jom klik ni untuk menjadi yang pertama untuk mengetahui tentangnya

Friday, 24 August 2012

Sinopsis Novel Kau Untukku Karya Aisya Sofea & Novel ini yang telah Diadaptasi ke Telefilem

Assalamualaikum



Hi semua ape khabar ? Camana raya ? Mesti lah best kan . Okay sebab agak lame tak update any sinopsis , so today nak review 2 buah novel yang telah diadaptasi ke telefilem dan sebuah lagi akan ditayangkan tak lama lagi , iaitu novel Kau Untukku dan Adam & Hawa keduanya karya Aisya Sofea . Tahniah kak Aisya sebab menulis novel2 yang best dan terpilih untuk dijadikan drama / telefilem . Okay first sekali nak cerita pasal novel / drama Kau Untukku . Drama ni ditayangkan x ingat pulak hari ape aku tengok hari tu jom lah kite baca pasal novel ni dan insyaAllah kalau ade video pasal drama ni aku upload ye .

Okay macam biasa aku nak bagi sinopis novel ni dulu 

Pertama kali bertemu Nurul Umairah, hati Ahmad Fuad sudah terpaut. Biarpun gadis itu sudah dimiliki, namun perasaannya tidak pernah berubah walaupun terpaksa menyembunyikan rahsia hatinya dalam-dalam.

Bila Jefri, tunang Nurul terkorban dalam kemalangan, Fuad menawarkan kasihnya. Nurul menolak kerana tidak mungkin dia mengalih perasaan pada lelaki lain dalam sekelip mata sahaja. Kebijaksanaan Fuad akhirnya meruntun tembok yang dibina Nurul. Dia akhirnya menerima Fuad tanpa mengetahui rupa-rupanya ada gadis lain sedang menagih kasih lelaki itu semula.

Apakah Fuad akan menyambung semula kasihnya bersama gadis yang tiba-tiba muncul kembali di antara mereka? Mampukah Nurul Umairah sekali lagi kecewa biarpun lelaki itulah yang memulakan percintaan mereka.


Okay ni drama nye pulak . Video credit to youtube

2 comments:

Anonymous said...

owhhh Kau Untukku ni novel rupanya...best cite ni

Anonymous said...

Bestt