jom klik ni untuk menjadi yang pertama untuk mengetahui tentangnya

Sunday, 23 December 2012

Sinopsis Novel Perempuan Lindungan Kaabah karya Hana Ilhami






Assalamualaikum semua!. Okay seperti yg dijanjikan , hari ni aku nak buat review pasal novel Perempuan Lindungan Kaabah karya Hana Ilhami. Okay untuk starting , ni sinopsis untuk novel ni


PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH. Itulah gelaran yang diberikan oleh orang di sekelilingnya kepada Hanan disebabkan sikapnya yang sempurna sebagai seorang Muslimah yang solehah.
Kehadiran lelaki yang mendambakannya menjadi seorang isteri telah menyebabkan hati Hanan keliru untuk memilih di antara jasa dan rasa...


“Hanan, selama ini saya mengetahui Islam dengan lebih mendalam dari awak. Itupun melalui e-mel atau telefon. Setiap kali saya nak ajak awak keluar, awak selalu menolak. Awak tak sudi ke keluar dengan saya?”- Alex



“Hanan! Akan aku pendamkan sahaja cinta ini di dalam lubuk hatiku…”- Amir

“Mummy nak Reez kahwin dengan ustazah? Tiap-tiap hari dengan bertudung litupnya, sampaikan dalam rumah ni pun bertudung. Kalau Reez ajak dia pergi club atau karaoke ke, mummy rasa dia nak pergi tak?” - Fareez
Demi membalas budi, Hanan berkorban atas maksud dakwah. Hanan akhirnya memilih lelaki yang tak pernah difikirkan akan menjadi pasangan hidupnya. Tapi dengan sikap lelaki itu yang sering sahaja mengabaikan perintah Tuhan serta kehadiran Sally sebagai teman wanita telah menguji bahtera yang dibina.
“Aku tak seksi... Dengan imej jubah dan tudung labuh ini terlalu janggal rasanya untuk aku berada dalam dunia Abang Fareez. Pasti aku ini bukan pilihannya, malah aku sendiri pun tidak pernah bermimpi untuk hidup bersamanya.” - Hanan
Demi mendapat reda Ilahi, Hanan cuba bertahan dan memenangi hati lelaki bergelar suami. Tapi... perlukah Hanan mengorbankan prinsip-prinsip hidupnya demi kebahagiaan yang dia sendiri tidak pasti? Di antara cinta kepada suami dan cinta kepada Ilahi, yang manakah harus diutamakan?

amacam best x sinopsis novel ni? . jalan cerita novel ni sama je macam novel-novel lain bila kena kahwin paksa. memula benci , tak suka , menyampah tapi ending mesti happy. kenapa aku cakap jalan cerita sama dengan novel-novel lain sebab biasa lah bila lelaki / perempuan kena kahwin paksa , mesti before tu dorang dah ade gf / bf . so dalam novel ni , hero nye , Fareez , anak orang kaya and seorang arkitek and ade awek nama Sally yg bekerja as his secretary. so biasa lah dalam novel kan , bile dah couple dgn watak utama , lagi2 kalau lelaki tu anak orang kaya , mesti yg perempuan tu gedik yang amat!. Fareez ni pulak pakej lah , handsome , kaya , arkitek , kaki minum , kaki clubbing & macam2 lagi lah. so mak dia , Datin Zaleha , dah pening nak pikir ape nak  buat dengan anak tunggal dia. so dia pun buat keputusan kahwinkan anak dia dengan Hanan . Hanan ni digambarkan seorang wanita yang cukup serba serbi as a Muslimah . Tapi si Fareez ni x suka pun biasa ah mane same kan life dia dengan life Hanan. 

so bile Fareez dah kena kahwin dengan Hanan , Sally bengang ah sebab dia rasa x puas hati , perempuan macam Hanan boleh kalahkan dia dengan dapat kahwin dengan Fareez. So mcm watak Isabella dalam novel Kau Yang Satu , dia pun fitnah lah kata dia mengandung anak Fareez .

in the end , dia yang malu sendiri bila dah kantoi . 

kesimpulannya , novel ni memang best lah sebab watak Hanan , banyak ikut sunnah & cara yang Rasulullah SAW amalkan. tapi aku rasa novel ni lagi best kalau tajuknya Wanita Lindungan Kaabah sebab nya , gelaran wanita kan lebih tinggi & mulia dari gelaran perempuan. Mak kita pun kita panggil wanita , bukan perempuan. ni pada pandangan aku lah. lepas tu Hanan ni sangat menjaga peranan dia as a wife . oh ye aku x ulas watak Alex & Amir sebab ni watak pembantu je and nak tau pasal watak dua orang ni sila lah baca novel ni. hihi :). Dan paling best macam dalam novel SSiD , mak mentua Hanan , Datin Zaleha sangat baik hokay mcm Datin Farizah. So masa baca novel ni aku pun verangan x hengat lah langkah indah kalau aku dapat mak mentua baik macam Datin Zaleha & Datin Farizah . hahahhaa

pada aku berbaloi jugak lah beli novel ni yg berharga rm28 dan mengandungi 846 muka surat

klik website ni kalau malas nak beli kat kedai 

5 comments:

juicy X said...

best kan novel ni! walopon jln cita klise tp penghayatan menarik

sinopsis novel said...

yes best sangat. :DD. Suka watak hanan tu tabah je kan

Hamka said...

saye setuju sangat2...

Unknown said...


sayapun to the ending of this novel..suka sgt novel ni.sarat dgn mesej dan pengajaran berguna untuk seorang Muslimah.Suka time Hanan dan Fareez berdebat bab2 perkahwinan,mcm2 persoalan yg sy saling berkait dan kdg2 musykil jg ape jwpnnya..hrp2 akan ada dramanya nanti..

Unknown said...

sayapun to the ending of this novel..suka sgt novel ni.sarat dgn mesej dan pengajaran berguna untuk seorang Muslimah.Suka time Hanan dan Fareez berdebat bab2 perkahwinan,mcm2 persoalan yg sy saling berkait dan kdg2 musykil jg ape jwpnnya..hrp2 akan ada dramanya nanti..