jom klik ni untuk menjadi yang pertama untuk mengetahui tentangnya

Sunday, 27 December 2015

Review novel Cinta Si Wedding Planner by Dhiyana


Assalamualaikum 😊.

As promised , hakak nak review novel yang drama nya akan bermula pada 30 Dec 2015 ni !!!!.

Permulaan cerita @ jalan cerita novel ni lebih kurang dengan novel2 lain , tapi macam biasa cara penulis olah jalan cerit  tu ada car tersendiri. Iaitu , macam mana hero & heroin gu bertemu . Haha. 

As for novel ni, pertemuan antara Zara Bastrisya & Fariz Adryan ni bermula kat parking lot tanpa dorang tau yg dorang ni ada jodoh satu sama lain. Haahaha.

Zara ni mula2 bercinta dengan Bazli, tapi lepas satu insiden, dorang tak jadi kahwin, apa sebab nya , yg dah baca mesti tau kenapa. Yang belum beli & baca , sila beli & baca . Hehehe. 

Zara ni lucky sebab parents Fariz & adik beradik dia semua sayang kat dia . 

Spt biasa , mesti akan ada pengacau. Pengacau dlm ni ex Fariz . Malas nak cerita sebab x suka . Hahahaha.

Overall novel ni pada hakak best juga lah & berbaloi beli . 

Oh ye novel ni ada sekuel juga.

Sekian terima kasih 


Friday, 18 December 2015

NEXT REVIEW : CINTA SI WEDDING PLANNER ( ADAPTASI DRAMA DI AKASIA TV3 DEC 2015 ) !!!

ASSALAMUALAIKUM :)

HAKAK KEMBALI !!

NEXT AKAN REVIEW NOVEL CINTA SI WEDDING PLANNER YANG AKAN DIADAPTASI KE CHANNEL AKASIA TV 3 HUJUNG DEC 2015 NI.

EKSAITED SEBAB PELAKON BEST !!.

TUNGGU YE REVIEW DARI HAKAK :)

Sunday, 15 March 2015

Buku 88 Love Life & Brain Beauty Belief Open Order Now !

Assalamualaikum


Good news korang boleh order sekali buku Brain Beauty Belief by Dian Pelangi . Ramai emel tanya bila nak ada buku ni kan , dah ada ni apa lagi , order lerr . Hehe

Sorry sangat lama tak buat review, sekarang dalam proses nak ambik buku-buku ni dari supplier. harap korang boleh support my side business and do follow my ig acc DISEBALIKNOVELBLOGSPOT.

May Allah repay all your kindness :')

Tapi emel kat sini ye

disebaliknovelblogspot@gmail.com

yang dah emel kat zubaidah91@gmail.com tu takpe , tapi lepas ni apa2 menegenai blog ni , emel kat disebaliknovelblogspot@gmail.com ye :

tq :)


Saturday, 14 March 2015

SIAPA NAK BELI BUKU #88 LOVE LIFE SILA ORDER SEKARANG !

Assalamualaikum semuaaa

SIAPA NAK BELI BUKU DIANA RIKASARI , CEPAT2 ORDER & MAKE PAYMENT INSHAALLAH DAPAT BY NEXT WEEK 😄

Wednesday, 11 March 2015

PRE ORDER BUKU #88 LOVE LIFE by Diana Rikasari

Assalamualaikum

Siapa nak join postage lagi ? . PLEASE make sure korang memang nak beli sebab ada yang order lepas tu tak jadi beli for last minute. Hakak tak marah cuma macam rugi weiii bayar kat orang disana kalau korang tak jadi ambik. Sebab nya hakak share dengan partner.

MOHON YANG SERIUS NAK BELI JE EMAIL

Terima kasih semua :)

Tuesday, 20 January 2015

Pre-order #88 Love Life by Diana Rikasari




Pic credit to Mr Google




Assalamualaikum uolss

Hakak nak bagi tau gud news ni. Kalau korang nak beli buku #88 Love Life by Diana Rikasari , korang boleh order kat hakak.

RM 50 + RM 6 UNTUK POSLAJU

buku ni PRE-ORDER ye. Takes about 2 weeks sampai kat korang. As usual , pre-order rules , kena bayar dulu , deposit pun takpe to secure your order.

Anything boleh email kat zubaidah91@gmail.com dengan subject : BUKU #88 LOVE LIFE

Thursday, 15 January 2015

Sinopsis & Review Novel Yes, Maam !. karya Areila Sahimi



Assalamualaikum uols :)







Seperti yang dijanjikan dalam entri sebelum ni , hari ni hakak nak review novel baru dari Areila Sahimi, iaitu sambungan dari novel Yes Boss!. 

Kalau korang baca novel yes boss!, korang akan tau lah jalan cerita nya macam mana , kenal watak2 seperti Ilham & Aryana. 

So kalau dah sambungan tu , takde lah banyak sangat jalan cerita yang berubah. Cuma ada tambahan watak seperti  Razlan , Suri & Qistina Zara.

Kalau dalam Yess Boss! Ilham ni kaki perempuan , tapi dalam ni since dah kahwin dengan Aryana, dia dah pencen . hahhaha. 

make it short, dalam yes maam! aryana & ilham bercerai sekejap gara-gara ilham yg terlepas menjatuhkan talak masa satu incident ni. saspen x ?. hahaha

tapiiiii ilham ni non-stop lah nak pujuk aryana balik and dia gunakan anak2 untuk nak aryana balik kat dia balik. tapi aryana ni dah hati kering lah gittew nak balik kat ilham semula. tambah pulak , aryana ni kawan dengan seorang lelaki muda yg bernama Razlan yg merupakan owner restoran tempat dia kerja lepas dia bercerai dengan ilham. semestinya lah ilham cemburu sebab dia rasa aryana macam x sedih pun lepas bercerai. nak pulak aryana dengan lelaki yang jauh lebih muda & handsome. anak orang kaya pulak tu.

overall novel ni menghiburkan lah and worth it lah kalau beli. watak2 seperti suri & qistina zara ni malas nak elaborate sebab hakak x suka. muahahah. 

so inilah review hakak untuk novel ni. 

Tuesday, 13 January 2015

Teaser

Assalamualaikum :)

Okay ni hakak nak bagi teaser novel yang hakak akan review kalau tak esok lusa. Bergantung kepada hakak punya free time ye.





Tadaaaa ni lah  novel-novel nya :). Bersabar ye :)

Novel Isteri Separuh Masa karya Suri Ryana akan Di Adaptasi

Assalamualaikum :)


Okay entri hari ni nak bagi tau je novel Isteri Separuh Masa karya kak Suri Ryana akan diadaptasi kat astro. Antara pelakon-pelakon nya ialah Aiman Hakim sbg Nazrin Shah ( for me Aiman Hakim sesuai je pegang watak ni ), the Emma Maembong sbg Medina Izwani ( Ni pun sesuai je pegang watak Medina).

Kalau yang belum baca review ni lagi , klik kat sini yeREVIEW NOVEL ISTERI SEPARUH MASA. Hakak memang suka baca novel ni & hopefully drama nanti akan turn out well :)

Friday, 2 January 2015

Sinopsis & Review Novel Suami Edisi Terhad karya Marissa


Assalamualaikum :)

Hokay ni pun antara novel baru dalam koleksi hakak. dibeli masa ekspo buku jugak sebab dapat diskaun kaw kaw . 

sama macam LYMA , ni pun novel pertama dari Marissa yang hakak beli. hakak x beli pun novel teduhan kasih . tp drama dia yang syahdu tu hakak tgk lah walaupun x tgk dari awal. and know what, hakak mula2 ingat Marissa ni penulis LYMA and idk kenapa hakak fikir macam tu. hakak agak konpius lah masa tu. and hakak baru tau Marissa dah tulis 3 buah novel , iaitu teduhan kasih, suami edisi terhad & my indo chick. 

hokay back to the main purpose. bagi hakak novel suami edisi terhad ni jalan cerita dia agak "lemah gemalai" . ok xtau nak explain macam mana. idk lah pembaca lain, tp hakak macam banyak skip masa baca novel ni sebab jalan cerita kat setiap bab macam meleret2 and repeatedly lah gittew. iaitu azian yuhanis tu macam terlalu takut husband dia berubah hati and cerita pasal tu meleret2 kat setiap bab . ni pandangan hakak lah. orang lain bebas untuk menyuarakan pendapat. pendapat masing2 kan lain . x gitu ?

tp one thing hakak suka dalam novel ni ialah watak hazrul effendi, husband azian yuhanis, dia x mudah percaya dengan kata2 orang lain, lagi2 yang burukkan azian yuhanis even mama dia pun. selalu kan mesti ada husband (dalam novel lah) yang termakan dengan hasutan orang luar yang nak merosakkan hubungan suami isteri kan. 

conlusion, korang beli & baca lah novel ni sbb lain orang lain citarasa kan. 

assalamualaikum & thank you :)



Sinopsis & Review Miss You Mr Arrogant karya Aliesha Kirana


Assalamualaikum. Jumpa lagi :). Gigih hakak review 3 buah novel sebab lama nau tak update kan. Ni antara novel baru 2015 lah sebab hakak dapat cetakan pertama - januari 2015 punya. walaupun beli kat ekspo buku PWTC 2014. hahahhaha.

ni first novel dari Aliesha Kirana akak beli. even love you mr arrogant pun hakak x beli and drama dia pun on off je hakak tengok. tapi kenapa tah nak beli jugak novel ni walaupun x tau apa2 pasal novel mr arrogant.

dari tajuk pun kita dah tau ni sekuel dari LYMA so dalam bm kesinambungan lah. since hakak x beli pun LYMA , makanya hakak lost beberapa ketika so penyelesaiannya  hakak just bayangkan watak2 dalam tu spt zara zya & azlee khairi so sedikit sebanyak dapat catch up leww.

korang dapatkan lah novel ni , lagi2 yang memang dah beli LYMA. x syok ah kalau x baca sambungannya kan . so happy reading :)

overall novel ni best & keep it up Aliesha Kirana :)


Sinopsis & Review Novel Mutiara Hatiku RAFFLESIA karya Bill Bora


Assalamualaikum & selamat tahun baru 2015. InshaaAllah tahun 2015 ni hakak akan rajin review novel sementara belum kerja lagi ni.

Walaupun novel-novel ni dibeli pada tahun 2014, hakak nak jugak review . Hehe.

Mula-mula hakak perasan novel ni masa pergi Ekspo Buku kat PWTC hari tu tapi x sempat nak beli sebab duit habis borong novel lain . Hehe. Tapi hakak x give up ye, masa pergi popular terus beli sebab member dapat best discount. First novel yang hakak beli from Idea Kreatif

Novel ni pada hakak not bad lah since this is Bill Bora first novel. Oh ye hakak pernah jumpa tau Bill Bora ni iaitu masa raya gathering dengan Kak Iman dulu. So that was one of the reason hakak beli novel ni sebab hakak nak baca karya pertama dia. Hehe

 oh ye lupa pulak nak bagi sinopsis. nah sinopsis dulu


Hidup ini satu kembara di lautan yang luas buat Anis Sophea. Untuk mencapai impian, harus menyelam hingga ke dasarnya. Anis yang cantik, hidupnya biasa-biasa. Tapi, tiba-tiba berubah menjadi luar biasa apabila ditemukan dengan Haris Ilham, si ‘putera raja’ yang kacak dan kaya raya. Bersama Haris, hidupnya seolah berada di dalam sebuah kisah dongeng. Dikelilingi kemewahan dan keindahan. Tapi, dia takut untuk mempertaruhkan hatinya. “I memang suka you.” Tulus ucapan Haris. “Tapi I tak suka you.” Anis senyum manis. “I ada magis yang boleh buat rasa tak suka tu bertukar jadi suka.” Mata dikenyit nakal Layanan dan sikap Haris buat hatinya sedikit terusik. Namun, tidak semua yang kita harapkan boleh menjadi kenyataan. Haris sudah punya bakal tunang pilihan keluarganya. Tidak mahu menjadi perampas, Anis gunakan Ikmal Reza, model kacak untuk mengumpan amarah Haris. Tetapi sikap suka mendesak dan memaksa Ikmal buat Anis rimas. Ketika ingin lari daripada Ikmal, muncul Andrian sebagai penyelamat. Tapi, seorang Haris tidak pernah berputus asa. ‘Best Man Win’, itu kata hatinya. Selagi Anis belum menjadi milik siapa-siapa, dia masih ada peluang. Cuma, siapa pula Zarul Hisyam yang tiba-tiba muncul di dalam hidup Anis Sophea? Mampukah Haris bersaing dalam memenangi hati Anis Sophea? Dan... dapatkah Anis menemui mutiara hatinya sepanjang pengembaraannya itu?.

as usual , mengisahkan "cinta antara 2 darjat" gittew antara Anis Sophea & Haris Ilham yang digambarkan dari golongan kerabat diraja. biasa lah kalau dah "cinta antara 2 darjat" mesti cinta terhalang kan . hehhe. jalan cerita novel ni ok lah sebab lain sikit. apa yang lain nya ? yang lain nya dalam ni ada lah serba sedikit cerita pasal mutiara rafflesia yang mahal tu. so serba sedikit kita macam feeling2 lah dapat masuk butik tu. 

overall novel ni out of 10 , hakak bagi 8.5 untuk novel ni. ok lah untuk first time hasilkan novel kan. sesiapa yang nak baca tu boleh lah dapatkan di kedai2 buku berhampiran. atau kalau malas nak keluar , KLIK WEBSITE INI

oh ye , dorang jugak dalam misi nak mencari karakter yg sesuai untuk dijadikan drama. hakak share lah ye syarat2 nya

wanita
18-22 tahun
cantik & tinggi lampai

lelaki
19-22 tahun
kacak & tinggi lampai 

then ,

poskan gambar korang kat instagram Bill Bora dgn tajuk mutiara hatiku , biodata korang, umur & ketinggian koranng

so kalau korang / kawan2 korang menepati ciri-ciri dinyatakan , why not give it a try kan ?. ok all the best & thank you :)

Review 3 Buah Novel

Assalamualaikum :)

Hari ni iols akan review 3 buah novel baru sekaligus

1. Mutiara Hatiku - Bill Bora
2. Suami Edisi Terhad - Marissa
3. Miss You Mr Arrogant -- Aliesha Kirana