jom klik ni untuk menjadi yang pertama untuk mengetahui tentangnya

Monday, 3 December 2012

Sinopsis Novel Perempuan Lindungan Kaabah karya Hana Ilhami







Assalamualaikum semua . YaAllah lamanya blog ni terbiar tanpa ada update!!. Maaf sangat2. Personal blog pun x sempat nak update. Sorry lah ye bz sangat dengan segala bagai esaimen , class n all. Lagipun kat rumah sewa memang x bawak laptop so susah nak update. Okay sebagai ganti , nanti iolss akan review novel yang best2 ye. Untuk novel seterusnya yang na di-review ialah novel Perempuan Lindungan Kaabah karya Hana Ilhami terbita KaryaSeni. Mungkin ada yang dah baca novel ni. Tapi tak kisah lah nak buat review jugak sebab masing-masing ade pandangan sendiri kan tentang sesuatu novel . InsyaAllah akan update bila ada gap final exam nanti takpun lepas habis final exam ye.

Ni sinopsis nye. Korang baca sinopsis dulu lah ye :)
PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH. Itulah gelaran yang diberikan oleh orang di sekelilingnya kepada Hanan disebabkan sikapnya yang sempurna sebagai seorang Muslimah yang solehah.
Kehadiran lelaki yang mendambakannya menjadi seorang isteri telah menyebabkan hati Hanan keliru untuk memilih di antara jasa dan rasa...

“Hanan, selama ini saya mengetahui Islam dengan lebih mendalam dari awak. Itupun melalui e-mel atau telefon. Setiap kali saya nak ajak awak keluar, awak selalu menolak. Awak tak sudi ke keluar dengan saya?”- Alex


“Hanan! Akan aku pendamkan sahaja cinta ini di dalam lubuk hatiku…”- Amir

“Mummy nak Reez kahwin dengan ustazah? Tiap-tiap hari dengan bertudung litupnya, sampaikan dalam rumah ni pun bertudung. Kalau Reez ajak dia pergi club atau karaoke ke, mummy rasa dia nak pergi tak?” - Fareez
Demi membalas budi, Hanan berkorban atas maksud dakwah. Hanan akhirnya memilih lelaki yang tak pernah difikirkan akan menjadi pasangan hidupnya. Tapi dengan sikap lelaki itu yang sering sahaja mengabaikan perintah Tuhan serta kehadiran Sally sebagai teman wanita telah menguji bahtera yang dibina.
“Aku tak seksi... Dengan imej jubah dan tudung labuh ini terlalu janggal rasanya untuk aku berada dalam dunia Abang Fareez. Pasti aku ini bukan pilihannya, malah aku sendiri pun tidak pernah bermimpi untuk hidup bersamanya.” - Hanan
Demi mendapat reda Ilahi, Hanan cuba bertahan dan memenangi hati lelaki bergelar suami. Tapi... perlukah Hanan mengorbankan prinsip-prinsip hidupnya demi kebahagiaan yang dia sendiri tidak pasti? Di antara cinta kepada suami dan cinta kepada Ilahi, yang manakah harus diutamakan?

2 comments:

Anonymous said...

Bila nak buat ulasan? Setia menunggu ni... ;-)

sinopsis novel said...

Hi , tq sudi menunggu. InsyaAllah lepas my final habis . Lagipun plastik pun x bukak lagi nak bace. hehe. sem ni tersangat bz. tapi jangan risau lepas habis final byk lagi novel nak di-review. lama dah tersimpan kat DRAFT :)