jom klik ni untuk menjadi yang pertama untuk mengetahui tentangnya

Friday 13 July 2012

Sinopsis novel Sebenarnya Saya Isteri Dia karya Zura Asyfar

MESTI BELI ! *

Sinopsis belakang novel Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.

Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.
"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.
"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.
Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.
Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.
"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.
"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad
Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.
"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.
"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.
Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?
Okay tertarik x dgn sinopsis novel ni ? Mesti uolsss fikir negative kan mase baca ayat ni   Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua. Okay ianya x seperti yg enkorang sangaka hokay . Syafa Aqira bukan lah perempuan yg jahat begitu juga dgn Farish Adryan . Tapi kena perangkap maut . Hamboiii perangkap maut gitu ye . Biasa lah kan kalau kita bahagia mesti ada ujian yg mendatang . hee kemain ayat mak jemah ye . 

Okay sebab masa itu emas , aku straight to the point je lah ye . Dipendekkan cerita Syafa ni kena perangkap dgn pompuan gedik yg nak kat Firash Arshad . Then sebab nak tutup malu , mak Farish Adryan & Firash Arshad , iaitu Datin Farizah suruh Syafa ni kahwin dgn Firash atau lebih femes dgn name acad . Okay utk uolss punya info , Datin Farizah ni sgt ah awesome hokay . Susah nak dapat mak mentua yg baik cam gini . Biasa lah kalau kena kahwin paksa kan mane ada orang normal yang nak . Garapan utk novel ni lain sikit dari novel yg aku baca sebelum2 ni sebab Firash ni kena kahwin paksa , dah ah kahwin paksa , dgn bekas ex abg dia pulak , dah ah x berapa ngam dgn abang dia , hadoiiiyaiii byk betul dugaan utk dak Firash ni , dah tu Syafa ni pulak tua 4 tahun dari dia .Masa tu pulak Firash ni baru 21 tahun . Sebaya dgn gua beb dah kena kahwin . huaaa. So korang imagine lah ye camane Firash ni nak berhadapan dgn kawan2 Uni dia . Tapi dlm masa yang sama walaupun Firash ni agak kerek ade mase nye dia romantik hokay uolsss.

Dipendekkan cerita lagi , dorang ni tetap happy tapi biasa lah ade je pengacau . Benci tau perosak hubungan orang ni. Paling best tu bila salah sorang kwn Firash ni terpikat dkt Syafa . Walapun Syafa ni dah 24 tahun masa tu , dia still awet muda . Gitu lah kan .Tapi as i mentioned earlier , Firash ni jeles tau bila kwn dia tu nak tackle Syafa .

Novel ni memang best sangat2. Rugi kalau x beli. Best sebab kebanyakkan novel banyak cerita pasal kahwin muda je , tapi x banyak nak garap pasal lelaki muda kena kahwin dengan perempuan yang berusia sikit and macam mana dorang handle perkahwinan dorang. So novel ni memang best !!

Pendekkan cerita at last dorang ni admit jugak yg dorang ni husband and wife . 

Kalau nak cerita pasal novel ni memang dah boleh jadi novel online dah sebab novel ni BEST GILER !! . So better korang beli & baca sendiri baru lah feeling2 watak heroin tu mcm diri kita . ahahahahhaha perasan nye . * ape salahnya kan* . Banyak lagi cerita yg menarik pasal novel ni so ape lagi , pegi beli sekarang novel ni sementara ada dalam pasaran . Takpun kalau malas nak bersesak kat Jalan TAR tu beli online je. 

Okay Assalamualaikum & terima kasih sebab sudi singgah blog ni :)

12 comments:

noor-atiqah.blogspot.com said...

sudah beli dan baca..:)
good job!

zura asyfar addy rifqhiey said...

TQ darling sudi wat review <3

sinopsis novel said...

tq nooratiqah . sorry lambat reply. bz sangat. :)

Happy Mind said...

sudah baca jugak...rate best la kot

Farhana said...

best.sangat

sinopsis novel said...

Tq for visiting my blog farhana :)

syahindah said...

bestnya novelnie mcm mcm ada.lucu,sedih boleh wat tawa joe...........................

Anonymous said...

gila best.....

Unknown said...

xsabar nak tgu last episode..ahakkksss

Unknown said...

jemput baca http://ibuddd2010.blogspot.com/

dah beli best sangat,nak baca lagi rasanya said...

dah beli best sangat,nak baca lagi rasanya

dah beli best sangat,nak baca lagi rasanya said...

dah beli dan baca tapi rasa nak baca lagilah