jom klik ni untuk menjadi yang pertama untuk mengetahui tentangnya

Thursday 24 January 2013

Pengumuman

Assalamualaikum semua !

Entri hari ni agak lari dari topik sikit. But don't worry akan ade review novel best nanti. Juga , nak bagi tau novel ape yang akan diadaptasi jadi drama lagi. Novel tu best seller. Tunggu !!!

Okay ni nak mintak tolong kat korang2 yang selalu kunjung blog ni. Lepas baca review tu kalau ade free time sila lah visit page Aainaa Cotton . Ni page my aunt yang jual kain cotton yang sangat cantik & limited. Each design ade a few piece je. Juga ade jual Tabita Skincare. So thank you in advance korang !. Hanya Allah yang dapat balas jasa korang :)

Assalamualaikum :DD


Sunday 20 January 2013

Sinopsis Novel Untuk Semua Dosaku karya Rin Ahmad

*MESTI BELI!!!




Assalamualaikum

Aku sambung kat page baru lah ehh sebab kang taip kat entri sebelumnya nampak panjang sangat pulak review aku. Sape yang nak baca sinopsis novel ni klik ni .

Seperti yang korang baca kat sinopsis , novel ni watak utamanye Nur Lisa & Syed Azri. Dorang ni study lat Jerman. So kat sana dorang ni kira tidur satu bilik lah. Oh ye novel ni agak 18SX jugak lah bagi aku sebab ade sesetengah cerita dia x elok kalau budak2 baca. hehe. Actually bukan plan dorang pun nak duduk satu bilik kat bilik kat Jerman tu or dorang call studio. Ni semua rancangan jahat si Nur Lili adik si Nur Lisa yang prank kakak. Adik dia jahat giler. So bila dah satu bilik takkan takde ape2 perasaan kan. Nak pulak kat luar negara then masa tu kononnya masih muda so nak enjoy je. Nur Lisa ni pulak come from broken family. After parents dia divoorced , dia stay dengan mak dia. Syed Azri pulak comes from family yang agak terhormat. Agak pandai agama , tapi tak amalkan. Okay takyah kot ye nak cerita pasal parents dorang ni sebab tak penting pun . Haahhahaa. 

Nur Lisa sangat lah wild kat Jerman. Ape je dia x buat kat Jerman dengan Syed Azri. Minum arak masa octoberfest , kissing2 , & many more. Korang kena baca sendiri lah eh. Syed Azri pulak walaupun dia pun agak liar & layan semua perempuan macam dah jadi isteri dia , tapi Nur Lisa the only girl yang dia sayang sangat2. Lagi satu Syed Azri ni seorang yang sangat cemburu. Dia cemburu dengan Tengku Akhbar yang minat jugak kat Lisa. Tapi Lisa tak minat pun Tengku Akhbar ni atau dia panggil Kebar. , tapi dia just take advantage atas kekayaan Kebar. 

Paling ekstrem , Nur Lisa ni boleh pulak dia tolong Syed Azri habiskan arak masa event octoberfest. So bayangkan betapa bebas nye life Nur Lisa ni. 

Dipendekkan cerita , Nur Lisa dapat hidayah dari Allah untuk berhijrah lepas jumpa dengan Lydia. So Nur Lisa pun berubah lah sikit2 like dah x pakai seksi2 , mula solat & mengaji and Alhamdulillah dia berubah dari seorang gadis yang liar , suka minum arak , duduk sebilik dengan lelaki , berubah jadi muslimah. Tapi Syed Azri still the same Azri. 

Biasa lah kan bila kita nak & dah berubah jadi baik , mesti ade je suara2 sumbang kan. Sama ah cam Nur Lisa. Bila dia berubah jadi baik Syed Azri siap2 perli2. Ni ayat yang agak pedih ah Syed Azri cakap kat Nur Lisa 
Please....”
“Tolong hormat saya. Perlu ke saya merayu agar awak menghormati saya or should I say even if we’ve been
together thousands years, the fact is you are not my husband. Awak tak halal untuk saya. Dan saya pejam mata
untuk kisah silam kita.”
“Lisa!”
I better get going before things become worse.”
It’s worse already and I hate when you pretending to be good when I know who you are inside out.”
Then hate me.” Bergegar dada Nur Lisa mendengar perkataan ‘pretending’.

Pedihh kan ayat Syed Azri. Lagi2 orang yang kita sayang cakap macam ni bila kita nak berubah. Ending nye semestinya korang kena baca. haha. Baru lah best kan. :)


Kalau tulis panjang2 nanti orang boring pulak kan. So based on my reading of this novel , novel ni banyak jugak selitkan mesej yang bagus. Antaranya bila study kat luar negara takde mak ayah x semestinya kita boleh buat sesuka hati je sebab Allah ade kat mana2. Remeber that. For me too. Lepas tu dugaan nak berubah tu memang kuat & kita kena sentiasa berdoa supaya Allah mudahkan semuanya.

Conclusion nye novel ni memang best giler !!!. 

Sinopsis Novel Untuk Semua Dosaku karya Rin Ahmad





Assalamualaikum

Hari ni nak review pasal novel Untuk Semua Dosaku. Cam biasa ni sinopsis novel ni 

Kisah cinta antara Nur Lisa dan Syed Azri berputik di bumi Jerman. Nur Lisa gadis pintar yang hidupnya riang
bertemu dengan Syed Azri kerana rancangan nakal si adik. Sharifah Azrina yang disangkanya teman sebilik sebenarnya ialah jejaka kacak bernama Syed Azri.
“Tak menyesal ya. Tak nak tarik balik kata-kata awak tadi?”
I do the talking a lot. Which one you meant dear roommate?” Nur Lisa tergelak. Sengallah Azri ni. Pebende
merepek entah.
I’ll be the one. Betcha.
Nur Lisa tergelak besar. Orang buat lawak dia buat serius la pula. Ego seorang lelaki. Tak boleh tersentuh. Nur Lisa ambil mudah. Tak menyangka jalan-jalan di hadapan yang akan bermula bersama Syed Azri. Permulaan yang tiada penghujungnya.
Walk the talk Syed Azri.
Sikap selamba Nur Lisa akhirnya memikat Syed Azri yang egonya sentiasa dijulang ke langit. Di saat cinta berkembang mekar, cahaya hidayah menerjah ke ruang hati Nur Lisa. Kisah lampau, kisah zaman peralihan. Betul orang cakap, nak buat baik, beribu halangan sudah menanti di hadapan kita. Cinta yang menggunung dan kasih sayang yang melimpah-ruah terhadap Syed Azri terpaksa dikorbankan demi cinta barunya kepada Yang Esa.
“Lisa.” Syed Azri cuba memeluk Nur Lisa. Mahu menenteramkan Nur Lisa. Dia kalah melihat titisan air mata
di pipi Nur Lisa.
No.” Nur Lisa menolak tubuh Syed Azri dengan kasar.
“Boleh tak jangan keras sangat? We’ve been together for years and we’ve done lots more than this.

Please....”
“Tolong hormat saya. Perlu ke saya merayu agar awak menghormati saya or should I say even if we’ve been
together thousands years, the fact is you are not my husband. Awak tak halal untuk saya. Dan saya pejam mata
untuk kisah silam kita.”
“Lisa!”
I better get going before things become worse.”
It’s worse already and I hate when you pretending to be good when I know who you are inside out.”
Then hate me.” Bergegar dada Nur Lisa mendengar perkataan ‘pretending’.
Mereka berpisah di bumi Jerman namun jodoh mengejar Nur Lisa dan dia terpaksa akur bahawa jodoh dambaan lelaki yang boleh dijadikan peneman jalan ke jannah hanya tinggal mimpi. Pertemuan semula dengan Syed Azri di Malaysia menjadi titik ketenangan Nur Lisa dirembat dan kehidupan penuh berliku di samping orang yang pernah menolak jalan yang dipilihnya. Melayani kerenah Syed Azri yang akhirnya bergelar suami atas paksaan keluarga tak semudah ABC apabila jalan hidup yang dipilih berbeza. Apabila tiba saat diri mahu berubah, orang yang paling dekat tidak memberi sokongan malah memandang sepi. Keluarga yang memandang hina dek masa lampau yang terbongkar dan suami yang masih meragui dirinya yang kini berubah.
You know what naughty Dutches always said for their wives? There are only three ways to please their men. First please them on bed. Second, make them sandwiches and third don’t talk so much. Now do number three and get yourself ready.” - Syed Azri.
Syed Azri bukanlah lelaki kasanova dan dalam hatinya hanya terpahat nama Nur Lisa. Hanya keegoan membuat dia tegar melepaskan Nur Lisa dulu dan di saat Nur Lisa kembali dalam hidupnya, siapa sebenarnya yang didambakan dalam hidupnya kini? Nur Lisa kekasih hati merangkaproommate di studio kecil di Jerman dulu atau Nur Lisa si isteri yang kini sudah jauh berbeza?
Setiap permulaan pasti berhalangan. Mampukah Nur Lisa kekal menjadi hamba-Nya yang taat dan menjadi isteri yang solehah kepada Syed Azri? Mampukah Syed Azri berjalan seiring dengan jalan yang telah dipilih oleh Nur Lisa?
Nur Lisa binti Tajudin : ~ Cinta yang berputik dalam kancah dosa. Adakah akan terpalit selamanya? Syed Azri bin Syed Gilani : ~ Cinta yang tak perlu berubah. Adakah akan kekal selamanya?

Hari ni aku terlebih rajin nak taip sinopis kat belakang novel pulak. Atas ni sinopsis dari kakinovel

Nur Lisa , gadis pintar yang melanjutkan pelajaran ke Technical Universiti of Munich , Jerman , yang terperangkap menjadi roomate jejaka kacak , Syed Azri dengan sexy-smart-beard yang egonya tinggi melangit di studio kecil Pasing , Jerman. Sikap selamba Nur Lisa telah berjaya menambat hati Syed Azri yang pantang dicabar

Beerpasangan dan berkasih bukanlah tiket untuk hubungan kekal lama apabila cahaya hidayah menjengah ruang hati Nur Lisa. Bertahun hidup bersama di bumi asing merantai kaki Nur Lisa tetapi dia tegar melangkah pergi. Pergi meninggalkan semua dosa.

Impian Nur Lisa yang mendambakan lelaki yang beriman sebagai pasangan yang mampu membimbingnya lebur.Bagi Nur Lisa , sedalam mana cintanya terhadap Syed Azri , perkahwinan bukanlah penghapus dosa silam. Dipaksa berkahwin oleh keluarga yang malu apabila mengetahui kehidupan bebas Nur Lisa bersama Syed Azri di Jerman dulu menambah duka. Betullah kata orang...nak buat baik susah, nak berubah jadi baik, berganda-ganda lagi susah. Tanpa sokongan keluarga dan suami sendiri , mampukah Nur Lisa tegap berdiri di jalan yang telah dipilihnya? Mampukan Nur Lisa kekal menjadi hambaNYA yang taat dan menjadi isteri yang solehah kepada Syed Azri? Mampukah Syed Azri berjalan seiring dengan jalan yang telah dipilih Nur Lisa?

Sunday 6 January 2013

Lagi Novel Diadaptasi ke Drama

Assalamualaikum :)

Okay entri sebelum ni aku ade mentioned pasal ade lagi novel best yang akan diadaptasi ke drama !. Apekah novel itu ?. jengjengjeng !!!. Ehh bagi tau je ah kan ! Okay novel tu ialah Sebenarnya Saya Isteri Dia 
!!!. Bila nak ditayangkan tu xtau lagi sebab pelakon pun belum dipilih. Maybe lepas habis drama Setia Hujung Nyawa ? . So bile aku baca kat twitter bakal pengarah yang akan mengarah drama ni , maybe pelakonnye Aiman Hakim Ridza ( hero vanila coklat) & Tiz Zakyah. Tapi aku prefer kalau pelakon Hairul Azreen yang jadi hero sebab masa baca novel ni memang aku dah terbayang dia yang jadi Firash Arshad . AHAHAHAHAHA over nye aku. Tapi ape-ape pun semua ni penerbit n pengarah lah punye decision kan. Maybe ok kot gandingan Aiman & Tiz. So jom kite tunggu drama ni pulak ye !! . 

Sinopsis Novel Awak Suka Saya Tak? karya Melur Jelita

Assalamualaikum !


Novel yang aku nak review hari ni agak dah ketinggalan. Aku tau. Hahaha. Maklum ah busy weii. Hari jumaat baru aku start baca sebab takde nak buat ape. Tu pun ambik masa 3 hari nak habiskan. Tebal giler pages dia. 1056 muka surat tau. Ketebalan dia lebih kurang dengan novel Bukan Puteri Lindungan Bulan. Macam biasa ni aku bagi sinopsis dulu 

Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea - American - Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.

Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.

Hilmanku…sifuku…kekasihku…Kembalilah…

" Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini…" Hilman Yong

" Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja." Damien Yong

" Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya." Intan Zulaikha

Sinopsis pun dah agak panjang , apetah lagi jalan ceritanya kan. Aku suka novel ni sebab novel ni antara novel yang cerita pasal anak orang kaya yang humble giler. Both kaya. Hilman & Intan Zulaikha , tapi dorang maintain humble je walau mak ayah kaya raya. Tak macam dunia realiti yang anak-anak orang kaya selalu bajet je dengan kekayaan mak ayah dorang kan. Tak sedar padahal tu semua pemberian Allah. 

Lagi satu aku suka sebab macam mane Hilman Yong jaga adab dia sebagai lelaki. Dia tak pernah pun sentuh Intan Zulaikha padahal boleh je dia nak sentuh2 sebab dia always with Intan Zulaikha. Tapi dia sentiasa ingat Allah . Paling aku suka dia letakkan cinta Kepada Allah SWT & Nabi Muhammad SAW dulu baru cinta dia kat Intan Zulaikha. So walaupun dia muallaf , tapi boleh kata ilmu dia tinggi jugak lah sebab dia belajar tentang Islam dengan orang yang hebat jugak.

So sedikit sebanyak sikap Hilman Yong ni buat Intan Zulaikha terpikat ah. FYI , Intan Zulaikha ni ego yang amat. Walaupun dia x berlagak , tapi dia suka ikut kepala dia je. Ape dia nak cakap dia main cakap je. Sampai lah ade satu wkatu tu , dia main sembur je kat Hilman Yong & sebabkan ego yang tinggi dia taknak mintak maaf pun. So Hilman pun bengang ah kan, So ade satu incident bile Hilman accident & lupa ingatan. So masa tu Intan Zulaikha menyesal sangat2 dengan mulut dia yang boleh tahan berapi tu.

Kalau dalam novel AdamdanHawa Am tunggu Ain 8 tahun , dalam novel ni 11 tahun hokay. Apesal sampai 11 tahun , kena ah baca novel ni kan. 

Untuk novel ni aku spoil kan sikit ah cerita ending nye sebab aku suka ending novel ni. Iaitu bila first time Hilman pegang tangan Intan Zulaikha lepas acara batal air sembahyang. Aku rasa ni momen paling indah sebab before ni dorang x pernah bersentuhan pun. So bayangkan bile suami kita orang first yang pegang tangan kita. Jugak , momen bile Hilman pertama kali bukak tudung Intan Zulaikha . Ni pun aku suka sebab suami kita orang first yang bukak tudung kita & tengok rambut kita buat pertama kalinya. YaAllah best nye !!!. Tu lah indahnya bila semua pasal diri kita suami kite dapat tengok dulu. Bukan bf yang belum tentu nak jadi suami kita. See , bila kita ikut ape yang Allah suruh , kita akan dapat rasa kemanisan bila dah bergelar suami isteri. Ehh aku cakap macam pandai sangat je. HAHAHAHAA. 

Bagi aku novel ni antara novel yang terbaik aku pernah baca sebab jalan cerita dia sangat best !. Penulisnya , kak Melur Jelita banyak selitkan pasal kebesaran & kekuasaan Allah SWT. Cerita pasal nikmat yang Allah SWT beri kepada hambaNYA. So kita as a pembaca dapat manfaat nye. Kuasa Allah melebihi segalanya. Kalau Allah nak benda tu jadi , jadi lah. Nikmat Allah memang tak terhitung. 

Biasanya orang x minat baca novel akan cakap. Dalam novel wujud lah cerita macam ni. Yes true , tapi insyaAllah dengan izin Allah SWT kita pun akan dapat jodoh macam ni. 

Ohh ye. Bile baca novel ni terbayang ni muka Hilman Yong since dia mix American - chines - korea. 



Ni pelakon femes kat korea. Dia pun mix blood america -korea. 



Ni pulak fav song Hilman & Intan Zulaikha :)

Okay assalamualaikum :)