jom klik ni untuk menjadi yang pertama untuk mengetahui tentangnya

Tuesday 25 June 2013

Sinopsis Novel Sebarkan CintaMu karya Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin

Assalamualaikum dear visitor and readers & salam syaa'ban.




Hari ni nak review novel islamik karya ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin. Hari tu baru habis baca novel yang mempunyai 880 muka surat. Take times jugak lah nak habiskan sebab tebal. Ni antara novel islamik yang aku suka & sarat dengan mesej pasal poligami , pasal wanita & macam2 lagi.

Sinopsis belakang novel :

Senyum manusia itu, hanya Tuhan yang tahu ertinya. Senyum itu memang menzahirkan ceria, namun untuk kebanyakan waktu, senyum itu adalah bagi menyembunyikan rahsia hati.
Inilah novel yang cuba mengurai makna senyuman seorang manusia yang bergelar anak, ibu, bapa, isteri, dan yang bergelar suami. Indahnya, ia dihuraikan dengan Islam, dan hasilnya semuanya kembali kepada Tuhan.

Kisahnya bermula dengan Ibu Dhiya', seorang isteri taat yang tinggi ilmu agamanya, terpaksa menjadi tukang sapu di sebuah kolej swasta. Di situlah Ibu Dhiya', didatangi pelbagai persoalan hati daripada setiap golongan di kolej itu.

Ibu Dhiya' berusaha membantu walaupun dirinya juga ada rahsia, yang menanggung derita masa lalu. Ibu Dhiya' dengan ilmu agamanya, dengan penuh hikmah mendekati hati warga kolej itu bagi memberikan makna yang lebih bererti dalam senyuman mereka, dengan cara yang suci, dengan cara Islam, dan akhirnya jadilah ia, senyuman yang menyebarkan cinta.
Novel ni banyak cerita pasal poligami. Kebaikan & keburukkan poligami dalam islam. Sebab yang aku suka lagi pasal novel ni ialah banyak diselitkan hadis & ayat2 Al-Quran yang sangat berguna based on cerita yang dikupas. So basically novel ni memang patut beli untuk motivasi kita bersama. Then novel ni banyak kupas pasal kemuliaan seorang wanita. Iaitu betapa Allah muliakan wanita, jangan cepat percaya dengan lelaki , jangan sesuka hati nak terima cinta lelaki yang belum halal , sentiasa jaga maruah diri sebagai seorang wanita & banyak lagi lah mesej yang best untuk wanita. Then sentiasa percaya Allah dah sediakan jodoh yang terbaik untuk kita dunia & akhirat , so kita sebagai seorang wanita ni , mantapkan diri kita dulu dengan ilmu agama , then InsyaAllah Allah akan pertemukan kita dengan jodoh yang baik , InsyaAllah. 
So kalau nak tau lebih lanjut , dapatkan lah novel ni ye . 

Assalamualaikum & thanks :)

2 comments:

amani said...

can u follow back my blog :)

amani said...

can you follow back my blog :)