jom klik ni untuk menjadi yang pertama untuk mengetahui tentangnya

Sunday, 29 July 2012

Sinopsis Novel Sweet Sour karya Nasz



Assalamualaikum. Macam mana puasa hari yang ke9 ni ? Harapnya semua nye baik2 ye . Okay hari ni nak review pasal novel yang bertajuk Sweet Sour karya kak nasz. Aku beli novel ni mase aku kat upper 6 iaitu pada tahun 2010 . Bulan berape beli novel ni x ingat pulok . maap lah ye . Novel ni sweet okay ala2 serasi dihati , tapi yang ni memang semjua peringkat umur boleh baca sebab takde yang dikategorikan sebagai 18SX . Memang menghiburkan !!! . Seperti biasa aku kalau beli novel mesti tengok nama hero & heroin dia dulu then tgk sinopsis nye . And alhamdulillah nama watak2 dalam novel ni memanh best and sinopsis dia pun agak mengiburkan .

Ni serba sedikit sinopsis pasal novel ni mengikut sinopsis belakang novel :


A- Ynag manis , harum lagi wangi itu Zarul
" kira orang ni taraf cincin gula-gula ni ajelah."
" sepuluh ringgit tu.". Sungguh-sungguh dia cakap.
"Berkira...baru beli sepuluh dah kecoh... bukannya seribu pun.". Aku jeling dia.
"Banyak cakap pula...kalau tak nak bagi balik.". Dia hulur tangan kiri.

Tak tahu pula macam ni punya seronok apabila dapat cincin...walupun hanya cincin gula-gula.
"Ni kira orang 'cuplah' ni". Sambung dia lagi
Aku simpan senyum. Tak boleh senyum depan-depan ni , nanti dia perasan!

B- Yang pahit , masam , masin , payau itu Joe Jambul
"Bayar cincin ni".Kata dia. Betul ke ni , apa yang aku tengah dengar ni.
"What?". aku terkejut di situ.
"Pay for this.". Relaks aje dia mengarah aku lagi.
"Okey... sayar bayar!" . Aku jeling dia.

Tapi kan , juling biji mata aku tengok bil RM 10 000 kat Tiffany tu. Gila ke apa? Batu planet mana dia pakai buat cincin bodoh ni!

* Kenapa Zarl & Joe Jambul berbeza di hati Lia ? Gali jawapannya dalam Sweet Sour . Karya Nasz ini sungguh warna-warni dan santai persembahannya , anda tentu terpesona!

Amacam sinopsis dia best tak ??. Kalau korang kata baca sinopsis pun dah awesome , apetah lagi bila dah baca , memang best gilerrr !! . Ni antara salah satu novel yang aku baca yang santai2 je jalan penceritaan dia , ade sedih sikit , and semetsinya ade diseltkan sedikit pengajaran.

Okay melalui pembacaan aku yang dah bebeerapa kali baca novel ni , aku suka sangat 3 watak utama dalam novel ni , iaitu Zarul , Lia & Joe . Novel mengisahkan pasal persahabatan between Zarul & Lia yang dah lama berkawan and actually dorang ni adde simpan perasaan antara satu sama lain , tapi biasa lah tak terluah perasaan tu . ecehhh . Tapi Zarul ni ade lah kekadang bagi hint kat Lia ni , tapi Lia ni anggap Zarul ni macam main2 je sebab dorang ni tak pernah nak serius sampai lah ade satu keadaan yang agak serius berlaku pun still sempat nak bergurau . Zarul ni jugak sometimes dia tunjuk lah dia sayang kat Lia tapi Lia biase lah hati kering . HAHHA . Parents Zarul ni pun dah sayang dengan Lia ni , dan sebaliknya , family si Lia ni pun memang dah kenal Zarul. FYI lagi ,   Zarul ni anak VIP tapi takde lah yang hado macam anak2 orang kaya yang lain yang bangga giler dengan harta mak ayah . oppsss. 

Sampai lah satu waktu yang membuatkan Lia frustrated bila Zarul cakap dia nak kahwin dengan Suraya . Waduhhh korang bayangkan kalau korang memang dah sayang giler kat sorang laki tu , tup tup dia nak kahwin dengan orang lain . Siap tunjuk kad jemputan lagi tu uolsss . Mau tak panas hati ko kan. Lia ni pula dia rasa macam dia loser sebab tak pernah nak luahkan perasaan dia kat Zarul and paling dia rasa loser bile dia pegi wedding si Zarul . Memang pelamin anganku musnah lah kan. Nak lebih lanjut sila beli & baca novel ni ehh . :)

Kebetulan pulak Zarul ni ade abang yang bernama Joe . Joe ni seperti yang dibayangkan oleh kak nasz , sangat handsome , pandai , kaya and romantik . HEHEHEHEHE. So aku pun terbayang2 lah dengan ciri2 yang kak nasz cakap. MUAHAHAHAA over ko mak jemah oiii .And Joe ni pulak falling in love gitu kat Lia . And semestinya lah Lia tak cepat je terima pinangan @ cinta si Joe ni ye lah walaupun kecewa tapi takde lah desprate sangat kan kelam kabut je buat decision . Tapi kekadang Lia ni ade jugak sengal dia . Lepas fikir semasak-masaknya and mak and abah Zarul , jugak abah si Joe , and parents dia sendiri terima je kalau dia kahwin dengan Joe , so dia pun terima lah sebab kononnya boleh lah hari2 jumpa Zarul . 

Zarul ni pulak dah kahwin macam orang tak kahwin je . Still tak boleh lupakan Lia and sebaliknya . Kekadang tu sampai lupa yang title dorang dah berubah dari bff ke couple macam tak couple ke title adik & kak ipar . And FYI lagi , Joe ni jeles orang nya. Dia tau Lia tak boleh lupakan Zarul walaupun Zarul ni dah kahwin so macam2 cara dia buat supaya Lia ni lupakan & tinggalkan Zarul . Apekah cara2 nye tu ? Sila lah baca novel ni ye . 

Ohh ye nak cakap sikit perbezaan between Zarul dgn abang dia si Joe ni ialah Zarul ni walaupun anak orang kaya , tapi dia antara spesis anak orang kaya yang x berlagak dengan harta mak ayah. Berbanding dengan abang dia si Joe tu study & kerja semua kat overseas and before dia kahwin tu life dia agak social sikit lah . Tapi bile dah kahwin Alhamdulillah dah berubah menjadi lelaki & suami yang baik . hehhee

Okay nak tau ape ending novel ni , sila lah cari , beli & baca novel ni ye.Bukan kedekut nak share ending , tapi nanti orang cakap ni nak review novel ke nak buat novel online . AHAKSSS . okayy Assalamualaikum & selamat berpuasa & terima kasih sudi mengunjungi blog ni. 


8 comments:

Unknown said...

sweet giler novel nie ! double THUMBS!!

sinopsis novel said...

Best kan !!.

Anonymous said...

Serius terasa mcm nak beli novel ni...agak jual lagi x agaknya...

Anonymous said...

Novel ni mmg best... X rugi beli...

Anonymous said...

mana nak beli novel ni

Anonymous said...

Hai,,sekarang ada lg tak jual novel sweet sour kat pasaran ??

LifeRanger Nur :) said...

Rasanya, boleh beli on9 dari website Jemari Seni. Nak cari jugak ni ��

Unknown said...

best sangat cite ni... byk kali repeat bace.. memang terbaik... bila boleh tengok cerita ni kat tv pulak ye?