jom klik ni untuk menjadi yang pertama untuk mengetahui tentangnya

Saturday, 25 May 2013

Sinopsis Novel Jodoh Itu Milik Kita karya Sara Aisha

Assalamualaikum dear reader & visitor !

Hari ni nak review pasal novel Jodoh Itu Milik Kita. FYI , ni bukan novel baru ye. Novel ni aku beli last year. Sama dengan aku beli novel Sebenarnya Saya Isteri Dia. Tah ape2 lah kan nak review novel lama. Actually there's a reason kenapa nak review novel ni. Sebabnya novel ni akan diadaptasi ke drama tak lama lagi !!!. So far yang aku tau akan ditayangkan kat ASTRO MUSTIKA HD. Okay , aku akan buat entry pasal drama ni kat entri lain eh. 



Sinopsis belakang novel :

“Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali…”
SIAPA sangka itulah yang tersurat buat Dahlia dan Aariz Danial. Ikatan suci yang tercipta antara mereka bukanlah kerana cinta yang menggebu dalam hati, mahupun kasih yang membara. Tetapi kerana sikap mementingkan diri seorang manusia bernama Syafiq.
“Janganlah suka sangat kacau saya, Aariz. Tak larat saya nak layan perangai awak tu, tau. Nakalnya, ya ampun!!” – Dahlia
“Okeylah, okeylah. Just kidding. Dahlia Darius bukan isteri baru yang saya beli. She’s a gift. Hadiah paling istimewa yang dihadiahkan Allah untuk saya. Puas hati?” - Aariz Danial
“Aku takkan biarkan kau bahagia, Aariz Danial! Kebahagian yang bernama Dahlia itu… akan aku rampas sekejam mungkin!” – Syafiq
Tatkala persoalan demi persoalan mula timbul di sebalik tulusnya seorang lelaki bernama Aariz Danial, mampukah Dahlia terus teguh berdiri mempertahankan cinta buat suami sendiri? Atau mungkinkah mahligai bahagia mereka rebah menyembah bumi sebelum ianya sempat bermula? Apakah akhirnya Syafiq yang akan tersenyum puas tatkala melihat kehancuran seorang lelaki yang paling dibenci… iaitu abangnya sendiri?

So basically novel ni lain sikit dari novel sedia ada. Perbezaan nye ialah , kalau novel yang biasa kita biasa baca , mostly about kahwin muda , lelaki muda kena kahwin dengan perempuan berumur sikit , tapi novel ni lain sikit. Walaupun jalan cerita lebih kurang sama je kena kahwin paksa. Tapi setiap novel ada garapan yang berbeza. 
As for this novel , Aariz Danial ni kena kahwin dengan Dahlia sebab adik dia si Syafiq yang hado tu. Ade ke waktu nak kahwin tu dia boleh hantar surat je kat Dahlia yang dia x boleh teruskan perkahwinan dia dnegan Dahlia. Semua orang bengang ah kan. Especially Dahlia. Ye ah malu beb!. So sebab nak jaga maruah both sides , Aariz pun setuju nak kahwin dengan Dahlia sebab fikirkan mak dia yang tengah sakit. So dalam terpaksa rela , Dahlia pun setuju nak kahwin.
Biasa lah mula2 kahwin tu , susah nak sesuaikan diri ( pakwe pun takde nak cerita macam ada pengalaman. HAHAHAHA). Tapi dorang ni takde ah gaduh besar sangat masa mula2 kahwin tu. Biasa lah emosional sikit2 tu kan. Tapi lama2 both dapat sesuaikan diri masing-masing. Biasalah bila dah happy , mesti ada dugaan & manusia2 yang nak rosakkan hubungan orang. Manusia tu x lain , si Syafiq yang bengong tu. Dia tinggal kan Dahlia sebab sibuk nak kejar ex dia kat Wellington. Tapi Alya tu taknak pun kat Syafiq sebab dia ni hot tempered ah kononnye. Memang keje dia kat sana menyusahkan si Alya tu sampai lah ade hari tu Alya ni bash si Syafiq sampai Syafiq tu bengang giler then dia dah mula sedar yang dia buat keje bodoh je kejar si Alya. 
So lepas dah bengang tu , dia pun balik Malaysia and terkezut giler bila tau Dahlia kahwin dengan Aariz. Si Syafiq ni memang tak ngam dengan Aariz sebab Aariz ni digambarkan hebat dalam segala benda , so dia bengang ah. So dia pun buat ah macam2 untuk Dahlia benci kat Aariz. Syafiq guna kan rahsia silam Aariz untuk nak buat Dahlia benci Aariz. Aariz plak sebab rendah diri , dia macam lost jugak ah and gaduh dengan Dahlia. Sebenar takde ape sangat , tapi sebab rasa rendah diri kat Dahlia , dia serabut. Tapi sebab ade nye si Syafiq , keadaan makin kelam kabut & serabut
Banyak gak persoalan & konflik dalam novel ni. Tapi semua terungkai dengan baik bagi aku. Mesej yang aku dapat dalam novel ni ialah pasal friendship. Friendship between Dahlia dengan 2 orang kawan dia , Teja  Redza yang sentiasa ada bila Dahlia perlu kan dorang. Itu lah gunanya kawan kan? Ada masa susah senang kita. 
Macam biasa , nak tau lebih lanjut , boleh lah beli novel ni. Aku tengok kat popular dah jual balik novel ni.So bagi yang belum beli & interested nak baca , boleh lah dapatkan novel ni kat popular atau kedai2 buku yang berhampiran. Takpun kalau malas beli online je KAT SINI.

No comments: