readers & salam syaa'ban.




Hari ni nak review novel islamik karya ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin. Hari tu baru habis baca novel yang mempunyai 880 muka surat. Take times jugak lah nak habiskan sebab tebal. Ni antara novel islamik yang aku suka & sarat dengan mesej pasal poligami , pasal wanita & macam2 lagi.

Sinopsis belakang novel :

Senyum manusia itu, hanya Tuhan yang tahu ertinya. Senyum itu memang menzahirkan ceria, namun untuk kebanyakan waktu, senyum itu adalah bagi menyembunyikan rahsia hati.
Inilah novel yang cuba mengurai makna senyuman seorang manusia yang bergelar anak, ibu, bapa, isteri, dan yang bergelar suami. Indahnya, ia dihuraikan dengan Islam, dan hasilnya semuanya kembali kepada Tuhan.

Kisahnya bermula dengan Ibu Dhiya', seorang isteri taat yang tinggi ilmu agamanya, terpaksa menjadi tukang sapu di sebuah kolej swasta. Di situlah Ibu Dhiya', didatangi pelbagai persoalan hati daripada setiap golongan di kolej itu.

Ibu Dhiya' berusaha membantu walaupun dirinya juga ada rahsia, yang menanggung derita masa lalu. Ibu Dhiya' dengan ilmu agamanya, dengan penuh hikmah mendekati hati warga kolej itu bagi memberikan makna yang lebih bererti dalam senyuman mereka, dengan cara yang suci, dengan cara Islam, dan akhirnya jadilah ia, senyuman yang menyebarkan cinta.
Novel ni banyak cerita pasal poligami. Kebaikan & keburukkan poligami dalam islam. Sebab yang aku suka lagi pasal novel ni ialah banyak diselitkan hadis & ayat2 Al-Quran yang sangat berguna based on cerita yang dikupas. So basically novel ni memang patut beli untuk motivasi kita bersama. Then novel ni banyak kupas pasal kemuliaan seorang wanita. Iaitu betapa Allah muliakan wanita, jangan cepat percaya dengan lelaki , jangan sesuka hati nak terima cinta lelaki yang belum halal , sentiasa jaga maruah diri sebagai seorang wanita & banyak lagi lah mesej yang best untuk wanita. Then sentiasa percaya Allah dah sediakan jodoh yang terbaik untuk kita dunia & akhirat , so kita sebagai seorang wanita ni , mantapkan diri kita dulu dengan ilmu agama , then InsyaAllah Allah akan pertemukan kita dengan jodoh yang baik , InsyaAllah. 
So kalau nak tau lebih lanjut , dapatkan lah novel ni ye . 

Assalamualaikum & thanks :)

Wednesday 5 June 2013

Vote For Me for DiGi WWWOW AWARDS

Assalamualaikum :)

Nak mintak jasa baik korang undi blog ni untuk contest DiGi WWWOW AWARDS. I know banyak blog yang lagi best tapi saje lah nak cuba nasib . Mana tau ada rezeki kan :).

Ni link untuk vote blog ni :  VOTE FOR ME 

Monday 3 June 2013

Pengumuman

Assalamualaikum :)

Just nak share , kalau korang nak beli novel dengan harga yang murah like ada diskaun , korang boleh pergi kedai buku kat JALAN TAR . Ada MINERVA & KEDAI BUKU MUKMIN. Kalau kat MINERVA , selalu ada 20%. Kalau PUSTAKA MUKMIN rasa macam ada. Tak ingat pulak sebab pernah beli berapa kali je kat situ. Tapi PUSTAKA MUKMIN kadang-kadang ada banyak novel2 lama kalau korang nak beli. Selain tu korang boleh jugak beli kat website2 penerbitan novel. Antaranya KAKI NOVEL , KARYA SENI , JEMARI SENI , ALAF21 , KARNA DYA , NB KARA , BUKU PRIMA , atau kalau nak baca novel boleh KLIK NI .

Okay diharapkan info ni membantu :)

Sunday 2 June 2013

Sinopsis Novel Gadis Edisi Terhad karya Rin Ahmad

Assalamualaikum readersss ( slang ala2 hello keekers! ). HAHHAHAHA . Don't take it seriously ye :)

Okay hari ni mood rajin nak review novel is coming. Hari ni aku rajin sampai gambar novel pun aku snap. Selalu google je. HEHEHE. So hari ni nak review pasal novel Gadis Edisi Terhad karya Rin Ahmad . Buat yang tak tau , Rin Ahmad juga merupakan penulis novel yang best iaitu Untuk Semua Dosaku. Yang ada watak Nur Lisa & Syed Azri tu. Novel Gadis Edisi Terhad ( GET ) ni pun sama best denga Untuk Semua Dosaku ( USD ). Aku dah mula suka cara penulisan kak Rin Ahmad sebab both novels dia best sangat , informative & contain so many good messages . Asyik review novel lama je , hari ni nak review novel baru. Start baca novel ni kat blog kak Rin. Then bila dah jadi novel takkan taknak beli pulak kan?

So here the novel
                                                                     *MESTI BELI* 


Jasmeen, anak perempuan kepada Tan Sri Farhan. Orangnya suka berdikari dan paling penting mempunyai hobi yang unik. Dia mengumpul semua benda keluaran edisi terhad. Cinta? Dia sentiasa takut untuk meletakkan komitmen lantas, cinta Iqmal ditolak mentah-mentah.
Fareez Ilham, anak yatim piatu yang dibesarkan oleh sahabat baik arwah bapanya iaitu Datuk Ismadi dan bekas pemandu keluarga, Atuk Syed. Orangnya amat setia dalam bercinta tapi sayang, cinta Gina kepadanya beralih arah kepada Iqmal tanpa diduga. Kehadiran Jasmeen memberi sinar tapi siapakah Jasmeen sebenarnya? Penjual kain? Tukang kebun? Arkitek landskap? Pencinta sejati?
Dalam masa yang singkat, pertemuan demi pertemuan akhirnya membuahkan rasa cinta di antara Jasmeen dan Fareez.
Mereka bercinta tanpa Fareez menyedari Jasmeen ialah Fellah Delisya, bos Integrate Landscape yang selalu dikutuk dan anak kepada Tan Sri Farhan iaitu pelanggan terbesarnya.
Dugaan melanda dalam hubungan mereka apabila Fareez mengetahui identiti sebenar Jasmeen. Mampukah sebuah realiti menepis hakikat sebuah cinta sejati? Sebuah episod luka membuat Jasmeen memutuskan untuk memberi ruang kepada Fareez dan akhirnya dia terbang membawa sekeping hati lara ke New York.

I love you Fishy.”
I love you too Cheesy.”
Aku beli novel ni hari selasa x silap and semalam baru ada masa nak baca and hari ni baru habis baca. Sama macam novel USD , ohh ye yang belum baca review pasal USD , boleh  KLIK LINK NI . Jasmeen ni wataknye dia suka kumpul semua barang yang limited edition. Banyak duit boleh lah collect barang limited edition kan. Tapi jangan salah faham , Jasmeen ni tak macam typical spoilt brat. Dia humble je sampai Fareez Ilham tak tau pun Jasmeen ni anak Tan Sri. Bila baca novel ni je aku mesti bayangkan Jasmeen @ Fellah Delisya ni Keknis ( Hanis Zalikah ). Tak tau kenapa. Dia ada adik lelaki yang bernama Fehad. Aku bayangkan Ferhad ni Hairul Azreen @ Izzue Islam. HAAHAHAHA high imagination betul !!. Gasak lah kan. Dorang ni memang close gila walaupun beza umur jauh jugak ah. Walaupun dorang ni dah biasa hidup mewah , tapi humble sangat & down to earth. Tapi tang nak kumpul barang limited edition tu yang macam agak membazair sebab biasa ah bila dah limited edition mesti ah mahal kan. Ada satu hari tu boleh si Jasmeen ni nak beli perfume Annick Goutal ( macam ni lah it spelling nye) yang berharga RM600 untuk 100ml. Aku pun baru tau minyak wangi brand ni wujud. HAHHAHAH lame me !!Lepas tu tudung dia semua stok Hermes , Gucci , LV and macam2 lagi ah brand yang x terjangkau dek minda kita orang biasa ni nak beli oii. Ada baju pergi nursery ( kebun ) pakai brand Dolce & Gabbana kalau x silap lah. Bayangkan kalau nak berjogging je dah pakai baju and seluar brand Juicy Couture and boleh plak bagi orang pinjam baju Alenxender McQueen !!? Giler ape !. Bagi anak2 yang dah biasa dengan barang berjenama ni , kalau setakat beli kasut Ferragamo , macam beli kasut kat Charles & Keith je , tu pun kekadang nak beli kasut kat situ pun fikir beratus kali , or maybe beribu kali fikir nak beli ke taknak. 
Now pasal Fareez Ilham pulak. Dia ni seorang arkitek kat Modenreka. Pernah couple dengan Gina tapi broke up sebab Gina beralih arah kat Iqmal. Tak yah lah ye nak cerita pasal Gina & Iqmal sebab x penting sangat pun. HEHEHEHE. So lepas a few incident , dia pun jumpa dengan Jasmeen. At first dorang ni pantang jumpa mesti ade je yang puas hati towards each other. At first lagi , dorang ni x tau pun dorang ada urusan bisnes , which is between Modenreka dengan Integrade Landscape. Sebabnye asal nak jumpa je takde jodoh nak jumpa. Fareez ni pulak suka pandang rendah kat Jasmeen. Mula2 dia jumpa Jasmeen as a salesgirl kat kedai kain Binwanis , masa tu Jasmeen agak kerek ah layan dia nak beli kain. Then jumpa plak Jasmeen kat rumah mommy Gina , and dia still x tau Jasmeen owner Integrade Landscape and asyik gaduh je memanjang. Nak dipendekkan cerita , a fter a few incidents , dorang ni macam dah suka antara satu sama lain since Fareez pun dah broke up dengan Gina kan. Fareez ni YaAllah sweet sangat okay walaupun kadang2 menyakitkan hati Jasmeen.Watak Fareez ni lebih kurang macam watak Syed Azri dalam USD , which is ber aku-kau dengan gf sendiri. Fareez ni plak aku bayangkan as Farid Kamil Sebab aku rasa  Farid Kamil macam sesuai sangat dengan watak Fareez Ilham. Tapi Fareez ni sweet & romantik gilerrrr hokay!!!. Nak lupa Firash Arshad jap. HAHAAHHAHAHA. Korang kena baca part apa yang Fareez buat bila dia dah start suka Jasmeen. SWEET SANGAT !!!. ( over jap ). Lepas declare je Fareez ada bagi kupon kat Meen and semua kupon tu sangat best !!. Then ada part dorang ni gaduh kecil-kecilan ( rosak tatabahasa ) and Meen pun bawa diri ke New York and the sweet part is Fareez sanggup pergi NY nak pujuk Meen. 
Gina plak ex Fareez. Gina pulak aku bayangkan as Fazura sebab rasa macam sesuai Fazura dengan watak Gina ni. Ni lagi princess sangat. Kalau Meen suka barang limited edition , Gina ni suak new arrival je. Haihh lah hidup anak orang kaya , tak payah susah2 nak fikir macam mana susah nak dapat duit kalau nak beli something. Nak apa cakap je , mommy & daddy akan penuhi impian anak-anak :)
Iqmal plak lelaki yang suka sangat kat Meen , tapi Meen anggap not more than friend. Aku x terbayang plak sape yang sesuai jadi Iqmal . 
Kalau dalam USD kak Rin Ahmad banyak cerita pasal Gemany , dalam ni banyak cerita pasal New York plak , tempat Jasmeen sambung study. So nak pegi NY  xtau bile , dapat tau pasal New York sesikit jadi lah kan :). Aku ni kalau nak review novel memang panjang , so tak best lah nak review semua kan. Kena lah beli novel baru best. Baru boleh feeling2. And , korang kena beli novel ni sebab korang kena tau macam mana and sweet ke x sweet cara Fareez nak melamar Jasmeen ni. And macam mana Jasmeen kantoi yang dia anak Tan Sri Farhan. Paling best , part Fareez bagi jam yang harganya aku rasa boleh lepas bayar duit pinjaman PTPTN aku and lepas nak bawak mak aku pergi haji. Brand ape x ingat plak sebab baru tau brand tu wujud. HAHAHHA. Sanggup keluar duit beribu belikan jam untuk Meen. Ye lah both hidup senang setakat jam beribu tu ape lah sangat kan. Celah gigi jeww. Macam adik Meen si Ferhad , baru 21 tahun dah pakai BMW 5 series. 
Aku suka watak Jasmeen ni walaupun dia dah biasa hidup mewah , tapi x berlagak macam si Gina ex si Fareen Ilham tu. Then dia bukan typical anak orang kaya yang gunakan kekayaan nak buat orang benci. 
Aku suka sangat baca novel no sebab novel ni x complicated pun jalan cerita dia. Banyak info pasal tanaman , banyak ayat2 english yang best , then setiap lagu yang Jasmeen & Fareez dedicate kat each other ada maksud yang tersurat & tersurat. Lepas tu ayat2 jiwang kat dalam novel ni semua best and deep meaning meaning. Dalam english lagi tu , lagi lah deep meaning kan. Good thing yang aku dapat dalam novel ni , walaupun Jasmeen ni anak orang kaya , tapi parents dia didik anak dorang dengan baik dengan bagi didikan agama yang baik. Then parents dorang walaupun bz , still ada masa dengan anak-anak. Dalam novel ni jugak aku tau banyak brand yang best and harga nya pun best lah kan. Ada jugak brand yang aku x pernah dengar pun  macam nama perfume yang Meen minat tu. Bila baca novel no dapat lah berangan kejap kekonon kita ni Meen. Barang semua stok branded je. Gucci lah , Hermes , Feraggamo , Chanel , Juicy Couture , Kate Spae , Proenza  Schouler , Dolce & Gabbana & many more. Best nye lah kalau jadi realiti. HEHEHE. Tapi dalam dok berangan tu , terfikir jugak , ada ke orang macam Meen dalam dunia ni , ye lah walaupun dibesarkan dnegan hidup mewah , tapi rendah diri , hormat orang lain , and macam2 lagi. Mungkin ada , tapi susah lah kan nak jumpa.  Then tau serba sedikit pasal New York, tau life arkitek macam mana and seriously watak Fareez ni ade sama sikit dengan my dream guy. HEHEHHEE . Moga Allah dengar doa hambaNYA ini :). 
Aku ni kalau review novel memang bukan review. Panjang berjela nak explain. Lagi2 kalau novel tu best sangat. Senang cerita , korang memang kena beli novel ni sebab best sangat !!!. Tahniah kat Kak Rin sebab hasilkan novel yang best sangat!!. Semoga Allah permudahkan kak Rin hasilkan novel yang best lagi macam USD & GET. 

Keknis @ Hanis Zalikha versi bertudung sebab Meen bertudung as Fellah Delisya & Jasmeen in my imagination :D
                                    Source : Fb keknishttps://www.facebook.com/haniszalikhaFB?fref=ts
Source : Google image

Source : Google image
Watak : Tak berlagak , baik , sopan , suka collect barang limited edition , setia 
 Farid Kamil as Fareez Ilham
                                                              Source : Google image
Watak : Mula2 kerek & annoying , handsome , arkitek , x tinggal solat , nakal tapi romantik dengan Meen , sayang gila kat Meen

Fazura as Gina  
                                                                Source: Google image
Watak : Susah nak dengar nasihat , nak makan kat tempat mahal2 je , tak gedik sangat pun , kena dengar cakap dia je

Hairul Azreen or Izzue Islam as Ferhad



                                                                Source : Google image
Watak : adik yang sayang kat akak dia , x playboy , suka buli Meen tapi bukan buli yang serius :)
* p/s :Kalau novel ni di-adaptasi pun best sangat !!.

Okay Assalamualaikum & terima kasih !! :D