jom klik ni untuk menjadi yang pertama untuk mengetahui tentangnya

Sunday, 6 January 2013

Sinopsis Novel Awak Suka Saya Tak? karya Melur Jelita

Assalamualaikum !


Novel yang aku nak review hari ni agak dah ketinggalan. Aku tau. Hahaha. Maklum ah busy weii. Hari jumaat baru aku start baca sebab takde nak buat ape. Tu pun ambik masa 3 hari nak habiskan. Tebal giler pages dia. 1056 muka surat tau. Ketebalan dia lebih kurang dengan novel Bukan Puteri Lindungan Bulan. Macam biasa ni aku bagi sinopsis dulu 

Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea - American - Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.

Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.

Hilmanku…sifuku…kekasihku…Kembalilah…

" Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini…" Hilman Yong

" Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja." Damien Yong

" Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya." Intan Zulaikha

Sinopsis pun dah agak panjang , apetah lagi jalan ceritanya kan. Aku suka novel ni sebab novel ni antara novel yang cerita pasal anak orang kaya yang humble giler. Both kaya. Hilman & Intan Zulaikha , tapi dorang maintain humble je walau mak ayah kaya raya. Tak macam dunia realiti yang anak-anak orang kaya selalu bajet je dengan kekayaan mak ayah dorang kan. Tak sedar padahal tu semua pemberian Allah. 

Lagi satu aku suka sebab macam mane Hilman Yong jaga adab dia sebagai lelaki. Dia tak pernah pun sentuh Intan Zulaikha padahal boleh je dia nak sentuh2 sebab dia always with Intan Zulaikha. Tapi dia sentiasa ingat Allah . Paling aku suka dia letakkan cinta Kepada Allah SWT & Nabi Muhammad SAW dulu baru cinta dia kat Intan Zulaikha. So walaupun dia muallaf , tapi boleh kata ilmu dia tinggi jugak lah sebab dia belajar tentang Islam dengan orang yang hebat jugak.

So sedikit sebanyak sikap Hilman Yong ni buat Intan Zulaikha terpikat ah. FYI , Intan Zulaikha ni ego yang amat. Walaupun dia x berlagak , tapi dia suka ikut kepala dia je. Ape dia nak cakap dia main cakap je. Sampai lah ade satu wkatu tu , dia main sembur je kat Hilman Yong & sebabkan ego yang tinggi dia taknak mintak maaf pun. So Hilman pun bengang ah kan, So ade satu incident bile Hilman accident & lupa ingatan. So masa tu Intan Zulaikha menyesal sangat2 dengan mulut dia yang boleh tahan berapi tu.

Kalau dalam novel AdamdanHawa Am tunggu Ain 8 tahun , dalam novel ni 11 tahun hokay. Apesal sampai 11 tahun , kena ah baca novel ni kan. 

Untuk novel ni aku spoil kan sikit ah cerita ending nye sebab aku suka ending novel ni. Iaitu bila first time Hilman pegang tangan Intan Zulaikha lepas acara batal air sembahyang. Aku rasa ni momen paling indah sebab before ni dorang x pernah bersentuhan pun. So bayangkan bile suami kita orang first yang pegang tangan kita. Jugak , momen bile Hilman pertama kali bukak tudung Intan Zulaikha . Ni pun aku suka sebab suami kita orang first yang bukak tudung kita & tengok rambut kita buat pertama kalinya. YaAllah best nye !!!. Tu lah indahnya bila semua pasal diri kita suami kite dapat tengok dulu. Bukan bf yang belum tentu nak jadi suami kita. See , bila kita ikut ape yang Allah suruh , kita akan dapat rasa kemanisan bila dah bergelar suami isteri. Ehh aku cakap macam pandai sangat je. HAHAHAHAA. 

Bagi aku novel ni antara novel yang terbaik aku pernah baca sebab jalan cerita dia sangat best !. Penulisnya , kak Melur Jelita banyak selitkan pasal kebesaran & kekuasaan Allah SWT. Cerita pasal nikmat yang Allah SWT beri kepada hambaNYA. So kita as a pembaca dapat manfaat nye. Kuasa Allah melebihi segalanya. Kalau Allah nak benda tu jadi , jadi lah. Nikmat Allah memang tak terhitung. 

Biasanya orang x minat baca novel akan cakap. Dalam novel wujud lah cerita macam ni. Yes true , tapi insyaAllah dengan izin Allah SWT kita pun akan dapat jodoh macam ni. 

Ohh ye. Bile baca novel ni terbayang ni muka Hilman Yong since dia mix American - chines - korea. 



Ni pelakon femes kat korea. Dia pun mix blood america -korea. 



Ni pulak fav song Hilman & Intan Zulaikha :)

Okay assalamualaikum :)

Thursday, 27 December 2012

Sinopsis Novel Hello Mr Perfect karya Waniey Zakaria





Assalamualaikum! *sila jawab salam eh*

Okay disebabkan cuti sem , so blog ni pun ber-update lah dengan review novel . Okay hari ni nak review pasal novel Hello Mr Perfect karya Waniey Zakaria. Okay as usual mesti ada antara korang yang dah beli & dah baca dah novel ni. Maybe dah baca banyak kali. Tapi tidak bagi aku sebab , walaupun agak dah lama beli novel ni , tapi hari ahad malam hari tu baru ade chance nak baca sebab before ni as mentioned , busy dengan class n esaimen. So semalam baru habis baca novel ni. 

Sinopsis :

Muhammad Arif Fikri dan Ainul Mardhiah saling mencintai dan merancang untuk berkahwin. Namun disebabkan kerana peraturan yang telah ditetapkan oleh keturunan keluarganya yang mementingkan aspek LANGKAH BENDUL walaupun mereka adalah lelaki memaksa Arif mencari jalan penyelesaian. Selagi anak sulung tidak berkahwin, maka dia tak boleh berkahwin. Lebih memberatkan lagi apabila pihak keluarga Ainul hanya memberi masa selama enam bulan untuknya membuat keputusan.


Alongnya, Muhammad Izzul Islam terlampau mengejar kesempurnaan kepada pasangannya. Wajahnya kacak, tinggi dan menjadi tarikan ramai. Namun dia terlampau cerewet dan memerlukan pasangan yang juga sempurna sepertinya. Terlalu ramai gadis yang berdamping dengannya namun tiada seorang pun yang dapat bertahan dengan sikapnya walau sehari dua.


TIADA PILIHAN, Arif cuba mendapatkan calon isteri untuk Izzul. Imbuhan juga diberikan sebanyak RM500,000 sebagai cagaran sekiranya gadis itu berkahwin dengan alongnya. Alya Adriana yang ketika itu terdesak kerana hutang keluarga dengan ALONG memaksa Alya untuk menawarkan diri.
Mampukah Alya memanipulasikan pemikiran Izzul yang terlampau mengejar kesempurnaan itu? Dapatkah dia bertahan dengan sikap Izzul sekiranya dialah calon yang terakhir?


Okay jalan cerita masih about kahwin paksa. Tapi ni memang terpaksa sebab watak utama nye , Alya Adriana terdesak nak duit nak bayar hutang bapak tiri dia dekat along. So bila ade yang offer nak bagi RM500k dia pun x lepaskan peluang lah sebab kalau x bayar along kacau hidup dia sekeluarga. So Alya ni kena kahwin dengan Izzul Islam yang sangat kerek n kononnye perfectionist. Sebabnye dia frust menonggeng bila awek yang dia sayang tinggalkan dia.Fuhh ade ehh lelaki yang frust bile kena tinggal dengan awek. Hahahaa. 

So dipendekkan cerita , Alya pun selamat kahwin dgn Izzul. So biasa lah bila kena kahwin paksa , mula-mula tak suka. hehehe. Izzul ni pulak memula tujuan dia kahwin dengan Alya sebab nak tuunjuk kat ex dia yang dia boleh lupakan perempuan tu. Ex dia nama Ain. Kebetulan pulak nak dijadikan cerita , muka Alya dgn Ain ni lebih kurang sama je. So Izzul ni actually dia still x dapat lupakan Ain. Biasa lah tu kan. 

Tapi si Ain ni macam si Dee dalam Adam&Hawa , bila Izzul dah kahwin n happy dengan Alya , dia mula ah sibuk. Macam-macam dia fitnah si Alya sampai Izzul pun rasa tertipu sebab dia ingat Alya ikhlas nak kahwin dengan dia , tapi rupanya sebab duit. At first memang Alya nak kahwin sebab duit sebab nak bayar hutang ayah titi dia , tapi bila dah kahwin , dia mula sayang Izzul dengan ikhlas. Tapi Izzul lebih percaya fitnah dari isteri dia sendiri. Dipendekkan cerita lagi , Izzul kena tangkap khalwat dengan Ain. Semestinya fitnah si Ain. So bila Alya dengar mau x sakit hati. Alya pun membawa diri ke Penang.

Dipendekkan cerita lagi. Harus lah kena pendekkan. Kalau x , dah jadi macam novel pulak review ni. hehehee. Dorang pun berbaik n dapat anak. 

Bagi pandangan aku , setiap novel ade mesej tersendiri walaupun jalan cerita kurang sama je, Mesej yang aku dapat dari novel ni ialah. Nobody is perfect. And kita kena terima kelemahan & kelebihan pasangan kita. Then bila dapat news tu , check dulu betul ke x , sebab orang kalau nak fitnah , macam-macam cara dia ada bagi nak nampak ape yang dia fitnahkan tu nampak real. And then , as a husband , you must show the gud example kat your wife. Such as Izzul. Walaupun dia boleh manage semua urusan syarikat dia , tapi dia kurang dari segi menjadi hamba Allah , selalu tinggal solat. Solat tu kan tiang agama. So nak jadi leader ni not just for a company , tapi untuk isteri dan anak-anak jugak. Hamboii aku ni kemain kan. 

Sunday, 23 December 2012

Sinopsis Novel Perempuan Lindungan Kaabah karya Hana Ilhami






Assalamualaikum semua!. Okay seperti yg dijanjikan , hari ni aku nak buat review pasal novel Perempuan Lindungan Kaabah karya Hana Ilhami. Okay untuk starting , ni sinopsis untuk novel ni


PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH. Itulah gelaran yang diberikan oleh orang di sekelilingnya kepada Hanan disebabkan sikapnya yang sempurna sebagai seorang Muslimah yang solehah.
Kehadiran lelaki yang mendambakannya menjadi seorang isteri telah menyebabkan hati Hanan keliru untuk memilih di antara jasa dan rasa...


“Hanan, selama ini saya mengetahui Islam dengan lebih mendalam dari awak. Itupun melalui e-mel atau telefon. Setiap kali saya nak ajak awak keluar, awak selalu menolak. Awak tak sudi ke keluar dengan saya?”- Alex



“Hanan! Akan aku pendamkan sahaja cinta ini di dalam lubuk hatiku…”- Amir

“Mummy nak Reez kahwin dengan ustazah? Tiap-tiap hari dengan bertudung litupnya, sampaikan dalam rumah ni pun bertudung. Kalau Reez ajak dia pergi club atau karaoke ke, mummy rasa dia nak pergi tak?” - Fareez
Demi membalas budi, Hanan berkorban atas maksud dakwah. Hanan akhirnya memilih lelaki yang tak pernah difikirkan akan menjadi pasangan hidupnya. Tapi dengan sikap lelaki itu yang sering sahaja mengabaikan perintah Tuhan serta kehadiran Sally sebagai teman wanita telah menguji bahtera yang dibina.
“Aku tak seksi... Dengan imej jubah dan tudung labuh ini terlalu janggal rasanya untuk aku berada dalam dunia Abang Fareez. Pasti aku ini bukan pilihannya, malah aku sendiri pun tidak pernah bermimpi untuk hidup bersamanya.” - Hanan
Demi mendapat reda Ilahi, Hanan cuba bertahan dan memenangi hati lelaki bergelar suami. Tapi... perlukah Hanan mengorbankan prinsip-prinsip hidupnya demi kebahagiaan yang dia sendiri tidak pasti? Di antara cinta kepada suami dan cinta kepada Ilahi, yang manakah harus diutamakan?

amacam best x sinopsis novel ni? . jalan cerita novel ni sama je macam novel-novel lain bila kena kahwin paksa. memula benci , tak suka , menyampah tapi ending mesti happy. kenapa aku cakap jalan cerita sama dengan novel-novel lain sebab biasa lah bila lelaki / perempuan kena kahwin paksa , mesti before tu dorang dah ade gf / bf . so dalam novel ni , hero nye , Fareez , anak orang kaya and seorang arkitek and ade awek nama Sally yg bekerja as his secretary. so biasa lah dalam novel kan , bile dah couple dgn watak utama , lagi2 kalau lelaki tu anak orang kaya , mesti yg perempuan tu gedik yang amat!. Fareez ni pulak pakej lah , handsome , kaya , arkitek , kaki minum , kaki clubbing & macam2 lagi lah. so mak dia , Datin Zaleha , dah pening nak pikir ape nak  buat dengan anak tunggal dia. so dia pun buat keputusan kahwinkan anak dia dengan Hanan . Hanan ni digambarkan seorang wanita yang cukup serba serbi as a Muslimah . Tapi si Fareez ni x suka pun biasa ah mane same kan life dia dengan life Hanan. 

so bile Fareez dah kena kahwin dengan Hanan , Sally bengang ah sebab dia rasa x puas hati , perempuan macam Hanan boleh kalahkan dia dengan dapat kahwin dengan Fareez. So mcm watak Isabella dalam novel Kau Yang Satu , dia pun fitnah lah kata dia mengandung anak Fareez .

in the end , dia yang malu sendiri bila dah kantoi . 

kesimpulannya , novel ni memang best lah sebab watak Hanan , banyak ikut sunnah & cara yang Rasulullah SAW amalkan. tapi aku rasa novel ni lagi best kalau tajuknya Wanita Lindungan Kaabah sebab nya , gelaran wanita kan lebih tinggi & mulia dari gelaran perempuan. Mak kita pun kita panggil wanita , bukan perempuan. ni pada pandangan aku lah. lepas tu Hanan ni sangat menjaga peranan dia as a wife . oh ye aku x ulas watak Alex & Amir sebab ni watak pembantu je and nak tau pasal watak dua orang ni sila lah baca novel ni. hihi :). Dan paling best macam dalam novel SSiD , mak mentua Hanan , Datin Zaleha sangat baik hokay mcm Datin Farizah. So masa baca novel ni aku pun verangan x hengat lah langkah indah kalau aku dapat mak mentua baik macam Datin Zaleha & Datin Farizah . hahahhaa

pada aku berbaloi jugak lah beli novel ni yg berharga rm28 dan mengandungi 846 muka surat

klik website ni kalau malas nak beli kat kedai 

Thursday, 13 December 2012

Assalamualaikum . InsyaAllah lepas habis my final exam , akan update satu lagi novel yang akan diadaptasi ke drama . Novel tu tersangat best and telah di-reviewed kat blog ni!!!!. huishhhhh eksaited nye !!

Wednesday, 12 December 2012

Pengumuman



Assalamualaikum. Buat ape tu ? mesti tengah get ready nak tunggu Adam & Hawa start kan. :). Okay update ni just nak respon korang je. Kalau iolsss nak jual pre-loves novel ade yang nak beli tak ?. Semestinya murah dari harga asal sebab nama pun pre-loved kan. Novel yang nak dijual insyaAllah novel best-seller yang susah nak dapat sekarang. Please respon ye :)

Monday, 3 December 2012

Lagi Novel Diaadaptasi ke Drama

Assalamualaikum. Haaaa lama snagat x update , bila dah bukak blog banyak nye nak dikongsikan. Okay ni lagi satu novel karya kak Aisya Sofea. Sekarang ni ramai yang menonton drama Adam dan Hawa kat channel 134 Astro Mustika HD kan. Temasuk lah iolsss ni. Tak pernah miss. Kalau miss mesti tengok yang dah direkod tu. Haha. Ye lah kite dah lama baca novel nye kan , so mesti lerr eksaited bile dah diadaptasi ke drama. Okay memandangkan drama Adam dan Hawa dah nak habis , so nanti ada lagi novel yang diadaptasi , iaitu novel Sehangat Asmara. Novel ni pun x kurang best macam Adam dan Hawa. Pemilihan pelakon pun iolss suka sangat , iaitu Rita Rudaini & Adi Putra. Walaupun ade yang x suka dengan gandingan Rita & Adi Putra , tapi dorang dah shooting dah pun drama ni kat Sydney lagi tu. Ala , macam Adam dan Hawa dulu x semua suka gandingan Nadiyaa Nisa dgn Aaron Aziz , tapi sekarang bukan main semua nak follow twitter & instagram dorang. HAHAHHAAHA. Okay x boleh nak cerita banyak sebab drama ni still lagi shooting , so any update , i will update here okay. Ohh before lupa , drama ni x banyak macam Adam dan Hawa , 30 episod je. So jom kite sama-sama nantikan kemunculan drama Sehangat Asmara pulak ye lepas Adam dan Hawa dah habis nanti. 



Ni cover lama 


Ni cover baru

* kepada sape2 yang x beli & baca lagi novel ni boleh lah dapatkan kat kedai2 buku yg terdekat ye. Semestinya yg ade cover baru sebab novel ni dah agak lama. Kat popular ade banyak , while stock last lah kan. Or kedai buku kat Jalan TAR pun insyaAllah senang nak jumpa or malas sangat nak keluar , klik je WEBSITE ni

Sinopsis Novel Perempuan Lindungan Kaabah karya Hana Ilhami







Assalamualaikum semua . YaAllah lamanya blog ni terbiar tanpa ada update!!. Maaf sangat2. Personal blog pun x sempat nak update. Sorry lah ye bz sangat dengan segala bagai esaimen , class n all. Lagipun kat rumah sewa memang x bawak laptop so susah nak update. Okay sebagai ganti , nanti iolss akan review novel yang best2 ye. Untuk novel seterusnya yang na di-review ialah novel Perempuan Lindungan Kaabah karya Hana Ilhami terbita KaryaSeni. Mungkin ada yang dah baca novel ni. Tapi tak kisah lah nak buat review jugak sebab masing-masing ade pandangan sendiri kan tentang sesuatu novel . InsyaAllah akan update bila ada gap final exam nanti takpun lepas habis final exam ye.

Ni sinopsis nye. Korang baca sinopsis dulu lah ye :)
PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH. Itulah gelaran yang diberikan oleh orang di sekelilingnya kepada Hanan disebabkan sikapnya yang sempurna sebagai seorang Muslimah yang solehah.
Kehadiran lelaki yang mendambakannya menjadi seorang isteri telah menyebabkan hati Hanan keliru untuk memilih di antara jasa dan rasa...

“Hanan, selama ini saya mengetahui Islam dengan lebih mendalam dari awak. Itupun melalui e-mel atau telefon. Setiap kali saya nak ajak awak keluar, awak selalu menolak. Awak tak sudi ke keluar dengan saya?”- Alex


“Hanan! Akan aku pendamkan sahaja cinta ini di dalam lubuk hatiku…”- Amir

“Mummy nak Reez kahwin dengan ustazah? Tiap-tiap hari dengan bertudung litupnya, sampaikan dalam rumah ni pun bertudung. Kalau Reez ajak dia pergi club atau karaoke ke, mummy rasa dia nak pergi tak?” - Fareez
Demi membalas budi, Hanan berkorban atas maksud dakwah. Hanan akhirnya memilih lelaki yang tak pernah difikirkan akan menjadi pasangan hidupnya. Tapi dengan sikap lelaki itu yang sering sahaja mengabaikan perintah Tuhan serta kehadiran Sally sebagai teman wanita telah menguji bahtera yang dibina.
“Aku tak seksi... Dengan imej jubah dan tudung labuh ini terlalu janggal rasanya untuk aku berada dalam dunia Abang Fareez. Pasti aku ini bukan pilihannya, malah aku sendiri pun tidak pernah bermimpi untuk hidup bersamanya.” - Hanan
Demi mendapat reda Ilahi, Hanan cuba bertahan dan memenangi hati lelaki bergelar suami. Tapi... perlukah Hanan mengorbankan prinsip-prinsip hidupnya demi kebahagiaan yang dia sendiri tidak pasti? Di antara cinta kepada suami dan cinta kepada Ilahi, yang manakah harus diutamakan?