jom klik ni untuk menjadi yang pertama untuk mengetahui tentangnya

Sunday, 26 May 2013

Lagi Novel Diadaptasi ke Drama ( Novel Jodoh Itu Milik Kita karya Sara Aisha )

Assalamualaikum . 




As promised , nak buat entri pasal novel Jodoh Itu Milik Kita yang akan diadaptasi ke drama tak lama lagi. Katanya akan ditanyangkan kat Astro Mustika HD. Tak sabar kot nak tengok. Ye lah kite dah beli & baca novel nye banyak kali , so exited lah kan nak tengok bila dah jadi drama. Setakat yang aku tau produser nye Ziela Jalil. Katanya akan ditayangkan around August. Just wait the news lah ye. 

Antara barisan pelakon nye plak , hero nya insyaAllah Farid Kamil ( Aariz Danial ). Iolss takde lah minat sangat kat FK ni , tapi suka tengok lakonan dia sebab pandai menghayati watak and setuju dengan pemilihan dia sebagai hero. Asyik Aaron Aziz je bosan jugak kan. InsyaAllah FK akan bawak watak ni dengan baik. Tiz Zaqyah plak heroin nye (Dahlia Darus). Sejak dia berlakon dalam Nur Kasih , aku minat nak tengok Tiz ni berlakon. So far Tiz pandai jiwai watak yang pengarah bagi. Lepas Nur Kasih , suka tengok dia dalam SSID. So bila Tiz dikatakan akan pegang watak ni aku memang setuju sebab Tiz x pernah fail pegang any character pun. InsyaAllah jugak Tiz akan pegang watak Dahlia dengan baik. Syazwan Zulkifli plak ( Syafiq). Sejak aku tengok dia ni berlakon dalam drama Juvana , aku tengok dia pandai jugak jiwai watak yang diberi. Nabila Huda plak ( Aliya). Nabila Huda ni aku memang suka gila tengok dia berlakon. Bagi je apa watak , mesti dia jiwai betul2. So jom kita tengok dia berlakon lain sikit dari watak yang dia selalu pegang before ni. Ohh lupa . Ziela Jalil akan pegang watak as Pn Marina. Tuan Haikal x tau plak sape. Pn Inas & Cikgu Darus pun tak tau lagi. 

Diharapkan drama ni nanti sama best lah dengan novel nye. Biasa lah bila novel diadaptasi , mesti ada sikit pertambahan kan , tapi harapnya tak lati banyak lah dengan novel. 

InsyaAllah any update kalau aku sempat update , aku update ye sebab streamyx sekarang problem ah so nak update pun takde semangat. 

So better korang   CLICK LINK NI

Saturday, 25 May 2013

Sinopsis Novel Jodoh Itu Milik Kita karya Sara Aisha

Assalamualaikum dear reader & visitor !

Hari ni nak review pasal novel Jodoh Itu Milik Kita. FYI , ni bukan novel baru ye. Novel ni aku beli last year. Sama dengan aku beli novel Sebenarnya Saya Isteri Dia. Tah ape2 lah kan nak review novel lama. Actually there's a reason kenapa nak review novel ni. Sebabnya novel ni akan diadaptasi ke drama tak lama lagi !!!. So far yang aku tau akan ditayangkan kat ASTRO MUSTIKA HD. Okay , aku akan buat entry pasal drama ni kat entri lain eh. 



Sinopsis belakang novel :

“Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali…”
SIAPA sangka itulah yang tersurat buat Dahlia dan Aariz Danial. Ikatan suci yang tercipta antara mereka bukanlah kerana cinta yang menggebu dalam hati, mahupun kasih yang membara. Tetapi kerana sikap mementingkan diri seorang manusia bernama Syafiq.
“Janganlah suka sangat kacau saya, Aariz. Tak larat saya nak layan perangai awak tu, tau. Nakalnya, ya ampun!!” – Dahlia
“Okeylah, okeylah. Just kidding. Dahlia Darius bukan isteri baru yang saya beli. She’s a gift. Hadiah paling istimewa yang dihadiahkan Allah untuk saya. Puas hati?” - Aariz Danial
“Aku takkan biarkan kau bahagia, Aariz Danial! Kebahagian yang bernama Dahlia itu… akan aku rampas sekejam mungkin!” – Syafiq
Tatkala persoalan demi persoalan mula timbul di sebalik tulusnya seorang lelaki bernama Aariz Danial, mampukah Dahlia terus teguh berdiri mempertahankan cinta buat suami sendiri? Atau mungkinkah mahligai bahagia mereka rebah menyembah bumi sebelum ianya sempat bermula? Apakah akhirnya Syafiq yang akan tersenyum puas tatkala melihat kehancuran seorang lelaki yang paling dibenci… iaitu abangnya sendiri?

So basically novel ni lain sikit dari novel sedia ada. Perbezaan nye ialah , kalau novel yang biasa kita biasa baca , mostly about kahwin muda , lelaki muda kena kahwin dengan perempuan berumur sikit , tapi novel ni lain sikit. Walaupun jalan cerita lebih kurang sama je kena kahwin paksa. Tapi setiap novel ada garapan yang berbeza. 
As for this novel , Aariz Danial ni kena kahwin dengan Dahlia sebab adik dia si Syafiq yang hado tu. Ade ke waktu nak kahwin tu dia boleh hantar surat je kat Dahlia yang dia x boleh teruskan perkahwinan dia dnegan Dahlia. Semua orang bengang ah kan. Especially Dahlia. Ye ah malu beb!. So sebab nak jaga maruah both sides , Aariz pun setuju nak kahwin dengan Dahlia sebab fikirkan mak dia yang tengah sakit. So dalam terpaksa rela , Dahlia pun setuju nak kahwin.
Biasa lah mula2 kahwin tu , susah nak sesuaikan diri ( pakwe pun takde nak cerita macam ada pengalaman. HAHAHAHA). Tapi dorang ni takde ah gaduh besar sangat masa mula2 kahwin tu. Biasa lah emosional sikit2 tu kan. Tapi lama2 both dapat sesuaikan diri masing-masing. Biasalah bila dah happy , mesti ada dugaan & manusia2 yang nak rosakkan hubungan orang. Manusia tu x lain , si Syafiq yang bengong tu. Dia tinggal kan Dahlia sebab sibuk nak kejar ex dia kat Wellington. Tapi Alya tu taknak pun kat Syafiq sebab dia ni hot tempered ah kononnye. Memang keje dia kat sana menyusahkan si Alya tu sampai lah ade hari tu Alya ni bash si Syafiq sampai Syafiq tu bengang giler then dia dah mula sedar yang dia buat keje bodoh je kejar si Alya. 
So lepas dah bengang tu , dia pun balik Malaysia and terkezut giler bila tau Dahlia kahwin dengan Aariz. Si Syafiq ni memang tak ngam dengan Aariz sebab Aariz ni digambarkan hebat dalam segala benda , so dia bengang ah. So dia pun buat ah macam2 untuk Dahlia benci kat Aariz. Syafiq guna kan rahsia silam Aariz untuk nak buat Dahlia benci Aariz. Aariz plak sebab rendah diri , dia macam lost jugak ah and gaduh dengan Dahlia. Sebenar takde ape sangat , tapi sebab rasa rendah diri kat Dahlia , dia serabut. Tapi sebab ade nye si Syafiq , keadaan makin kelam kabut & serabut
Banyak gak persoalan & konflik dalam novel ni. Tapi semua terungkai dengan baik bagi aku. Mesej yang aku dapat dalam novel ni ialah pasal friendship. Friendship between Dahlia dengan 2 orang kawan dia , Teja  Redza yang sentiasa ada bila Dahlia perlu kan dorang. Itu lah gunanya kawan kan? Ada masa susah senang kita. 
Macam biasa , nak tau lebih lanjut , boleh lah beli novel ni. Aku tengok kat popular dah jual balik novel ni.So bagi yang belum beli & interested nak baca , boleh lah dapatkan novel ni kat popular atau kedai2 buku yang berhampiran. Takpun kalau malas beli online je KAT SINI.

Friday, 17 May 2013

Sinopsis Novel Pilot Cafe karya Ahadiat Akashah

Pilot Cafe

Assalamualaikum & hai !!!. Bertemu kite lagi ye. Okay as promised , hari nak iolsss nak buat review pasal novel yang insyaAllah akan difilemkan. Bila ? Tak sure lagi sebab still dalam pembikinan. Tapi antara pelakon yang akan terlibat ialah Fahrin Ahmad , Eizlan Yusof , Neelofa , Izara Aisha. 

Sekarang baru ada masa nak update sebab dah start semester break. InsyaAllah will do my best untuk review seberapa novel yang iolss mampu nak review ye. 

Ok back to the main point , bagi aku novel ni best jugak ah dia punya jalan cerita walaupun mula2 agak bosan jugak ah. Tapi ada pengajaran yang berguna jugak dalam novel ni. Novel ni melibatkan beberapa watak utama , iaitu hero nye Ameer Reeza , Maya , Sharmila , Dr Khaleed & Rashid. 

Eh lupa plak nak cerita pasal sinopsis novel ni. Novel ni dah agak lama dikeluarkan cuma sekarang baru orang perasan akan kehadiran novel ni sebabnya dah nak jadi filem. hehe. 

kehidupan ini bermula di mana-mana
tak menetu indah ataupun gundah
bila MAYA kehilangan jantung hatinya , 
dia bertemu AMEER
lelaki yang hanya tau menodai cinta
bermula dengan SECANGKIR KOPI PANAS DI PILOT CAFE
segala-galanya berubah untuk mereka berdua
AMEER mula merasai apa itu cinta , manakala MAYA  belajar untuk menolak cinta yang suci
bagaimanakah berakhirnya kemelut dua insan yang sudah mula memutik bunga-bunga cinta ini.
SHARMILA , DR KHALEED , dan RASHID, mereka pula insan-insan yang terperangkap dalam kemelut cinta ini

So amacam best tak sinopsis nye ? Serba sedikit pasal novel ni , mengisahkan pasal AMEER REEZA yang digambarkan sebagai lelaki yang perfect dimata perempuan. Ameer ni seorang pilot yang kira cam hebat ah. Dia salah gunakan kehansome-man ( rosak tatabahasa jap ) dengan mempermainkan perempuan. Dia anggap perempuan ni macam tukar baju je. Tapi ade kisah kenapa dia layan perempuan macam tu. Nak tau sebab ape , kena lah baca ye. Hehe. Lepas incident bestfriend dia mati sebab terhempas kapal terbang , Ameer macam dah agak insaf and dah taknak jadi pilot. So dia pun bukak ah Pilot Cafe. Kenapa Pilot Cafe ? Sebab dalam novel ni digambarkan cafe tu direka ala2 dalam kapal terbang lah. So kafe ni konon macam high class nye cafe lah and very well-known. Ameer ni walaupun yang hado je , tapi dalam diri dia ade gak terdetik nak berubah bila kawan dia mati terhempas tu. So dia pun berubah sikit2 lah.

Then pasal MAYA plak. Maya ni gadis kampung je. Bf dia RASHID. Maya ni boleh kira innocent gak ah. Sebabkan sayang sangat kat si Rashid , dia pun serahkan diri dia. Tapi biasa ah lelaki kan , bila tau je Maya pregnant , dia suruh gugurkan. Maya taknak ah sebab dia fikir dosa zina pun tak tertanggung , ni kan plak dosa gugurkan bayi yang tak berdosa langsung. So dia agak kecewa ah dengan Rashid. Dipendekkan cerita , Rashid ni bawa diri kemana tah and tinggal lah Maya sensorang kat kg dengan bapak dia yang garang giler , mak dia and adik-beradik dia. Sebab taknak bagi family dia tau yang dia pregnant , dia pun macam randomly je nak g kl. So bila dah sampai KL tu , mula2 dia kena tipu dengan taxi driver yang sangat tak berhati perut. Dia nak jual Maya kat club. Maya pun bila tau je yang dia kena jadi pelayan , terus dia lari and sampai lah dia kat Pilot Cafe. Then kat situ ah dia jumpa dengan Ameer. Ameer ni lah yang jaga Maya dari dia mengandung sampai lah dah lahirkan anak. Dalam diam Ameer ni dah jatuh cinta dengan Maya. Tapi Maya tolak sebab cinta dia masih kat Rashid. Ameer agak kecewa tapi dia redha je. 

Then muncul plak watak SHARMILA . Sharmila ni digambarkan sebagai wanita yang seksi & cantik dimata Ameer. Dia one of sterwardess kat tempat Ameer kerja. First time pandang Sharmila , Ameer rasa macam something je. Dia rasa Sharmila macam yang paling cantik ah antara perempuan2 yang dia dah tidur semua tu. Sharmila pun same terpesona dengan ke-handsome-man Ameer. Sebabkan ikutkan nafsu , dorang pun terlanjur and biasa lah lelaki , bila perempuan tu dah mengandung , mana nak mengaku tu anak dia. Sharmila pun rasa macam nak gila je bila Ameer buat macam tu. Tapi Ameer rasa macam bersalah sangat bila Sharmila dah bawa diri. Masa bawa diri tu Sharmila pun jumpa dengan DR KHALEED. Lepas tu dorang pun kahwin. Ohh ye Sharmila nye anak dengan Ameer tu lelaki. 

Ehh aku ni kalau buat review boleh jadi novel. Tak syok ah kan nak cerita semua. Takde thrill lah orang nak beli kan. So aku buat conlcusion je lah ye. Pengajaran yang ada dalam novel ni ialah , jangan cepat terpengaruh dengan lelaki. Jangan sebab sayang sangat kat lelaki tu / lelaki tu handsome ke , banyak duit ke , kita pun jadi buta. Sentiasa lah dekatkan diri dengan Allah SWT supaya Allah dapat lindungi kita dari sebarang kejadian yang tak diingini. 

Nak tau kesudahan novel ni , kena lah baca sendiri. Baru puas hati :D

Overall , novel ni best !. Harapnye filem nye nanti tak mengecewakan lah. 

Okay pasal filem ni , dengar cerita Fahrin Ahmad ( AMEER REEZA ) , NEELOFA ( SHARMILA ) , IZARA AISHA ( MAYA ) , EIZLAN YUSOF ( DR KHALEED ). 

for more details korang boleh refer kat sini

Okay assalamualaikum !!



Saturday, 11 May 2013

Mini update

Assalamualaikum uolsss. fuhh lama dah terbiar blog ni tanpa sebarang update kan. My bad!. Sorry sangat2. Iolss busy lah semester ni. Sekarang masih dalam mood final exam. Tapi ni rehat jap. My last paper will be on next monday. Doakan ye semoga Allah permudahkan semuanya. So ni nak bagi hint sikit. Lepas je habis final exam nanti aku akan review sebuah novel yang akan diadaptasi ke filem. Novel ni boleh tahan best jugak lah. Novel ape ? Sila tunggu dengan sabar ye :)