jom klik ni untuk menjadi yang pertama untuk mengetahui tentangnya

Monday, 30 July 2012

Sinopsis Novel Tolong Ingatkan Aku karya Mimie Afinie


Assalamualaikum . Okay disebabkan agak lama x review novel , so hari ni ade 2 buah novel yang dipilih untuk di review , nak tau novel ape yang aku dah reviewed tadi ,  klik kat sini ye . Thankss :D. Okay novel kedua ni aggak baru , iaitu diterbitkan pada tahun 2012 so baru lah jugak walaupun tak berapa nak baru. HEHEHE . Ni antara novel kak mimie yang ade dalam koleksi aku . Bagi yyang belum ade lagi novel ni dalam koleksi , ni nak cerita sikit sinopsis mengikut belakang novel ni


Tak handsome pun tak apa… janji baik hati dan kuat pegangan agama. Kalau dapat ustaz lagi bagus. Dia banyak kelemahan. Dia serba-serbi kekurangan. Dia perlukan orang macam tu untuk membimbing dan memimpinnya ke jalan yang diredai.  


Pertemuan pertama kali dengan Azlan mengundang sengketa antara mereka. Azahmemang menyampah dengan lelaki perasan bagus tu. Cakap berdegar-degar tapi habuk pun tak ada. Hidup hanya tahu menyusahkan orang. Dengan ayah, dengan mak long bolehlah Azlan nak  masuk jarum tapi bukan dengan dia  ya. 

“Saya berani potong jari… takkan ada ustaz yang nak awak. Usah kata ustaz, lelaki lain pun tak nak perempuan perangai entah apa-apa dan brutal macam awak tu. Entah-entah lawyer yang mak long awak carikan tu pun tak sudi bila jumpa awak nanti.”

Dalam tak sedar, perempuan yang entah apa-apa itulah yang telah berjaya mencuri hatinya. Perempuan brutal itu jugalah yang dia mahukan. Tapi mana dia nak sangka, ada juga lelaki yang ‘pandang’ Azah… nakkan Azah. Bukan calang-calang orang pulak tu. El ada pakej lengkap. El menepati ciri-ciri yang Azah cari selama ini. Siapalah dia jika mahu dibandingkan dengan lelaki itu? Perbezaan antara mereka sangat jauh. Macam langit dan bumi. 

TOLONG INGATKAN AKU mengajak anda untuk sama-sama ketawa, senyum, marah, merajuk dan menangis bersama Azah, Azlan, El dan yang lain-lain. Selamat membaca dan menghayati.


Tolong ingatkan aku mengisahkan Azah seorang anak sulung dari 2 beradik yang tinggal dgn ayah dia sebab mak dia tinggalkan ayah dia. Ade adik bernama Awi yang mengihidap kanser tulang . Azah ni seorang yang berani lah jugak sebab dia berani lawan balik cakap boss dia. Tapi bukan lah kurang ajar sebab boss dia yang cari pasal dulu. Maybe cara dia lah yang salah. Seperti biasa dalam novel mesti ade 2 hero , dan dalam novel ni 2 watak tersebut ialah El & Azlan . Curlass kan nama watak hero2 dia . HEHEHEE. 

Azlan dalam watak ni mula2 sangat annoying okay. Berlagak giler dengan kemewahan family dia. And dipendekkan cerita sebab malas nak dengar parents dia membebel je , so dia membuat keputusan untuk tinggal sendiri & kononnya nak berdikari lah. Nak dijadikan cerita , dia menyewa pulak kat rumah sewa ayah si Azah ni , iaitu pakcik Zainal. So biase lah bile si annoying jumpa dengan Azah yang boleh tahan hot temper tu , memang bergaduh je lah keje nye. Nak dijadikan cerita lagi , Azlan ni dah tak dapat elaun dari mak dia dah sebab ayah dia , Dato' Azman dah tau mak dia si Datin Ruby tu selalu bagi duit belanja kat si Azlan. So bile mak dia dah kantoi , maka Azlan pun tak dapata ah duit belanja. So takde lah dia bayar duit sewa rumah . Si Azah ni ape lagi bengang ah dengan ayah dia sebab macam bagi muka kat si Azlan ni duduk free je tak bayar sewa. Tapi pakcik Zainal ni cool je , dia buat dekk je bila Azah membebel. Si Azah pun ape lagi , dengan membawa perasaan yang bengang tahap gaban , dia pun pergi ah serbu rumah sewa ayah dia untuk mintak Azlan bayar duit sewa rumah. So korang bayangkan lah sendiri ape yang terjadi bila 2 orang ni bertemu * maknanya kena dapatkan novel ni lah. hee*.

Lagi membengangkan tu bile ayah si Azah ni ajak pulak si Azlan tinggal kat rumah dia. Aduhh lagi lah panas berapi si Azah tu kan. Dipendekkan cerita , lama kelamaan Azlan ni macam dah jatuh cinta dengan Azah. Walawehhh tu lah orang cakap jangan benci sangat dengan seseorang. Kebetulan pulak mak long si Azah ni berkenan dengan si Azlan. Tapi Azah tak suka pun kat Azlan sebabnya dia dah jatuh cinta dengan mamat yang terlanggar dia, iaitu El. El ni digambarkan sebagai seorang ustaz dan sangat menjaga pergaulan dengan wanita. Fuhh bestnya dapat future husband macam ni kan, Hehe. So Azah ni pun berazam lah nak berubah jadi wanita solehah sesuai dengan El yang ala2 ustaz tu. Tapi biasa lah mesti ade je pengahalang nye. Si Azlan yang jeles ni pun api2 kan Azah , dia cakap Azah tak sesuai dengan dia sebab dari cara pakaian Azah dah menunjukkan yang dia tak sesuai dengan El. 

Pengajaran yg aku dapat dari novel ni ialah, bila kite nak berubah jadi baik tu biarlah kerana Allah SWT , bukan sebab lain , atau sebab lelaki. Contohnya macam Azah , before dia kenal El , cara dia berpakaian tak menepati ciri2 yang El nak. Ye lah pakai tudung tapi pakai baju baby tee yang semestinya tersembul segala yang tak patut ditunjukkan . So bila dah kantoi masa El nampak dia berpakaian macam tu El pun macam taknak ah sebab dia rasa Azah tak jujur arau bahasa modennya hipokrit.

Sampai sini je lah ye aku review pasal novel ni . Nak tau Azah kahwin dengan sape & ape yang berlaku lagi dalam novel ni , dapatkan lah novel ni ye. Okayy bye Assalamualaikum & selamat berpuasa :D .

2 comments:

Muhammad Hanis Ket said...

sies novel ni best sangat2. jalan cerita yang kadang2 tak terduga. btw, jemputlah singgah ke blog saya yg baru nak bermula. hehe..

Muhammad Hanis Ket said...

sies novel ni best sangat2. jalan cerita yang kadang2 tak terduga. btw, jemputlah singgah ke blog saya yg baru nak bermula. hehe..