jom klik ni untuk menjadi yang pertama untuk mengetahui tentangnya

Saturday 3 August 2013

Sinopsis Novel The Wedding Breaker karya Evelyn Rose

Assalamualaikum . Selamat berpuasa. Ramadhan dah nak ke penghujung dah kan. Moga semua amalan kita sepanjang Ramadhan ni diterima. Hari ni baru free nak review novel sebab dah start cuti sem & cuti raya . Yayyyy!!!. Tapi novel yang tak berapa nak baru lah ye sebab busy sangat2.

So hari ni nak review novel The Wedding Breaker karya sis Evelyn Rose. Novel ni aku baca sinopsis je tapi tak beli pun sebab takde duit masa tu and tiba2 rezeki nak baca novel ni , iaitu , housemate aku ade novel ni , so apa lagi , baca lah kan . Jimat duit. hehehee. 
Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar...” - Ariana Rose
Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!
Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.

“What’s so funny?”

“Talking to me?”
“Nah… just talking to the lizard. See… there… we were talking just now. I know you won’t be able to understand the lizard’s language.”
Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!
“I’m gonna miss you… I’d rather stay by your side. Always.”
“Sayang kat abang rupa-rupanya ya?”
“Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too.”
Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?
“Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya.” – Tengku Adam Kamil
Bagi aku novel ni best jugak walaupun penulis nye penulis baru. Cerita x complicated nak faham. Good job to sis Evelyn. Lepas tu yang aku suka pasal novel ni , banyak gak ada ayat dalam english yang best yang mane kite boleh practice english kita. Then aku suka sebab novel ni ada selitkan betapa semua orang boleh berubah untuk jadi yang lebih baik dari sebelumnya. Macam watak Tengku Adam Kamil ni. Dia dah biasa hidup sosial since dia study kat oversea dulu. So social life dia banyak terpengaruh dengan lifestyle barat. Tapi after a few incident and jumpa Ariana , dia terus rasa nak berubah jadi lebih baik. And fyi , Tengku Adam ni muda2 lagi dah ada title dato. 
Ariana ni tak lah sejahat yang disangka ye. Mula2 baca novel ni aku ingat dia ni perosak wedding orang , rupanya ada kisah disebaliknya. Nak tau apa , sila beli & baca. Hehehehe. So bila dia dah rosakkan wedding orang , dia kena tanggung akibat dari perbuatan dia tu. Macam-macam lah dia kena tempuh sebab kerja gila yang dia buat tu. And nak dijadikan cerita , Ariana ni dijodohkan dengan Tengku Adam walaupun ada rasa benci kat Adam atas beberapa sebab. Mula2 both x tau pun dorang dijodohkan sebab x pernah jumpa , tapi ada satu hari tu Adam ternampak gambar Ariana , so dia yang tau Ariana yang akan kahwin dengan dia. Dia pun suka sangat. Ariana pulak xtau siapa bakal suami dia sebab tak pernah jumpa.
Then bila dah kahwin , ada je yang x puas hati and buat macam2 fitnah. Tapi dorang berjaya tempuh semuanya dengan baik. 
Ade lah beberapa pengajaran dalam novel ni untuk kita jadikan panduan. So selamat membaca novel ni ye :)

16 comments:

Unknown said...

13 jam yg naik pesawat lg best

sinopsis novel said...

Otw nak beli ni nani comel :) Tq ye :)

Unknown said...

Best gle kot novel nim .. thank kpde pnulis novel nim ,, sye bce novel nim rse terharu sangax ... ♥The wedding breaker♥

ida_norhan said...

Boley laa....

ida_norhan said...

Boley laa...

Anonymous said...

ee...syok nyer...x lma lgy akn di drma kn...!??

Anonymous said...

syokk...nyerr

sinopsis novel said...

Yes akan jadi drama . jom kita tunggu sama2 :)

irsya_farisya said...

nyesal gila x beli...dah jumpa tpy ingat mcm x best..bila dah bca di blog awak, terasa ver xcited nak beli... nak terjah kedai buku lah mcm ni...thanks kerana berkongsi this novel with us....

Anonymous said...

Best tau..rugi tak baca
.

Anonymous said...

*Nama cliche - Tengku + Adam.
*Perwatakan cliche - lelaki sombong, kaya, masochist, perempuan kurang kebolehan pemikiran logikal, minat lelaki samseng
*Plot clice - As you can see above

sinopsis novel said...

Yes most of malay novel jalan ceritanya agak cliche , but what make it different is how the author write the story . Untuk novel TWB ni , for me ada cerita & mesej yg tersendiri dari watak adam yg x didedahkan dgn agama islam sepenuhnya , lps tu berubah jadi lebih baik & actually setiap novel ada keunikan tersendiri & kita sebagai pembaca pun ada pandangan kita sendiri. Thanks sudi singgah :)

sinopsis novel said...

Yes most of malay novel jalan ceritanya agak cliche , but what make it different is how the author write the story . Untuk novel TWB ni , for me ada cerita & mesej yg tersendiri dari watak adam yg x didedahkan dgn agama islam sepenuhnya , lps tu berubah jadi lebih baik & actually setiap novel ada keunikan tersendiri & kita sebagai pembaca pun ada pandangan kita sendiri. Thanks sudi singgah :)

Unknown said...

best la ceta ni....

Anonymous said...

Cerita drama melayu kebanyakkanya cliche sgt..dr awal cerita smpy la ending dia..hm maaf bkn niat nk mengutuk crita melayu..xla semuanya cmtu..

sinopsis novel said...

Yup setuju. Most of drama melayu jalan cerita agak cliche. Same goes to kdrama pun. Actually semua drama pun jalan cerita cliche. Hehe. It just how the director mengarah and the producer pilih pelakon untuk lakonkan watak tu. Especially bila dari novel diadaptasi ke drama. Walaupun kebanyakkan drama melayu cliche , tapi still ada setiap drama ade mesej tersendiri. :)