Assalamualaikum! *sila jawab salam eh*
Okay disebabkan cuti sem , so blog ni pun ber-update lah dengan review novel . Okay hari ni nak review pasal novel Hello Mr Perfect karya Waniey Zakaria. Okay as usual mesti ada antara korang yang dah beli & dah baca dah novel ni. Maybe dah baca banyak kali. Tapi tidak bagi aku sebab , walaupun agak dah lama beli novel ni , tapi hari ahad malam hari tu baru ade chance nak baca sebab before ni as mentioned , busy dengan class n esaimen. So semalam baru habis baca novel ni.
Sinopsis :
Muhammad Arif Fikri dan Ainul Mardhiah saling mencintai dan merancang untuk berkahwin. Namun disebabkan kerana peraturan yang telah ditetapkan oleh keturunan keluarganya yang mementingkan aspek LANGKAH BENDUL walaupun mereka adalah lelaki memaksa Arif mencari jalan penyelesaian. Selagi anak sulung tidak berkahwin, maka dia tak boleh berkahwin. Lebih memberatkan lagi apabila pihak keluarga Ainul hanya memberi masa selama enam bulan untuknya membuat keputusan.
Alongnya, Muhammad Izzul Islam terlampau mengejar kesempurnaan kepada pasangannya. Wajahnya kacak, tinggi dan menjadi tarikan ramai. Namun dia terlampau cerewet dan memerlukan pasangan yang juga sempurna sepertinya. Terlalu ramai gadis yang berdamping dengannya namun tiada seorang pun yang dapat bertahan dengan sikapnya walau sehari dua.
TIADA PILIHAN, Arif cuba mendapatkan calon isteri untuk Izzul. Imbuhan juga diberikan sebanyak RM500,000 sebagai cagaran sekiranya gadis itu berkahwin dengan alongnya. Alya Adriana yang ketika itu terdesak kerana hutang keluarga dengan ALONG memaksa Alya untuk menawarkan diri.
Mampukah Alya memanipulasikan pemikiran Izzul yang terlampau mengejar kesempurnaan itu? Dapatkah dia bertahan dengan sikap Izzul sekiranya dialah calon yang terakhir?
Okay jalan cerita masih about kahwin paksa. Tapi ni memang terpaksa sebab watak utama nye , Alya Adriana terdesak nak duit nak bayar hutang bapak tiri dia dekat along. So bila ade yang offer nak bagi RM500k dia pun x lepaskan peluang lah sebab kalau x bayar along kacau hidup dia sekeluarga. So Alya ni kena kahwin dengan Izzul Islam yang sangat kerek n kononnye perfectionist. Sebabnye dia frust menonggeng bila awek yang dia sayang tinggalkan dia.Fuhh ade ehh lelaki yang frust bile kena tinggal dengan awek. Hahahaa.
So dipendekkan cerita , Alya pun selamat kahwin dgn Izzul. So biasa lah bila kena kahwin paksa , mula-mula tak suka. hehehe. Izzul ni pulak memula tujuan dia kahwin dengan Alya sebab nak tuunjuk kat ex dia yang dia boleh lupakan perempuan tu. Ex dia nama Ain. Kebetulan pulak nak dijadikan cerita , muka Alya dgn Ain ni lebih kurang sama je. So Izzul ni actually dia still x dapat lupakan Ain. Biasa lah tu kan.
Tapi si Ain ni macam si Dee dalam Adam&Hawa , bila Izzul dah kahwin n happy dengan Alya , dia mula ah sibuk. Macam-macam dia fitnah si Alya sampai Izzul pun rasa tertipu sebab dia ingat Alya ikhlas nak kahwin dengan dia , tapi rupanya sebab duit. At first memang Alya nak kahwin sebab duit sebab nak bayar hutang ayah titi dia , tapi bila dah kahwin , dia mula sayang Izzul dengan ikhlas. Tapi Izzul lebih percaya fitnah dari isteri dia sendiri. Dipendekkan cerita lagi , Izzul kena tangkap khalwat dengan Ain. Semestinya fitnah si Ain. So bila Alya dengar mau x sakit hati. Alya pun membawa diri ke Penang.
Dipendekkan cerita lagi. Harus lah kena pendekkan. Kalau x , dah jadi macam novel pulak review ni. hehehee. Dorang pun berbaik n dapat anak.
Bagi pandangan aku , setiap novel ade mesej tersendiri walaupun jalan cerita kurang sama je, Mesej yang aku dapat dari novel ni ialah. Nobody is perfect. And kita kena terima kelemahan & kelebihan pasangan kita. Then bila dapat news tu , check dulu betul ke x , sebab orang kalau nak fitnah , macam-macam cara dia ada bagi nak nampak ape yang dia fitnahkan tu nampak real. And then , as a husband , you must show the gud example kat your wife. Such as Izzul. Walaupun dia boleh manage semua urusan syarikat dia , tapi dia kurang dari segi menjadi hamba Allah , selalu tinggal solat. Solat tu kan tiang agama. So nak jadi leader ni not just for a company , tapi untuk isteri dan anak-anak jugak. Hamboii aku ni kemain kan.