jom klik ni untuk menjadi yang pertama untuk mengetahui tentangnya

Friday, 2 January 2015

Sinopsis & Review Novel Mutiara Hatiku RAFFLESIA karya Bill Bora


Assalamualaikum & selamat tahun baru 2015. InshaaAllah tahun 2015 ni hakak akan rajin review novel sementara belum kerja lagi ni.

Walaupun novel-novel ni dibeli pada tahun 2014, hakak nak jugak review . Hehe.

Mula-mula hakak perasan novel ni masa pergi Ekspo Buku kat PWTC hari tu tapi x sempat nak beli sebab duit habis borong novel lain . Hehe. Tapi hakak x give up ye, masa pergi popular terus beli sebab member dapat best discount. First novel yang hakak beli from Idea Kreatif

Novel ni pada hakak not bad lah since this is Bill Bora first novel. Oh ye hakak pernah jumpa tau Bill Bora ni iaitu masa raya gathering dengan Kak Iman dulu. So that was one of the reason hakak beli novel ni sebab hakak nak baca karya pertama dia. Hehe

 oh ye lupa pulak nak bagi sinopsis. nah sinopsis dulu


Hidup ini satu kembara di lautan yang luas buat Anis Sophea. Untuk mencapai impian, harus menyelam hingga ke dasarnya. Anis yang cantik, hidupnya biasa-biasa. Tapi, tiba-tiba berubah menjadi luar biasa apabila ditemukan dengan Haris Ilham, si ‘putera raja’ yang kacak dan kaya raya. Bersama Haris, hidupnya seolah berada di dalam sebuah kisah dongeng. Dikelilingi kemewahan dan keindahan. Tapi, dia takut untuk mempertaruhkan hatinya. “I memang suka you.” Tulus ucapan Haris. “Tapi I tak suka you.” Anis senyum manis. “I ada magis yang boleh buat rasa tak suka tu bertukar jadi suka.” Mata dikenyit nakal Layanan dan sikap Haris buat hatinya sedikit terusik. Namun, tidak semua yang kita harapkan boleh menjadi kenyataan. Haris sudah punya bakal tunang pilihan keluarganya. Tidak mahu menjadi perampas, Anis gunakan Ikmal Reza, model kacak untuk mengumpan amarah Haris. Tetapi sikap suka mendesak dan memaksa Ikmal buat Anis rimas. Ketika ingin lari daripada Ikmal, muncul Andrian sebagai penyelamat. Tapi, seorang Haris tidak pernah berputus asa. ‘Best Man Win’, itu kata hatinya. Selagi Anis belum menjadi milik siapa-siapa, dia masih ada peluang. Cuma, siapa pula Zarul Hisyam yang tiba-tiba muncul di dalam hidup Anis Sophea? Mampukah Haris bersaing dalam memenangi hati Anis Sophea? Dan... dapatkah Anis menemui mutiara hatinya sepanjang pengembaraannya itu?.

as usual , mengisahkan "cinta antara 2 darjat" gittew antara Anis Sophea & Haris Ilham yang digambarkan dari golongan kerabat diraja. biasa lah kalau dah "cinta antara 2 darjat" mesti cinta terhalang kan . hehhe. jalan cerita novel ni ok lah sebab lain sikit. apa yang lain nya ? yang lain nya dalam ni ada lah serba sedikit cerita pasal mutiara rafflesia yang mahal tu. so serba sedikit kita macam feeling2 lah dapat masuk butik tu. 

overall novel ni out of 10 , hakak bagi 8.5 untuk novel ni. ok lah untuk first time hasilkan novel kan. sesiapa yang nak baca tu boleh lah dapatkan di kedai2 buku berhampiran. atau kalau malas nak keluar , KLIK WEBSITE INI

oh ye , dorang jugak dalam misi nak mencari karakter yg sesuai untuk dijadikan drama. hakak share lah ye syarat2 nya

wanita
18-22 tahun
cantik & tinggi lampai

lelaki
19-22 tahun
kacak & tinggi lampai 

then ,

poskan gambar korang kat instagram Bill Bora dgn tajuk mutiara hatiku , biodata korang, umur & ketinggian koranng

so kalau korang / kawan2 korang menepati ciri-ciri dinyatakan , why not give it a try kan ?. ok all the best & thank you :)

No comments: