jom klik ni untuk menjadi yang pertama untuk mengetahui tentangnya

Friday 9 December 2016

Review Novel Isteri Tuan Ihsan by Sara Kyoko

Assalamualaikum & Hello !!

Seperti yang uolss tau novel Isteri Tuan Ihsan dah di-adaptasi ke drama kat channel 104 / 123 kat astro. Bagi sis pelakon memang "ngam". Aaron Aziz memang sesuaijadi Tuan Ihsan based  on character dalam novel. Amyra Rosli pun sama . So far dah 4 episod sis tengok , good job to al the team !.

Biasa lah bila novel dah di-adaptasi , mesti ada sikit perubahan. Contoh macam dalam drama Tan Sri Shamsuddin kenal Haziq ( staff Tuan Ihsan) , dalam novel takde pun. Lepastu ada scene kawan Seroja Irdina bergaduh dengan bf , dalam novel takde pun. Tapi uolss jangan lah kecam penerbit / pengarah .Hahahha. Just enjoy the drama . Nama pun drama .

Bagi sis novel ni best lah. Sebab novel Sara Kyoko ni pasal lelaki umur 40an yang jaga , kawan & kahwin dengan gadis umur 24 tahun bernama Seroja Irdina. Seroja ni pula anak kepada ex-crush Tuan Ihsan yg bernama Imaninah. Cinta tak kesampaian lah gittew !. Caman Tuan Ihsan bole terfikir nak jaga Seroja Idina ? anak ex-crush dia pula !. Sebabnya dia tunaikan wasiat Imaninah lah kononnya. Tapi Seroja ni dia pumya perasan & nakal ( nakal in good way), mata duitan pun ye , tapi bukan lah mata duitan yang teruk sangat, sampai stress lah Tuan Ihsan , sampaikan Seroja create group whatsapp dengan staff Tuan Ihsan . Kemain nama group " bakal isteri Tuan Ihsan". Yang best staff Tuan Ihsan @ group member semua sporting & sengal . Sampaikan staff Tuan Ihsan yang acah acah serious bernama Logan ( xtau lah dalam drama ada tak watak Logan ni) pun terjebak join group whatsapp . Hebat penangan Seroja Irdina ni !.

Seroja ni memang "hantu" ,boleh lepas akad nikah dia muntah kat Tuan Ihsan . Another part yang "seram" bila Tuan Ihsan masuk dalam whatsapp group dorang . Hahahhaha matilanak.

Part gaduh mesti ada. Seroja punya lah mengamuk bila jawab call dari Estelle , dan Estelle bagi tau pasal anak lelaki Tuan Ihsan. Tuan Ihsan ada anak lelaki ??. Anak mat salleh pulak. Betul ke anak Tuan Ihsan ?. Jeng jeng jeng. Kena lah tengok sebab biasanya bila dah jadi drama , akan lain sikit jalan cerita , so sama - sama lah kita tengok drama Isteri Tuan Ihsan sampai habis ye !.

Untuk dari episod 1 - 4 semalam , ada dalam bab ,which is part Tuan Ihsan & Seroja Irdina "kantoi bermesra". Kantoi dengan staff pulak tu .

So untuk episod nextweek , rajin rajinkan baca bab 9 , part Zaim pulangkan jaket Seroja kat Tuan Ihsan !!.

Okay sampai sini je sis rajin nak update. Kalau rajin sis update lagi .

Bye Assalamualaikum

Wednesday 4 May 2016

Teaser : Novel Assalamualaikum cinta by Zura Asyfar




Assalamualaikum 

Iolss kembali semula untuk review . Novel ketiga karya kak Zura Asyfar . Novel baru uolss fresh gittew . Novel baru untuk bulan Mei 2016. Dengar-dengar novel ni khas untuk PBAKL 2016. Akan masuk pasaran kemudian . Dan , bagi yang tak tau lagi , akan ada adaptasi ye untuk bulan Ramadhan nanti & dah start shooting . Tajuk drama pun sama macam novel , "Assalamualaikum cinta". Antara pelakon yang terlibat ialah  , Saharul Ridzwan , Kamal Adli , Emma Maembong & Ayda Jebat. 

So inshaaAllah sis akan cuba yang terbaik untuk baca & review novel ni sebelum drama ditayangkan , bagi korang teaser lah kononnya . Hahaha. 

 Iolss order dengan kak Zura personally , tak tau ada stok ke tak . So sesiapa yang nak beli tu , boleh lah beli kat PBAKL 2016 kat Maeps sampai 9 Mei 2016 kalau tak silap.

Nanti kan review dari iolss ✌🏼️


Thursday 17 March 2016

Novel Melayu Sama Ke? Part One

Assalamualaikum WBT
Okay entri kali ni sis nak review pasal novel melayu yang banyak orang cakap cliche, bosan, poyo, nak muntah, geli, and so on.
Okay tak dinafikan kebanyakkan novel melayu ni jalan cerita sama je iaitu pasal kahwin paksa, perbezaan darjat, hero  / heroin yang cun & hansome je, kahwin kontrak, orang ketiga, keluarga mertua baik & sebaliknya, dan yang paling orang menyampah tajuk novel. Hee.
Tapi anda silap !. Cewahhh. Silap sebab tak semua novel melayu macam tu sebab ada beberapa novel melayu yang sarat dengan mesej, ada tu deep setepek kena dengan diri sendiri.
Antara novel melayu yang best ialah karya Hlovate yang sangat banyak pengajaran( (bagi sis lah). Banyak yang deep dalam novel-novel Hlovate. Trust me. Kira macam Hlovate ni berdakwah secara halus .  Best sebab bukan macam novel-novel melayu lain yang ada watak orang ketiga , jalan cerita dan watak-watak dalam novel-novel Hlovate semua berkisar pasal kehidupan , persahabatan, kerohanian& keagamaan & etc. Try lah beli and baca karya Hlovate. Ayat semua sempoi tapi deep , english yang simple dan watak yang best.
Antara novel Hlovate yang sis dah beli dan baca
  1. aA+bB
  2. 5 Tahun 5 Bulan
  3. Versus
  4. Tunas
  5. Contengan Jalanan ( most fav )
  6. Rooftop Rant
  7. Anthem
*Actually semua novel karya Hlovate favourite sebab best. hahaha cliche sangat!. Tapi betul, most of Hlovate’s novel pasal perjalanan mencari Tuhan , perbetulkan diri , don’t judge a person past dan banyak lagi mesej yang nak disampaikan Contengan Jalanan dekat dihati sebab susah nak diungkapkan.
Antara kata-kata  dalam contengan jalanan
  • “ Hidup di dunia ini seperti perjalanan yang terlalu panjang dan terlalu banyak perhentian sementara , hingga kadang-kadang terlupa sebenarnya diri ni nak ke mana”
  • “ Kena merancang masa depan kalau nak senang. Tapi duit itu bukan dibuat kiblat , hanya dibuat alat.”
  • “ kalau ada kemahuan dan usaha , ‘halangan’ adalah satu perkataan yang tak ada makna apa-apa”
  • “The man that decided to change on the 12th hours died at the 11th.”
  • “Live the moment. Cherish the present. Anticipate the future. Frame the yesteryear”
  • “Talking is nothing. Doing is something.”
  • “Ikhlas tu bukan kita yang ukur, tu biar Allah yang tentukan. Jangan sampai kita tinggalkan amalan ibadat sebab tak nak riak dengan manusia, kerana tu la tanda kita riak dengan Allah sebenarnya.”
  • “Ada beza antara jumpa benda yang kita nak cari, dan cari benda yang kita nak jumpa.”
  • “Life is full of changes. And surprises. And the inexplicable(s).”
  • “Mana ada hukum bercinta dalam dunia ni kita suka orang , orang tu kena suka kita balik.”
  • “Berubahlah. Berubahlah sepenuhnya. Tinggalkan yang hitam dan kelabu itu di belakang.”
  • “Orang yang hati kering dan hati batu pun masih ada harapan untuk cari rahmat Tuhan sebenarnya.”
Novel melayu lain yang best kat next entri ya :)

Saturday 27 February 2016

Review novel

Assalamualaikum & hi :)

Okay, iols dapat beberapa email nak review beberapa novel . InshaaAllah kalau ada masa free , iolss akan review novel permintaan korang.

Lagi satu, kepada penulis2 yang nak novel anda di-review , boleh je . Hehe. Just email ke disebaliknovel.blogspot.com .


Thursday 25 February 2016

Review Novel Bimbo karya Rin Ahmad

Assalamualaikum dunia . Hehehe. Korang sihat ?.


Okay sekarang iolss nak review novel Bimbo yang dah dibeli & dibaca pada Januari tahun 2015. Dah setahun baru nak review !. Bz uolss :). Ni pun baru ada kerajinan nak review sebab novel ni akan di adaptasi soon !!. Exited ke tidak ?!!.

Seperti biasa novel karya kak Rin Ahmad semestinya tidak mengecewakan. So iolss assume ramai yang dah beli and baca novel Bimbo. Ke ada yang belum? Ok kepada yang belum , ni iols nak review ni ha.

So Bimbo ni kisah Elsuraya & Dani Ikram yang bagi iols sangat sweet oka perjalanan cinta dorang. cewah !. tapi betul , iols suka watak Dani , lagi2 watak ni nanti Shaheizy Sam pegang. ko ghase??.

ok ok . Elsuraya ni dia salah berdendam . punya lah lama dia dendam kat Azad , yang kononnya telah langgar parents dia , nak pulak aunty rose mintak dia kahwin dengan Azad. dan dalam masa yang sama Dani dah mula jatuh cinta kat Elsuraya . dalam meeting pun nak sweet2. haha. Elsuraya pula mula2 macam  layan tak layam je Dani ni. ye lah mana nak stress fikir pasal kena kahwin dengan Azad.

tapi Dani jenis tak cepat give up. macam2 dia buat nak dapatkan cinta Elsuraya. bagi washlet lagi. haha. the way dia propose Elsuraya pun kemain tau.

so nak dipendekkan cerita , Elsuraya dah tau siapa sebenarnya yang buat parents dia accident. siapa orangnyan? jeng jeng jeng. hahah ala ok lah iols bagi tau siapa.Dani lah orang nya. so berlaku sedikit masalah lah hubungan Dani-Elsuraya. even adik Dani pun salah faham dengan Elsuraya, Elsuraya pun salah faham dengan Dani. banyak salah faham lah gitu. hehe.

seriously and honestly, Bimbo ni satu lagi karya kak Rin Ahmad yang iolss bagi 10/10 sebab takde watak ketiga yang nak ganggu hubungan dorang. haha. boring kan kalau ada yang nak kacau je. lagi satu best pasal Bimbo, iolss baru tau pasal penyakit Bell Palsy yang Dani hadapi. dan paling best, hadiah Dani bagi kat Elsuraya lepas dorang kahwin. stay in Tanah Suci :'). seperti biasa , cara kak Rin tulis novel , easy to undersatnd. takde ayat yang cheesy melampau atau tak make sense. huhu. semua ayat mudah difahami and seronok nak baca.


kalau korang iols tak tau lah, iolss dah beberapa kali re-read Bimbo ni sebab best and terbayang2 diri ini Elsuraya . hahha. dan berangan nak dapat jodoh macam Dani. hehehe. jangan kecam sis !.


so sama-sama lah kita nantikan drama adaptasi dari novel Bimbo yang akan ditayangkan kat channel astro ria tapi dengan tajuk "Aku Bukan Bimbo"bermuula 29 Feb 2016 ni. exited uolss !!

Antara watak2 dalam drama Aku Bukan Bimbo yang iols tau

Elsuraya - Nadiyaa Nisa

Dani Ikram - Shaheizy Sam

Azad : Zahiril Adzim

Didi - Adik Anzalna ( sorry x ingat nama dia)




Thursday 18 February 2016

NEXT REVIEW !!

ASSALAMUALAIKUM :)

NEXT REVIEW IALAH NOVEL BIMBO YANG AKAN DITANYANGKAN KAT CHANNEL ASTRO !!

STAY TUNED !!

Monday 1 February 2016

Sinopsis novel Jangan Padam Rindu karya Rina Farizq

Assalamualaikum

Okay iols exited sangat nak review novel tahun 2016 yang pertama dimiliki. Gittew !. Iaitu novel jangan padam rindu karya Rina Farizq. Exited sebab novel ada tandatangan penulis (ek eleh itu pun nak bangga). hahhaha then dapat yang cetakan pertama punya. Haruslah exited & seronok kan.

Nah ni iolss bagi sinopsis  dari website kakinovel :

Ellina tak sangka dia dilamar oleh tuan haji kerepot yang bertongkat! Dia tak rela nak bertunang dengan lelaki tua yang gatal tu. Nak kahwin? Lagilah tak ingin!
Ellina: Lagi satu, bukan semua orang tuan haji boleh beli hatinya dengan kebendaan. Note4 pink ni memang awesome tapi itu tak bererti saya dah jatuh tergolek kat sini.
Mereka tak pernah bertemu, hanya berkomunikasi melalui aplikasi WhatsApp. Mujurlah ada media canggih tu. Kalau tak, ‘muntah hijau’ dibuatnya kalau terpaksa bercakap secara langsung dan bertentang mata dengan tuan haji.
Tuan haji: Ellina, saya ikhlas nak kahwin dengan Ellina. By the way, Note4 pink tu saya hadiahkan dengan ikhlas. Saya tak ada intention pun nak buat Ellina jatuh tergolek kat sana. Ellina, jatuh tergolek ke?
Serius Ellina tak boleh tahan. Geli betul dengan lelaki tua yang bertongkat tu. Tapi nak buat macam mana? Apa pilihan yang dia ada?
Ellina: Saya serius. Apa kata kahwin saja dengan ibu saya? Saya lebih rela jadi anak tuan haji. Please marry my mom.
Tuan haji : Ellina… I want to marry you, not your mom.
 Ellina pasrah. Majlis pertunangan dijalankan walaupun hati tak rela. Tak ikhlas! Tapi, kenapa bila tiba hari pertunangan orang lain pula yang bertunang dengan dia? Bukannya tuan haji. Dan Ellina rasa nak mati bila ‘orang’ itu sebenarnya yang meminangnya. Ellina rasa tak menentu bila ‘orang’ itu yang menjadi tunangnya. Kenapa ‘orang’ itu? Kenapa orang yang telah merobekkan hatinya muncul semula dalam hidupnya?
“Simpan rindu dalam hati!”

Camane teruja ke tidak ? . hahha. ni sinopsis belakang novel.

so basically Ellina ni dia macam tak tau dengan siapa yang dia kena kahwin. Tuan Haji dah pinang dia tapi dia taknak lah sebab Tuan Haji dah tua pada pandangan dia. Tuan Haji buat macam2 lah supaya Ellina terima pinangan dia.

Tapi sebenarnya anak Tuan Haji , iaitu Akid Fauzan yang iolss bayangkan Fadlan Hazim sbg Akid Fauzan. Over tak. hahha. Tapi ada cerita antara Fauzan dgn Ellina ni. Ada a few bab yang akan reminiscing saat2 dorang bercinta dan kenapa dorang putus. Jangan skip2 ye. Fauzan ni tersangat sweet orang nya even baru kenal Ellinapun dah panggil Ellina princess. Ko ghase ?.

Fauzan ni memang sweet giler dengan Ellina , tapi malu2 nak mengaku. hahaha
Biasalah kan dalam novel mesti ada orang ketiga. Dalam ni ada watak Mellisa yang agak jahat ler juga. Iolss suka watak El..Lina (panggilan Fauzan utk Ellina). Suka watak Ellina sebab dia agak berdikari juga lah. then satu habit dia yang buat Fauzan geram dengan dia ialah dia suka gigit hujung bibir. hahha. syam kawan Fauzan pun jahat juga. nak tau kena beli dan baca. hehehe. nanti spoiler pulerr. tak gitu?..


basically novel ni best sebab jalan cerita tak berat sangat , best sebab ada part @ bab macam mana dorang berjumpa, kenapa berpisah, kisah parents & family Fauzan yang buat kita tertanya@ & etc.

Tbh,ni novel pertama karya Rina Farizq yang iolss baca. Dan memang tak menghampakan. selain tu ada juga watak Miwal , Hani, Akma & etc yang korang kena explore. tak syok ah kalau cerita semuakat sini kan. hihi.



Saturday 2 January 2016

Novel baru tahun 2016


Assalamualaikum uolss . Selamat tahun baru 2016 .

Sempena tahun baru ni hakak nak share novel baru tahun 2016 yang semestinya jadi best seller sebab dari penulis favourite kita semua . Hehe.

First novel adalah dari tak lain tak bukan , the one and only Rin Ahmad. Ni novel kelima kak Rin . Setelah lama kita tunggu Jejaka Edisi Terhad ( JET ) nak dijadikan novel , finally uolss finally !!!. Oh ye , inshaAllah salah satu novel kak Rin , Bimbo akan diadaptasi ke drama !!. Hakak exited !!. 

Novel kedua dari Rina Farizq. Jujurnya first time akak baca novel dari kak Rina Farizq. Hakak belum baca lagi sebab baru sampai . Hahahaha. So nanti semestinya hakak review. Don't worry  be happy!.