Assalamualaikum . Blog ini adalah sebuah medium untuk anda mengetahui sinopsis novel dipasaran tidak kira penerbit .
jom klik ni untuk menjadi yang pertama untuk mengetahui tentangnya
Friday, 13 July 2012
Sinopsis Novel Serasi Dihati karya Nora Ismail
Before start dgn pandangan mengenai novel ni , nak luahkan perasaan sikit lah . Novel ni antara novel fav aku tau TAPIIIIIIIIII novel ni hilang kemana tah . Lagi kecewa bila novel ni dah takkan diulang cetak lagi katanya . Tak tau lah korang anggap novel ni best ke x , tapi bagi aku novel ni terbaik wokss !!. Okay yang dah berlalu biarkan berlalu ye .
Sinopsis belakang novel : Persahabatan itu tidak pernah disengajakan, perasaan tersebut biasa2 sahaja. Tiada rasa sayang, tiada rasa kasih... Bahkah Zarul tahu Edrinaz sudah berpunya. Namun semakin jauh mereka menerokai, semakin indah perasaan itu dirasa. Semakin sering bertemu, semakin Zarul merindu. Dan akhirnya Zarul, mahupun Edrinaz sedar, mereka sama2 berasa serasi di hati.
Ehh pendek pulak sinopsis novel kali ni . Macam x best je ? . Bak kata pepatah omputih "don't judge a book by its cover" . Novel ni ade lah sikit mcm 18SX . Tapi masa aku baca tu aku dah lebih 18 tahun . muahahaaa. Tapi novel ni x lucah ye . Okay mehh aku ceritakn serba sedikit pasal watak2 yg ada dalam novel ni. Hero bagi novel ni ialah Zarul , walao nama best enn mesti dah terbayang mesti handsomenya Zarul ni . HEHEHHEHEE. Okay Zarul ni seorang lelaki muda yg bekerja sbg PA lah lebih kurang kpd isteri no 2 Dato ape tah x ingat pulak sebab x penting pun watak dato' ni . hehee. Datin yg dimaksudkan ialah Datin Zalina Asha . Datin ni sgt giler sex wokayyyyy . And Zarul ni kira anak ikan dia lah . Zarul ni jgk boleh lah nak dikatakan KASANOVA . Tapi Zarul ni baik dgn husband si datin zalina ni .
Pendekkan cerita , lama kelamaan , Zarul ni dah mula sedar pasal masa depan dia and terfikir sampai bila dia nak jadi anak ikan si datin yang giler seks tu . Ohh lupa pulak nak bagi tau nama heroin nye . Edrinaz ialah heroin utk novel ni . Serba sedikit pasal Edrinaz , Edrinaz ni dah kahwin dgn Shamsul Azman tapi takde anak , then manja gila dgn suami dia tapi si Shamsul Azman ni yang hado je weh , dah ah Edrinaz yang tanggung makan , minum , pakai dan segala macam tapi hampehhh je tak appriciate langsung bak kata omputih . Kalau nak something baru lah dia baik dgn Edrinaz . Lagi 1 yg buat aku emosi masa baca novel ni dia x kisah pun dgn lelaki mana pun nak kawan dgn Edrinaz . Nauzubillahminzalik moga Allah SWT jauhkan kita dari berjumpa suami mcm ni .
Macam mane pulak Zarul & Edrinaz ni jumpa eh ? Dorang ni kenal dkt laman chatting . Both of them sangat honest dgn kisah hidup memasing . Zarul berterus terang pasal life dia and Edrinaz pulak x berselindung pasal status tu as a someone wife . Tapi mcm biasa ade je pengacau nye . Si datin giler sex tu still x puas hati yang Zarul xnak dia dah and paling aku menyampah masa Zarul tu demam pun dia suruh "layan" dia . Then si datin tu pun nak baals dendam ah konon cinta dia ditolak and Shmasul Azman ni boleh lah nak dikatakan bengong sbb percaya dgn fitnah si datin giler sex tu sampai dia ceraikan Edrinaz . Bagi aku dari dpt suami mcm tu better bercerai je lah kan dari sengsara dah tu pulak masa kena cerai tu Edrinaz tu keguguran . YaAllah mcm mane lah kalau kita kat tempat Edrinaz tu kan . Hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui .
Then datin giler sex tu memang giler sex betul sampai Shamsul Azman pun dia tibai je . euwww okay gua nak stop cerita pasal 2 org manusia takde perasaan ni sebab meyampah lah .
Dipendekkan cerita lagi , Zarul ni bersimpati dgn keadaan Edrinaz dan as a gentlemen , Zarul pun hulurkan bantuan kat Edrinaz sampai lah satu masa tu dorang ni ade perasaan antara satu sama lain . Part ni memang aku suka giler . Ni kira mcm watak Firash lah kahwin dgn wanita yang tua sikit dari dia . Tapi yg ni bukan kahwin paksa . hehehehee. Okay terpaksa jgk selitkan pasal Shamsul Azman . Akhirnya Shamsul Azman ni dah sedar sape betul sape salah and dia jadi gila talak jap . Muahahahhahaa . Dipendekkan cerita lagi , Edrinaz ni x layan pun and dia kahwin dgn Zarul :DDDD .
Sampai sini je lah ye aku share pasal novel ni . Macam biasa lah nak tau lebih lanjut pasal si datin giler seks , Shamsul Azman yang bengong dan pasal sweet couple Zarul & Edrinaz ni korang cari lah novel ni sampai dpt sebab katanya dah kehabisan stok & xtau lah penerbit nak ulang cetak ke tak . Kalau ade Alhamdulillah and aku akan inform kat sini.
p/s : Novel ni mcm yg aku cakap ade unsur 18SX . Tapi bukan sebab ni aku beli novel ni ye . Sebab kat sinopsis takde pun cakap pasal ade unsur 18SX ke x . Dah baca baru tau . :) . Tapi count on me novel ni memang best ! Thumbs up untuk penulis novel ni iaitu Kak Nora Ismail . Harap2 novel ni diulang cetak .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam nak ty.awk x nak let go.ke buku ni coz klu nak.let go sy nak beli..
kita pun dah baca novel ni ...
xtau pulak novel jadi buruan ramai
for me biasa2 saja cerita dia ...
hehehe
lain org lain pendapat kan
& novel ni pun dah di letgo
huhuhu
tetiba rasa menyesal pulak letgo dulu
Post a Comment