MESTI BELI
Assalamualaikum & selamat hari raya !.
As promised , aku akan review novel 13 Jam A380 karya Evelyn Rose. Ni antara novel ynag aku exited nak beli. Tak tau kenapa. Lepas baca sinopsis novel ni kat FB , esoknya terus cari kat popular walaupun dapat 10% je. Gasak lah kan. Novel ni antara my fav novel. Sama macam novel The Wedding Breaker @ TWB , novel ni sama best dengan TWB.
ni sinopsis belakang novel
13 jam di dalam penerbangan ke London menaiki MAS A380, takdir menemukan HANA SOFEA dan Syed HAYDAR, jejaka idamannya. Mencipta kenangan terindah di langit biru.
Mereka bergelar kekasih kayangan untuk empat jam, menari tango bersama, menjelajah seluruh pesawat bersama, merasai enaknya Caramel Latte bersama... Tap i tatkala MAS A380 mencecah lantai bumi,, segalanya pergi bagai wap di udara.
"Hana, thank you for last night... but i can't have cocaine all the time."- SYED HAYDAR
Melihatkan sendiri kemesraan SYED HAYDAR dan kekasih realitinya, si model jelita membangkitkan HANA SOFEA daripada mimpi indah.
Di kota London, A380 juga akhirnya menerbangkan HANA SOFEA kepada FAWWAZ HUSSAINI, jutawan kacukan Melayu-Inggeris-Arab. Tanpa sebarang sebab, Emmel, anak angkat Fawwaz menyangkakan Hana Sofea sebagai ibunya.
"My daughter likes you. If you're willing to let her call you mommy... i will pay you fifty buck per hour..."-FAWWAZ HUSSAINI
"Dapat hadiah tak?" -HANA SOFEA
"A pink Audi TT, is that okay?"-FAWWAZ HUSSAINI
"Saya nak Audi TT yang latest version aje. yang lain saya tak nak."-HANA SOFEA
Hadirnya HANA SOFEA menghiasi kehidupan mereka sekeluarga bagaikan indahnya bunga popi mekar, munculnya sang jutawan bermata ambar yang kuat pegangan agamanya itu dalam hidup Hana Sofea pula bagai menyedarkan HANA SOFEA tentang kasih sayang Tuhan. Dan saat semuanya bagaikan baru bermula, SYED HAYDAR datang menuntut sebuah cinta...
“Saya rindu awak, Hana… Jangan cakap awak dah kahwin dan budak ni anak tiri awak, Hana.” – SYED HAYDAR
Adakah mimpi akan kekal sebagai mimpi setelah waktu berlalu dan hari berganti?
Aku suka cara sis Evelyn Rose garap novel ni. Tak boring pun. Novel ni pasal Hana Sofea yang minta sangat kat jutawan nama Haydar. Haydar ni kira jutawan muda lah. So dia selalu berangan nak jumpa and kahwin dengan Haydar. Sanmpai lah satu masa tu mas otw nak ke London , dia naik flight A380 dan kalau dah jodoh kan , dia pun jumpa Haydar. Masa tu ofkos lah macam tak percaya kan sebab kalau aku pun kalau minat kat someone tu , nak pulak terjumpa kat dalam flight , mau tak terkezut kan. So ade lah a few incident yang buat Hana fall in love sangat dengan Haydar. Dorang ada buat something yang korang patut baca sendiri. Baru lah saspen kan. HEHEHHEHE.
So lepas 13 jam dengan si Haydar , Hana pun sampai kat London. So masa sampai kat London , dia jumpa dengan sorang nenek yang masa tu berebut seat dengan dia masa dalam flight. Nenek tu dengan cucu dia si Fido. So dipendekkan cerita , nenek ni ajak si Hana pergi rumah dia untuk minum2. So bila sampai sana , jumpa dengan cucu nenek sorang lagi , Fawwaz. Fawwaz ni pulak ade anak angkat nama Emmel yang sangat comel and dia anggap Hana as mak dia. So Fawwaz pun offer Hana untuk jadi mak ekspress untuk Emmel. At first Hana macam ragu2 je sebab terkejut. Tapi lama2 dia setuju and tinggal dekat2 dengan rumah Fawwaz. Fyi , Fawwaz ni digambarkan sebagai lelaki yang sangat kaya. Kaya dari jutawan kot sebab bayangkan lah dia ada hotel and harta yang banyak kat London tu. Shopping complex lagi.
At that time , Hana still thinking of Haydar. Tapi ada masa tu dia pergi airport ingat nak jumpa Haydar , tapi ternampak pulak Haydar dengan awek dia yang model tu. So Hana pun agak frust lah kan. So since that day, dia macam frust sangat dengan Haydar and try lupakan Haydar. And dalam masa yang sama , Fawwaz ni macam suka kat Hana je and Hana pun try untuk terima Fawwaz sebab Fawwaz one of the reason dia berubah ke arah lebih baik. Sebabnya dia rasa macam Fawwaz lagi better dari Haydar untuk jadi seorang suami, Tapi ada satu hari tu , Haydar muncul and nak Hana balik. Macam2 cara lah dia buat untuk dapatkan Hana. Aku pun cair dengan watak Haydar and berangan dapat jodoh macam Haydar walaupun cara Haydar ni dapatkan Hana sangat menyakitkan hati. Ye lah ade ke dia buat video ape yang dia buat dengan Hana masa dalam flight. Bukan lah buat benda tak senonoh. Nak tau buat apa , sila beli dna baca. HEHEHEH. Hana pun bengang lah ape lagi kan sebab masa tu dia dah nak introduce kan Fawwaz kat parents tapi Haydar lagi cepat bertindak dengan jumpa parents Hana , and ambil hari parents Hana. So Fawwaz pun agak kecewa lah bila tengok video / gambar yg dipaparkan. Dia rasa Hana macam tipu dia je.
So sebabkan kejadian tu , ayah Hana suruh Hana kahwin jugak dengan Haydar. Hana taknak sebab dia rasa Haydar macam jahat sangat. Tapi nak taknak dia kahwin jugak dengan Haydar sebab fikirkan bisnes & ayah dia. Fawwaz pun memang betul2 nak break dengan Hana and dah kawin pun. Tapi Haydar still x give up and Hana pun macam2 yg dia plan supaya dia tak kahwin dengan Haydar sebab dia dah jatuh cinta dengan Fawwaz. Tapi demi family , dia kahwin jugak dengan Haydar and dia ada plan something on her malam pertama perkahwinan , tapi failed sebab Haydar dapat jumpa dia jugak.
Oh ye , novel ni kira sambungan watak Adriana Rose , Tengku Adam Kamil , Linda , Samuel dalam novel TWB. Ade kesinambungan lah kiranya.
Aku suka novel no sebab dia banyak cerita pasal tak semua orang kaya tu annoying,then , setiap orang boleh dapat hidayah dari Allah SWT , Allah boleh hantar macam2 cara untuk kita berubah , contohnya dari free hair ke bertudung , dari kurang baik ke arah lebih baik macam watak Hana , Linda and Helena. Then aku suka watak Haydar dari watak Fawwaz walaupun dia agak nakal & kadang2 annoying jugak sebab dia kira berani and bersungguh nak dapatkan someone yang dia suka walaupun cara dia agak menyakitkan hati. Boleh dikatakan dia agak sweet and romantik. HIHIHIHIHI. Senang cerita aku memang suka sangat watak Haydar and kalau boleh nak dapat jodoh macam Haydar tapi nak dia gunakan cara yang elok. EWAHHHH berangan lebih kan. Fawwaz pun okay jugak sebab walaupun dia kaya sangat , handsome , jaga batas dengan perempuan , tapi 1 je aku tak suka pasal watak dia , iaitu , dia terlalu cepat percaya khabar angin. Especially pasal Hana.
So aku rekomen korang beli lah novel ni sebab tak syok lah kan nak cerita semua kat sini and it's worth our money. Banyak juga mesej pasal kehidupan , agama , relationship and etc.
30 comments:
awak..awak boleh tak buat satu page dalam blog awak ni, lepas tu list kan semua novel yang awak dah baca, lepas tu link kan dengan review..senang nak cari buku yang awak dah buat review..makaseh, ini sekadar cadangan..
Good idea . InsyaAllah bila free sy list kan . Tq ye
hello bole ke bagi tau mana nak beli novel 13 jam ni?
Hi.Boleh beli kat semua kedai buku besar. As for me i beli kat popular. Tak pun pergi je website karyaseni :)
sy tgh bce novel ni baru bab 3..huhuhuhu
sy tgh bce novel nie..baru bab 3..huhuhuhu
Iklil , ye ke. Enjoy your reading okay awak :)
sorry. sy dh baca the wedding breaker, tp cite tu agak 18sx bagi sy...cite ni pon mcm 2 jugak ke?
Ohh sy tak rasa TWB ada unsur 18SX. Tapi setiap orang ada own interpretation kan. Hehehe. Utk novel ni , takde pun unsur 18SX. Best and berbaloi beli :)
kecewa sbb tak dgn hero yg disukai....hahahah...tp pengisian nya padat dgn mesej2 agama
Yes true syaz wani. Ada mesej yg boleh kita ambil sebagai pengajaran. Tak keterlaluan kalau sy ckp , kadang2 dalam novel banyak pengajaran yg kita boleh belajar especially kalau kita nak berhijrah jadi lebih baik.
Evelyn rose sgt creatif dlm penulisan..beliau seorg yg minat mengembara, jd byk info yg dia selitkn dlm menghasilkn novel. Sya suka sgt dgn TWB, dan x sbr tuk dapatkan novel terbaru ni lps baca sinopsis d atas..
sy pun tengah baca novel ni. so far memang best. keep it up evelyn rose!! one of my fav author:)
i just finish read this novel...1st2 baca memang exited sgt,,but when the almost ending,,time fawwaz kirim surat kat hana yg dy x ble terima Hana..i feel regret to read it..yea..kecewa sgt hana x jadi kawin dgn fawwaz,,,apa pun,,,itu inspirasi author.. but in conclusion, memang best!! full with knowledge..
kenapa hana tak kawin je dengan fawwaz...sweeetoo ape!,,, novel nie memang best
kat mana2 MPH la...
kat mana3 kedai buku atau MPH la...x kan kat tong sampah
sy baru jer habis baca novel ni(sedaya upaya habis dlm masa sehari setengah)sgt sgt sgt best..tak terkata...buat saya terfikir sejenak..sy dilahirkan dlm islam di negara islam tp satu taksir surah pun tak tau,membuat kan saya terpanggil untuk terus mendalami islam bukan yg wajib jer but semua nyer termasuk sejarah....to all penulis2 keep up menulis2 cerita2 sebegini...
Thanks korang sudi singgah baca review kat sini. Yes , novel ni banyak mesej yang sis evelyn rose nak sampaikan
Enjoy reading this novel..really love it..suka dengan cara haydar ..very gentlemen..fawwas also not bad.
1stly..sgt excited nk mula baca novel ni sbb dh baca TWB.
kesimpulan dr pembacaan sy...pengisian x lari mcm twb yg byk tekankan islam...(cdt to miss evelyn)
tp sgt mngecewakan bila endingnya x spt yg diharapkan...knp haydar..bkn fawwaz...
nmpk sgt penulis masih bpegang pd..."only the 1st men touch should be the husband"...mcm dlm TWB gak...patutnya keluar la sket dr kepompong tu kan...bleh je fawwaz terima sbb bkn buat ape pon...tp iyelah...dh pesen penulis cmtu...terima ajela...cuma terkilan kt situ je la...
dan buat pertama kali baca novel x abes..lepas je confirm dia kawen ngan haydar..terus xde mood nk baca. dh tau dh...adegan seterusnya...mesti sama gak cm ending TWB...:-)
menangis baca novel nih. Paling tuoching tang hana kejar fawwaz. but the ending STORY, and it WOW ! ROMANTIC enough. HEHEHE
evelyn rose . her story is full of unique ~ love her style and the way of she thinks . sometime not every happiness that we see as happiness is the best for us , because Allah know more than us . That is what evelyn try to show and tell :D
aku suka sgt dgn novel ni..fall in love dgn watak Fawwaz..tapi, yelah..betul tu..si Fawwaz ni cepat sgt percaya..and kenapa tak diberi kesempatan untuk Hana beri penjelasan..alih2 tup2 kahwin dgn perempuan lain..time dia frust tu..boleh nyer dia buat begitu..mana dia letak perasaan dia padah si Hana tu..alahaiii..aku pulak yg terover disini..pendek kata, watak si fawwaz tu...zuupp meresap ke dlm jiwa..
Post a Comment