jom klik ni untuk menjadi yang pertama untuk mengetahui tentangnya

Friday, 18 October 2013

Sinopsis Novel Dekatnya Cinta ( Adam & Hawa 2 ) Karya Aisya Sofea

Assalamualaikum wahai pembaca blog :)



Akhirnya novel yang di-order masa puasa hari tu dah dapat. I'm sure ada yang dah beli. Ni pun baru ambik kat post office sebab masa pos laju datang tu takde orang kat rumah nak sign. So masa tu dok tunggu je mana lah novel ni x sampai2 lagi sebab beriya order awal konon nak jadi antara yang pertama nak dapat & baca novel ni . HAHAHA . So hari ni baru ada masa nak baca novel ni sebab busy cari infor untuk assignments. Hari ni mula baca hari ni jugak habiskan sebab exited nak tau kesudahan nya. Caya lah 1 hri je habiskan baca novel. Cuba kalau baca Al- Quran. 1 - 2 page je. hehehhe

Okay macam mana aku enjoy baca novel Adam & Hawa , macam tu lah jugak aku enjoy baca novel sekuel nya. Penulis garap jalan cerita lagi mendalam untuk setiap character. Especially watak Ain Hawani & Adam Mukhriz. Then ada Arrisa anak dorang tu . Lagi banyak conflict dalam novel kedua ni. Ain Hawani terpukul dengan kedegilan sendiri , iaitu sebabkan nak kejar title doktor , dia pun decided nak continue DBA , iaitu atas dari Phd. Mula2 Adam Mukhriz x bagi sebab takut dia x dapat galas tanggungjawab as a wife , mother , a lecture and student dengan baik. Tapi biasa lah Ain Hawani kan . Degil. Adam Mukhriz pun x nak izinkan jugak dia sambung DBA sebab dia rasa macam susah nak tolak permintaan Ain Hawani. So bila dah sambung DBA tu , macam2 yang terjadi and muncul lah babak2 yang sangat menyentuh hati bagi 2 pasangan ni. Nak tau apa , kena lah baca , bagi saspen sikit. heheh. Yang si Adam Muhkriz pulak dengan ego nya yang tinggu yang taknak dengar penjelasan Ain Hawani. Last2 menyesal dengan perbuatan sendiri. Then mama Am & Erin  yang ade konflik dengan Ain Hawani sebab satu peristiwa. 

Bab awal2 , sweet je dorang ni like Am bawak Ain holiday cum honeymoon kat Switzerland naik hot air ballon , bungee jumping and manu more sweets moment. :). And boleh diakatan Am makin sweet & romantik dalam novel sekuel ni. Masa baca memang terbayang2 Nadiya Nisa & Aaron Aziz je. Sebab dorang yang pegang & bawa character ni kan. Bila ada part Am marah sangat kat Ain , terbayang ekspresi muka Nadiya Nisaa kena marah dengan Aaron Aziz. 
Ada a few new character untuk sekuel ni. Seperti Zulaikha secretary Am  yang annoying , Danial husband Erin yang baik , Mok Nah yang baik , Nadhirah kawan lama Ain Hawani , Prof Yusoff yang dikatakan ada affair dengan Ain Hawani & Jerry yang jadi punca kena Am & Ain bergaduh besar

Then watak Eja pun dikembang kan dengan baik , iaitu dah kerja as an accountant and Suria yang dah sambung degree kat Amerika

Kesimpulannya novel Dekatnya Cinta ni tak  membosankan. Banyak pengajaran yang boleh diambil such as jangan cepat jump to a conclusion , but tanya and siasat betul2 dulu , then jangan ambil kesempatan bila someone tu ada problem , especially personal problem. Then as a wife , keizinan & restu suami tu penting sangat. Walaupun i belum kahwin , tapi kena lah jadikan tu sebagai pengajaran kan. Then apa yang aku suka ialah , Am & Ain sentiasa cuba nak jadi the best husband and wife & the best parents untuk their only daughter. Am sangat family man , dia suka makan masakan isteri dia , then Ain pulak sentiasa cuba jadi the best wife untuk Am dengan masak lauk kegemaran Am. I wish i can be like Ain Hawani bila dah kahwin nanti. Tapi taknak lah ikut kedegilan dia tu. HEEEHEHEH. 

So memang tak rugi pun beli novel ni. Selamat membeli & selamat membaca :)

Assalamualaikum :)

No comments: