jom klik ni untuk menjadi yang pertama untuk mengetahui tentangnya

Friday, 3 August 2012

Sinopsis Novel Isteri Separuh Masa karya Suri Ryana

*MESTI BELI*


Assalamualaikum . Camana puasa korang hari ni ? ade yang ponteng puasa ke ? dah masuk 2 minggu dah kite berpuasa , takkan nak ponteng kan . 2 minggu je lagi lepas tu raya . hehe

Okay first sekali nak mintak maaf sesangat sebab x menepati janji . ye lah kate nak ulas NOVEL-NOVEL KAT SINI . Sorry lah ye bukan nak mungkir janji , tapi aku nak review novel-novel yang baru dulu sebab takde lah korang boring kan asyik  baca ulasan novel-novel lama je . InsyaAllah nanti ade jugak aku ulas novel-novel tersebut. Dan , terima kasih kerana sabar menunggu ye . Hanya Allah SWT yang boleh balas jasa baik korang.

Okay novel yang nak diulas hari ni ialah Isteri Separuh Masa karya kak Suri Ryana . NI BLOG KAK SURI . Okay novel ni memang best giler . Actually semua novel pun best sebab kalau tak best takkan kite beli kan . HEHEHE. Okay ni novel ke2 kak suri yang aku beli lepas M.A.I.D . Jalan cerita lebih kurang sama. Okay bagi taknak buang masa , ni serba sedikit sinopsis novel ni

Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca mama dan papanya tidak menerima kekasihnya, Zita sebagai menantu. Dia seterusnya mengisytiharkan ‘perang’ dengan adik angkatnya itu. Mereka ibarat Israel dan Palestin, tidak pernah berdamai walaupun bertahun sudah berlalu. Hubungan mereka menjadi semakin rumit apabila nenek berkeras ingin menjodohkan mereka berdua sebelum Nazrin Shah menyambung pelajarannya di luar negara.


Dapatkah anjing dan kucing hidup bersama? Bagaimana pula dengan pelajaran? Dapatkah Medina Izwani membahagikan tugas sebagai seorang pelajar dan seorang isteri dengan sebaiknya? Impiannya untuk menyambung pelajaran bersama Megat Shazril ke Ireland terpaksa dilupakan demi menyempurnakan hasrat nenek.



Sepanjang berada di luar negara, Nazrin Shah tidak pernah mengambil tahu mengenai Medina Izwani. Rasa benci terhadap gadis itu tidak juga surut-surut. Dia hanya berpurapura melayan Medina Izwani dengan baik di hadapan keluarganya sahaja. Berlainan pula halnya dengan Medina Izwani. Sudah puas dia menghambat rasa cinta buat suaminya itu, tetapi masih juga gagal.



Bertahun berlalu dan kini Medina Izwani bergelar seorang mahasiswi. Hidupnya menjadi huru-hara apabila Nazrin Shah mengambil alih kelas tutorial untuk salah satu subjek yang diambilnya. Hati pula semakin tidak menentu apabila terpaksa tinggal sebumbung dengan lelaki itu garagara nenek yang ingin menetap bersama mereka.



Apakah penghujungnya kisah mereka nanti? 



Demi cinta yang dianugerahkan Allah, Medina Izwani rela menjadi isteri kepada lelaki itu, walaupun hanya isteri separuh masa... walaupun hanya dilayan sebagai isteri di hadapan ahli keluarganya sahaja. 



Tetapi, sampai bila dia dapat bertahan dengan sikap Nazrin Shah yang langsung tidak menghargainya? Adakah dia akan berpaling dan menyahut salam perkenalan daripada Zafril?



Kehadiran bunga-bunga orkid misteri berserta kad mengingatkannya kepada Megat Shazril. Medina Izwani semakin bercelaru. Teringat kembali janji lelaki itu yang sanggup melakukan apa sahaja demi memilikinya. Apakah ada ruang dan peluang untuk Medina Izwani dan Nazrin Shah menyulam cinta dan hidup bahagia hingga akhirnya?



Okay walaupun jalan cerita lebih kurang sama , tapi ketebalan page dia tak sama ye . HEHEHEHE. Okay aku baru selesai habiskan novel ni semalam . Macam biasa dalam novel , mesti kena kahwin paksa . Walaupun jalan cerita semua macam lebih kurang sama , tapi olahan nye lain mengikut penulis. Setiap penulis ade kelebihan masing2. 

Novel ni bagi aku best sebab biasanya kalau dalam novel kalau kena kahwin paksa ni mula2 memang ah menyampah je dengan pasangan kite tu , tapi kalau dah nama duduk satu bumbung , mesti lah akan timbul perasaan suka / jatuh cinta kan. Macam tu jugak dengan Nazrin Shah & Medina Izwani. Walaupun Nazrin Shah ni sangat annoying , dia still sayang kat Nazrin Shah . Biasa lah kite wanita , hati lembut macam kapas. MUAHAHHAHA. 

Okay Nazrin Shah ni benkek giler dengan Medina ni sebabnya Medina ni cerita kat parents dia sape sebenarnya gf si Nazrin ni , iaitu Zita. So member bengang lah kan . Ohh lupa nak bagi tau , Medina ni anak angkat kpd parents Nazrin Shah ni , iaitu Datin Aliyah & Dato Abdullah . Tapi dorang ni awesome giler kot sebab tak bezakan pun kasih sayang between Medina & Nazrin Shah. Nenek Nazrin ni pun sayang giler kat Medina. 

Dipendekkan cerita , nenek dorang suruh dorang ni kahwin . WHAT???!!! kahwin ? waduh mane ade orang nak kahwin dengan orang yang dia tak suka kan . Cari pasal je tau nenek ni . HHAHAH. Sebabkan taknak kecewakan nenek , lagi2 Medina ni rasa macam tak best pulak nak kecikkan hati nenek & mama & papa , so dengan ter-paksa rela , dia pun setuju. Begitu jugak dgn Nazrin Shah. Sila bayangkan ye bile kite kahwin dengan orang yang kite tak suka. Masa baca novel ni aku terbayangkan adekah aku sesabar Medina yang hari2 hanya kata2 yang pedas macam cili padi yang Nazrin Shah cakap dengan dia. Ohh ya watak Medina yang sabar ni macam Aleya sikit dalam novel Andai Itu Takdirnya. Korang bayangkan lagi , malam pertama boleh pulak si suami cakap dia still sayang kat ex gf dia & dia akan ceraikan kite . Tak ke kecik hati kite yang wanita ni kan . HEHE. 

So dipendekkan cerita lagi , masa kat overseas , Nazrin Shah ni tak pedulikan langsung Medina ni . Yang hado je kan. And then , nak dijadikan cerita , boleh pulak Nazrin Shah ni jadi tutor salah satu subjek kat tempat Medina study. YaAllah memang berperang je lah kan. Lepas tu bile nenek cakap nak tinggal dengan dorang , kelam kabut memasing. Baru lah si Nazrin ni nak layan Medina dengan baik. Dipendekkan cerita lagi , lama giler kot nenek stay dengan dorang sampai lah nenek cakap dia tau actually yang dorang ni nak bercerai. 

Dipendekkan cerita lagi sebelum habis menulis , lepas beberapa ketika , baru lah si Nazrin ni tau ape yang Medina cakap pasal Zita betul 200% . Dan sila bayangkan lagi , biler si ego meluahkan perasaan & jadi sangat sweet macam air gula. Aku dah bayangkan , best kalau dapat husband macam ni. Ishhh gatal betul kan. Overall , novel ni menghiburkan walapun ade lah rasa bengang dengan perkataan2 atau ayat2 yang keluar dari mulut Nazrin Shah ni . Paling best untuk novel ni yang aku suka , Dato Abdullah , Datin Aliyah , nenek , kawan2 Medina & kawan Nazrin Shah sangat best , awesome & memang kawan sejati lah. So sila beli ye novel ni , memang best 

Okay nak tau lagi kisah selanjutnya , sila dapatkan novel ni ye. Kalau malas nak bersesak-sesak , KLIK KAT SINI JE.

Okay terima kasih sudi singgah & selamat berpuasa :D

7 comments:

Anonymous said...

i suka MAID...wish one day dorang buat drama

Unknown said...

try layan citer nie .. macam best jer .. huhu

Unknown said...

try layan citer nie .. macam best jer .. huhu

Nazrey said...

Wow,so sweet lah medina izwani n nazrin shah.

Anonymous said...

ulang ulang aje

Selamat said...

Saya tengok esteri separu masa sangat bes

Anonymous said...

Megat Shazril???