jom klik ni untuk menjadi yang pertama untuk mengetahui tentangnya

Thursday 17 March 2016

Novel Melayu Sama Ke? Part One

Assalamualaikum WBT
Okay entri kali ni sis nak review pasal novel melayu yang banyak orang cakap cliche, bosan, poyo, nak muntah, geli, and so on.
Okay tak dinafikan kebanyakkan novel melayu ni jalan cerita sama je iaitu pasal kahwin paksa, perbezaan darjat, hero  / heroin yang cun & hansome je, kahwin kontrak, orang ketiga, keluarga mertua baik & sebaliknya, dan yang paling orang menyampah tajuk novel. Hee.
Tapi anda silap !. Cewahhh. Silap sebab tak semua novel melayu macam tu sebab ada beberapa novel melayu yang sarat dengan mesej, ada tu deep setepek kena dengan diri sendiri.
Antara novel melayu yang best ialah karya Hlovate yang sangat banyak pengajaran( (bagi sis lah). Banyak yang deep dalam novel-novel Hlovate. Trust me. Kira macam Hlovate ni berdakwah secara halus .  Best sebab bukan macam novel-novel melayu lain yang ada watak orang ketiga , jalan cerita dan watak-watak dalam novel-novel Hlovate semua berkisar pasal kehidupan , persahabatan, kerohanian& keagamaan & etc. Try lah beli and baca karya Hlovate. Ayat semua sempoi tapi deep , english yang simple dan watak yang best.
Antara novel Hlovate yang sis dah beli dan baca
  1. aA+bB
  2. 5 Tahun 5 Bulan
  3. Versus
  4. Tunas
  5. Contengan Jalanan ( most fav )
  6. Rooftop Rant
  7. Anthem
*Actually semua novel karya Hlovate favourite sebab best. hahaha cliche sangat!. Tapi betul, most of Hlovate’s novel pasal perjalanan mencari Tuhan , perbetulkan diri , don’t judge a person past dan banyak lagi mesej yang nak disampaikan Contengan Jalanan dekat dihati sebab susah nak diungkapkan.
Antara kata-kata  dalam contengan jalanan
  • “ Hidup di dunia ini seperti perjalanan yang terlalu panjang dan terlalu banyak perhentian sementara , hingga kadang-kadang terlupa sebenarnya diri ni nak ke mana”
  • “ Kena merancang masa depan kalau nak senang. Tapi duit itu bukan dibuat kiblat , hanya dibuat alat.”
  • “ kalau ada kemahuan dan usaha , ‘halangan’ adalah satu perkataan yang tak ada makna apa-apa”
  • “The man that decided to change on the 12th hours died at the 11th.”
  • “Live the moment. Cherish the present. Anticipate the future. Frame the yesteryear”
  • “Talking is nothing. Doing is something.”
  • “Ikhlas tu bukan kita yang ukur, tu biar Allah yang tentukan. Jangan sampai kita tinggalkan amalan ibadat sebab tak nak riak dengan manusia, kerana tu la tanda kita riak dengan Allah sebenarnya.”
  • “Ada beza antara jumpa benda yang kita nak cari, dan cari benda yang kita nak jumpa.”
  • “Life is full of changes. And surprises. And the inexplicable(s).”
  • “Mana ada hukum bercinta dalam dunia ni kita suka orang , orang tu kena suka kita balik.”
  • “Berubahlah. Berubahlah sepenuhnya. Tinggalkan yang hitam dan kelabu itu di belakang.”
  • “Orang yang hati kering dan hati batu pun masih ada harapan untuk cari rahmat Tuhan sebenarnya.”
Novel melayu lain yang best kat next entri ya :)