jom klik ni untuk menjadi yang pertama untuk mengetahui tentangnya

Monday, 30 July 2012

Sinopsis Novel Kahwin Ganti karya Aifa Batrisya

Assalamualaikum semua
* MESTI BELI !

Sebelum mula nak ulas novel kahwin ganti karya Aifa Batrisya ni nak mintak maap bebanyak lah sebab ulas novel ni dulu , and sorry termungkir janji , ye lah kata nak ulas novel-novel kat sini . Hee , tapi don't worry okay akan ade ulasan untuk novel2 tersebut seperti yang dijanjikan. Aku sangat eksaited nak ulas pasal novel kahwin ganti ni sebab novel ni best giler okay. Actually agak lama lah aku dah beli novel ni , iaitu masa mula cuti sem , tapi pagi tadi lepas sahur baru ade free time nak baca novel ni. 

Ok ni sinopsis mengikut belakang novel 

Luqman Hakim
Perempuan yang bertudung semuanya sama! Nampak baik, tapi hati busuk! Cinta konon! Ada apa dengan cinta? Dah bercinta, nak kena setia. Punyalah setia, kena tinggal juga! Jadi seperti dia juga senang. Tempoh untuk berkawan dengan perempuan, hanya satu bulan. Cukup masa, tukar yang lain. Muda lagi kut! Enjoy la!



Nuqman Hakim

Bertunang, banyak dugaannya. Ramai yang tunang dengan dengan orang lain, tapi nikah dengan orang lain. Nikah terus lagi senang. Lepas ni, boleh fokus pada belajar. Bukan macam mamat seorang tu, sibuk ke hulu dan ke hilir heret perempuan yang bukan muhrim. Macam manalah ilmu nak berkat kalau dok sibuk buat perkara tak senonoh!


Mya Zara
Bila berdua dengan lelaki itu, bayangan Nuqman selalu saja nampak pada dirinya biarpun perangai mereka ternyata berbeza. Tapi, bila wajah itu tiada di hadapannya rindu pula mula menghimpit diri. Dia sendiri tak pasti sama ada itu adalah cinta atau sekadar kerana taat setia pada yang sah memilikinya.
“Awak suka saya tak?” – Mya Zara

“Aku… aku suka Dibo!” – Luqman Hakim

Takdir Allah telah menentukan jodoh di antara Luqman Hakim, pelajar tahun akhir Kejuruteraan Kimia yang kasanova, dengan Mya Zara tutor mudanya yang juga bakal kakak iparnya tatkala Nuqman Hakim menghilang secara tiba-tiba.

“Sebab dia adiklah, abang akan buat macam tu. Abang akan paksa dia ceraikan Zara dan pulangkan semula Zara pada abang. Tak selamanya dia boleh rampas semua hak abang. Kali ini, abang akan bertegas. Sama ada dia suka atau tidak, Zara mesti jadi hak abang!” – Nuqman Hakim

Mampukah istana yang dibina atas dasar gantian bertahan hingga ke akhirnya? Berjayakah Mya Zara mengubah persepsi Luqman tentang perempuan dan cinta?



Hasil pembacaan aku , novel ni punya jalan cerita ade sikit persamaan dengan novel Sebenarnya Saya Isteri Dia! . Bagi yang x baca lagi ulasan untuk novel Sebenarnya Saya Isteri Dia! , boleh KLIK KAT SINI 

Okay mesti ade yang tertanya-tanya ape persamaan novel ni dgn Sebenarnya Saya Isteri Dia! , persamaan nye ialah lelaki @ hero yang kene kahwin dengan heroin nye adalah muda 2 tahun dari heroin nye , iaitu hero nya 23 tahun & heroin nye 25 tahun , lepas tu , hero nye kena kahwin dengan ex gf abang dia. Seperti yang ade kat belakang novel ni nama heroin untuk novel ni ialah Mya Zara , sedap kan nama & heroin nye Luqman Hakim & Nuqman Hakim yang FYI , Luqman Hakim & Nuqman Hakim ni twins!! . Persamaan lain pulak mak mentua dalam novel ni sama macam watak Datin Fariza dlm novel Sebenarnya Saya Isteri Dia! . 

Walaupun dorang ni twins , tapi perangai lain2 . Sorang kasar , sorang macam mat belia @ skema sikit. Sorang tu macam anti perenpuan / playboy sebab kecewa dengan cinta , sorang lagi ok2 je .Okay taknak ulas panjang , tapi InsyaAllah padat . HEHHEHE

Okay macam mane Mya Zara ni boleh kahwin dgn Luqman Hakim sedangkan dia bercinta dengan Nuqman Hakim??. Jawapannya sebab masa hari pernikahan dorang , Nuqman Hakim ni menghilangkan diri , so sebab nak jaga maruah keluarga kedua belah pihak , so kakak si kembar tu , Nuha pun membuat keputusan untuk menyuruh Luqman Hakim gantikan tempat Nuqman Hakim. Wahhh giler ko nak kahwin dengan orang yang kite tak kenal langsung ? dah tu ex gf abg sendiri , dah tu lagi , tak pernah ngam dengan abg tu , memanh berperang je lah kan. 

Tapi lepas dipujuk & fikirkan maruah keluarga & sayang kan ummi & abah dia , Luqman Hakim pun setuju dengan hati yang bengkek lah semestinya kan. Tapi Mya Zara ni tak tau pun yang dah jadi suami dia tu adik kembar Nuqman sampai lah bila Luqman sendiri bagi tau yang diri dia tu bukan Nuqman , and semestinya bukan senang nak terima kalau kite kat tempat Mya Zara kan. 

So bile dah kene kahwin paksa ni , muda pulak lagi , memang tak sah kalau tak bergaduh. Dipendekkan cerita , Mya Zara ni tutor pulak kat tempat Luqman Hakim study , iaitu UTM . Nak jadikan cerita , ramai pulak yang berkenan dengan Mya Zara ni sebabnya dia dibayangkan iras Heliza AF. Tapu Luqman ni hati kering lagi and dia buat dek je biler kawan2 dia nak mengurat Mya Zara sampai laha de satu insiden ni , bile dah kantoi , dia terpaksa lah cakap Mya Zara tu isteri dia and ade satu lagi insiden yang membuatkan semua orang tau sape & ape hubungan Mya Zara dgn Luqman Hakim

Aku ni kalau nak ulas novel boleh jadi novel online , so supaya korang x rasa yang aku ni annoying , better korang beli & baca novel ni . Memang best giler . And kalau korang dah baca  Sebenarnya Saya Isteri Dia! , korang memang kena beli & baca novel ni. Banyak lagi cerita yang best dalam novel ni yang membuatkan korang akan bayangkan diri korang as a Mya Zara . HHEEEHEHH.

Korang boleh dapatkan novel ni kat kedai2 buku yang besar atau kalau malas nak keluar rumah @ malas nak pegi bank boleh KLIK KAT SINI JE 

No comments: