Assalamualaikum dunia . Hehehe. Korang sihat ?.
Okay sekarang iolss nak review novel Bimbo yang dah dibeli & dibaca pada Januari tahun 2015. Dah setahun baru nak review !. Bz uolss :). Ni pun baru ada kerajinan nak review sebab novel ni akan di adaptasi soon !!. Exited ke tidak ?!!.
Seperti biasa novel karya kak Rin Ahmad semestinya tidak mengecewakan. So iolss assume ramai yang dah beli and baca novel Bimbo. Ke ada yang belum? Ok kepada yang belum , ni iols nak review ni ha.
So Bimbo ni kisah Elsuraya & Dani Ikram yang bagi iols sangat sweet oka perjalanan cinta dorang. cewah !. tapi betul , iols suka watak Dani , lagi2 watak ni nanti Shaheizy Sam pegang. ko ghase??.
ok ok . Elsuraya ni dia salah berdendam . punya lah lama dia dendam kat Azad , yang kononnya telah langgar parents dia , nak pulak aunty rose mintak dia kahwin dengan Azad. dan dalam masa yang sama Dani dah mula jatuh cinta kat Elsuraya . dalam meeting pun nak sweet2. haha. Elsuraya pula mula2 macam layan tak layam je Dani ni. ye lah mana nak stress fikir pasal kena kahwin dengan Azad.
tapi Dani jenis tak cepat give up. macam2 dia buat nak dapatkan cinta Elsuraya. bagi washlet lagi. haha. the way dia propose Elsuraya pun kemain tau.
so nak dipendekkan cerita , Elsuraya dah tau siapa sebenarnya yang buat parents dia accident. siapa orangnyan? jeng jeng jeng. hahah ala ok lah iols bagi tau siapa.Dani lah orang nya. so berlaku sedikit masalah lah hubungan Dani-Elsuraya. even adik Dani pun salah faham dengan Elsuraya, Elsuraya pun salah faham dengan Dani. banyak salah faham lah gitu. hehe.
seriously and honestly, Bimbo ni satu lagi karya kak Rin Ahmad yang iolss bagi 10/10 sebab takde watak ketiga yang nak ganggu hubungan dorang. haha. boring kan kalau ada yang nak kacau je. lagi satu best pasal Bimbo, iolss baru tau pasal penyakit Bell Palsy yang Dani hadapi. dan paling best, hadiah Dani bagi kat Elsuraya lepas dorang kahwin. stay in Tanah Suci :'). seperti biasa , cara kak Rin tulis novel , easy to undersatnd. takde ayat yang cheesy melampau atau tak make sense. huhu. semua ayat mudah difahami and seronok nak baca.
kalau korang iols tak tau lah, iolss dah beberapa kali re-read Bimbo ni sebab best and terbayang2 diri ini Elsuraya . hahha. dan berangan nak dapat jodoh macam Dani. hehehe. jangan kecam sis !.
so sama-sama lah kita nantikan drama adaptasi dari novel Bimbo yang akan ditayangkan kat channel astro ria tapi dengan tajuk "Aku Bukan Bimbo"bermuula 29 Feb 2016 ni. exited uolss !!
Antara watak2 dalam drama Aku Bukan Bimbo yang iols tau
Elsuraya - Nadiyaa Nisa
Dani Ikram - Shaheizy Sam
Azad : Zahiril Adzim
Didi - Adik Anzalna ( sorry x ingat nama dia)
Assalamualaikum . Blog ini adalah sebuah medium untuk anda mengetahui sinopsis novel dipasaran tidak kira penerbit .
jom klik ni untuk menjadi yang pertama untuk mengetahui tentangnya
Showing posts with label Kaki Novel. Show all posts
Showing posts with label Kaki Novel. Show all posts
Thursday, 25 February 2016
Monday, 1 February 2016
Sinopsis novel Jangan Padam Rindu karya Rina Farizq
Assalamualaikum
Okay iols exited sangat nak review novel tahun 2016 yang pertama dimiliki. Gittew !. Iaitu novel jangan padam rindu karya Rina Farizq. Exited sebab novel ada tandatangan penulis (ek eleh itu pun nak bangga). hahhaha then dapat yang cetakan pertama punya. Haruslah exited & seronok kan.
Nah ni iolss bagi sinopsis dari website kakinovel :
Okay iols exited sangat nak review novel tahun 2016 yang pertama dimiliki. Gittew !. Iaitu novel jangan padam rindu karya Rina Farizq. Exited sebab novel ada tandatangan penulis (ek eleh itu pun nak bangga). hahhaha then dapat yang cetakan pertama punya. Haruslah exited & seronok kan.
Nah ni iolss bagi sinopsis dari website kakinovel :
Ellina tak sangka dia dilamar oleh tuan haji kerepot yang bertongkat! Dia tak rela nak bertunang dengan lelaki tua yang gatal tu. Nak kahwin? Lagilah tak ingin!
Ellina: Lagi satu, bukan semua orang tuan haji boleh beli hatinya dengan kebendaan. Note4 pink ni memang awesome tapi itu tak bererti saya dah jatuh tergolek kat sini.
Mereka tak pernah bertemu, hanya berkomunikasi melalui aplikasi WhatsApp. Mujurlah ada media canggih tu. Kalau tak, ‘muntah hijau’ dibuatnya kalau terpaksa bercakap secara langsung dan bertentang mata dengan tuan haji.
Tuan haji: Ellina, saya ikhlas nak kahwin dengan Ellina. By the way, Note4 pink tu saya hadiahkan dengan ikhlas. Saya tak ada intention pun nak buat Ellina jatuh tergolek kat sana. Ellina, jatuh tergolek ke?
Serius Ellina tak boleh tahan. Geli betul dengan lelaki tua yang bertongkat tu. Tapi nak buat macam mana? Apa pilihan yang dia ada?
Ellina: Saya serius. Apa kata kahwin saja dengan ibu saya? Saya lebih rela jadi anak tuan haji. Please marry my mom.
Tuan haji : Ellina… I want to marry you, not your mom.
Ellina pasrah. Majlis pertunangan dijalankan walaupun hati tak rela. Tak ikhlas! Tapi, kenapa bila tiba hari pertunangan orang lain pula yang bertunang dengan dia? Bukannya tuan haji. Dan Ellina rasa nak mati bila ‘orang’ itu sebenarnya yang meminangnya. Ellina rasa tak menentu bila ‘orang’ itu yang menjadi tunangnya. Kenapa ‘orang’ itu? Kenapa orang yang telah merobekkan hatinya muncul semula dalam hidupnya?
“Simpan rindu dalam hati!”
Camane teruja ke tidak ? . hahha. ni sinopsis belakang novel.
so basically Ellina ni dia macam tak tau dengan siapa yang dia kena kahwin. Tuan Haji dah pinang dia tapi dia taknak lah sebab Tuan Haji dah tua pada pandangan dia. Tuan Haji buat macam2 lah supaya Ellina terima pinangan dia.
Tapi sebenarnya anak Tuan Haji , iaitu Akid Fauzan yang iolss bayangkan Fadlan Hazim sbg Akid Fauzan. Over tak. hahha. Tapi ada cerita antara Fauzan dgn Ellina ni. Ada a few bab yang akan reminiscing saat2 dorang bercinta dan kenapa dorang putus. Jangan skip2 ye. Fauzan ni tersangat sweet orang nya even baru kenal Ellinapun dah panggil Ellina princess. Ko ghase ?.
Fauzan ni memang sweet giler dengan Ellina , tapi malu2 nak mengaku. hahaha
Biasalah kan dalam novel mesti ada orang ketiga. Dalam ni ada watak Mellisa yang agak jahat ler juga. Iolss suka watak El..Lina (panggilan Fauzan utk Ellina). Suka watak Ellina sebab dia agak berdikari juga lah. then satu habit dia yang buat Fauzan geram dengan dia ialah dia suka gigit hujung bibir. hahha. syam kawan Fauzan pun jahat juga. nak tau kena beli dan baca. hehehe. nanti spoiler pulerr. tak gitu?..
basically novel ni best sebab jalan cerita tak berat sangat , best sebab ada part @ bab macam mana dorang berjumpa, kenapa berpisah, kisah parents & family Fauzan yang buat kita tertanya@ & etc.
Tbh,ni novel pertama karya Rina Farizq yang iolss baca. Dan memang tak menghampakan. selain tu ada juga watak Miwal , Hani, Akma & etc yang korang kena explore. tak syok ah kalau cerita semuakat sini kan. hihi.
so basically Ellina ni dia macam tak tau dengan siapa yang dia kena kahwin. Tuan Haji dah pinang dia tapi dia taknak lah sebab Tuan Haji dah tua pada pandangan dia. Tuan Haji buat macam2 lah supaya Ellina terima pinangan dia.
Tapi sebenarnya anak Tuan Haji , iaitu Akid Fauzan yang iolss bayangkan Fadlan Hazim sbg Akid Fauzan. Over tak. hahha. Tapi ada cerita antara Fauzan dgn Ellina ni. Ada a few bab yang akan reminiscing saat2 dorang bercinta dan kenapa dorang putus. Jangan skip2 ye. Fauzan ni tersangat sweet orang nya even baru kenal Ellinapun dah panggil Ellina princess. Ko ghase ?.
Fauzan ni memang sweet giler dengan Ellina , tapi malu2 nak mengaku. hahaha
Biasalah kan dalam novel mesti ada orang ketiga. Dalam ni ada watak Mellisa yang agak jahat ler juga. Iolss suka watak El..Lina (panggilan Fauzan utk Ellina). Suka watak Ellina sebab dia agak berdikari juga lah. then satu habit dia yang buat Fauzan geram dengan dia ialah dia suka gigit hujung bibir. hahha. syam kawan Fauzan pun jahat juga. nak tau kena beli dan baca. hehehe. nanti spoiler pulerr. tak gitu?..
basically novel ni best sebab jalan cerita tak berat sangat , best sebab ada part @ bab macam mana dorang berjumpa, kenapa berpisah, kisah parents & family Fauzan yang buat kita tertanya@ & etc.
Tbh,ni novel pertama karya Rina Farizq yang iolss baca. Dan memang tak menghampakan. selain tu ada juga watak Miwal , Hani, Akma & etc yang korang kena explore. tak syok ah kalau cerita semuakat sini kan. hihi.
Saturday, 2 January 2016
Novel baru tahun 2016

Assalamualaikum uolss . Selamat tahun baru 2016 .
Sempena tahun baru ni hakak nak share novel baru tahun 2016 yang semestinya jadi best seller sebab dari penulis favourite kita semua . Hehe.
First novel adalah dari tak lain tak bukan , the one and only Rin Ahmad. Ni novel kelima kak Rin . Setelah lama kita tunggu Jejaka Edisi Terhad ( JET ) nak dijadikan novel , finally uolss finally !!!. Oh ye , inshaAllah salah satu novel kak Rin , Bimbo akan diadaptasi ke drama !!. Hakak exited !!.
Novel kedua dari Rina Farizq. Jujurnya first time akak baca novel dari kak Rina Farizq. Hakak belum baca lagi sebab baru sampai . Hahahaha. So nanti semestinya hakak review. Don't worry be happy!.
Thursday, 15 January 2015
Sinopsis & Review Novel Yes, Maam !. karya Areila Sahimi
Assalamualaikum uols :)
Seperti yang dijanjikan dalam entri sebelum ni , hari ni hakak nak review novel baru dari Areila Sahimi, iaitu sambungan dari novel Yes Boss!.
Kalau korang baca novel yes boss!, korang akan tau lah jalan cerita nya macam mana , kenal watak2 seperti Ilham & Aryana.
So kalau dah sambungan tu , takde lah banyak sangat jalan cerita yang berubah. Cuma ada tambahan watak seperti Razlan , Suri & Qistina Zara.
Kalau dalam Yess Boss! Ilham ni kaki perempuan , tapi dalam ni since dah kahwin dengan Aryana, dia dah pencen . hahhaha.
make it short, dalam yes maam! aryana & ilham bercerai sekejap gara-gara ilham yg terlepas menjatuhkan talak masa satu incident ni. saspen x ?. hahaha
tapiiiii ilham ni non-stop lah nak pujuk aryana balik and dia gunakan anak2 untuk nak aryana balik kat dia balik. tapi aryana ni dah hati kering lah gittew nak balik kat ilham semula. tambah pulak , aryana ni kawan dengan seorang lelaki muda yg bernama Razlan yg merupakan owner restoran tempat dia kerja lepas dia bercerai dengan ilham. semestinya lah ilham cemburu sebab dia rasa aryana macam x sedih pun lepas bercerai. nak pulak aryana dengan lelaki yang jauh lebih muda & handsome. anak orang kaya pulak tu.
overall novel ni menghiburkan lah and worth it lah kalau beli. watak2 seperti suri & qistina zara ni malas nak elaborate sebab hakak x suka. muahahah.
so inilah review hakak untuk novel ni.
Tuesday, 13 January 2015
Teaser
Assalamualaikum :)
Okay ni hakak nak bagi teaser novel yang hakak akan review kalau tak esok lusa. Bergantung kepada hakak punya free time ye.
Tadaaaa ni lah novel-novel nya :). Bersabar ye :)
Okay ni hakak nak bagi teaser novel yang hakak akan review kalau tak esok lusa. Bergantung kepada hakak punya free time ye.
Tadaaaa ni lah novel-novel nya :). Bersabar ye :)
Monday, 12 May 2014
I'm back !
Assalamualaikum semua !!!
Apa khabar ? Moga sihat sentiasa dan dirahmati Allah .
Alhamdulillah i'm done with my final year examinations and thesis !. Banyak cabaran & dugaan sepanjang nak siapkan thesis tapi syukur Alhamdulillah Allah permudahkan semuanya.
Alhamdulillah Allah masih panjangkan umur nak review novel lagi .
So iolss akan kembali review novel seperti sebelumnya inshaAllah. Tapi x boleh review selalu sebab tak tau kenapa laptop x boleh connect dengan wifi kat rumah so kena update through hp je. So ambil masa sikit lah .
Okay x nak bebel panjang2. Nak bagi tau novel apa yg akan di-review. Novel2 ni dibeli untuk hilangkan stress seketika masa siapkan thesis. Hehe. Tapi x berkesempatan nak baca sebab sibuk sangat. So kalau korang dah baca novel ni buat2 belum baca lah ye. Hehehehe. Maklum lah org lain dah berapa kali ulang baca kita ni baru habis baca & baru nak review .
1. Arluna karya Rin Ahmad
2. Imam Mudaku Romantik karya Izzah Haneefa
3. Jika Mawar Pudar Warna karya Aulia Iman.
Stay tuneeeeee ye youolsss !!
Sunday, 2 June 2013
Sinopsis Novel Gadis Edisi Terhad karya Rin Ahmad
Assalamualaikum readersss ( slang ala2 hello keekers! ). HAHHAHAHA . Don't take it seriously ye :)
Okay hari ni mood rajin nak review novel is coming. Hari ni aku rajin sampai gambar novel pun aku snap. Selalu google je. HEHEHE. So hari ni nak review pasal novel Gadis Edisi Terhad karya Rin Ahmad . Buat yang tak tau , Rin Ahmad juga merupakan penulis novel yang best iaitu Untuk Semua Dosaku. Yang ada watak Nur Lisa & Syed Azri tu. Novel Gadis Edisi Terhad ( GET ) ni pun sama best denga Untuk Semua Dosaku ( USD ). Aku dah mula suka cara penulisan kak Rin Ahmad sebab both novels dia best sangat , informative & contain so many good messages . Asyik review novel lama je , hari ni nak review novel baru. Start baca novel ni kat blog kak Rin. Then bila dah jadi novel takkan taknak beli pulak kan?
So here the novel
Okay hari ni mood rajin nak review novel is coming. Hari ni aku rajin sampai gambar novel pun aku snap. Selalu google je. HEHEHE. So hari ni nak review pasal novel Gadis Edisi Terhad karya Rin Ahmad . Buat yang tak tau , Rin Ahmad juga merupakan penulis novel yang best iaitu Untuk Semua Dosaku. Yang ada watak Nur Lisa & Syed Azri tu. Novel Gadis Edisi Terhad ( GET ) ni pun sama best denga Untuk Semua Dosaku ( USD ). Aku dah mula suka cara penulisan kak Rin Ahmad sebab both novels dia best sangat , informative & contain so many good messages . Asyik review novel lama je , hari ni nak review novel baru. Start baca novel ni kat blog kak Rin. Then bila dah jadi novel takkan taknak beli pulak kan?
So here the novel
*MESTI BELI*
Jasmeen, anak perempuan kepada Tan Sri Farhan. Orangnya suka berdikari dan paling penting mempunyai hobi yang unik. Dia mengumpul semua benda keluaran edisi terhad. Cinta? Dia sentiasa takut untuk meletakkan komitmen lantas, cinta Iqmal ditolak mentah-mentah.
Fareez Ilham, anak yatim piatu yang dibesarkan oleh sahabat baik arwah bapanya iaitu Datuk Ismadi dan bekas pemandu keluarga, Atuk Syed. Orangnya amat setia dalam bercinta tapi sayang, cinta Gina kepadanya beralih arah kepada Iqmal tanpa diduga. Kehadiran Jasmeen memberi sinar tapi siapakah Jasmeen sebenarnya? Penjual kain? Tukang kebun? Arkitek landskap? Pencinta sejati?
Dalam masa yang singkat, pertemuan demi pertemuan akhirnya membuahkan rasa cinta di antara Jasmeen dan Fareez.
Mereka bercinta tanpa Fareez menyedari Jasmeen ialah Fellah Delisya, bos Integrate Landscape yang selalu dikutuk dan anak kepada Tan Sri Farhan iaitu pelanggan terbesarnya.
Dugaan melanda dalam hubungan mereka apabila Fareez mengetahui identiti sebenar Jasmeen. Mampukah sebuah realiti menepis hakikat sebuah cinta sejati? Sebuah episod luka membuat Jasmeen memutuskan untuk memberi ruang kepada Fareez dan akhirnya dia terbang membawa sekeping hati lara ke New York.
“I love you Fishy.”
“I love you too Cheesy.”
Aku beli novel ni hari selasa x silap and semalam baru ada masa nak baca and hari ni baru habis baca. Sama macam novel USD , ohh ye yang belum baca review pasal USD , boleh KLIK LINK NI . Jasmeen ni wataknye dia suka kumpul semua barang yang limited edition. Banyak duit boleh lah collect barang limited edition kan. Tapi jangan salah faham , Jasmeen ni tak macam typical spoilt brat. Dia humble je sampai Fareez Ilham tak tau pun Jasmeen ni anak Tan Sri. Bila baca novel ni je aku mesti bayangkan Jasmeen @ Fellah Delisya ni Keknis ( Hanis Zalikah ). Tak tau kenapa. Dia ada adik lelaki yang bernama Fehad. Aku bayangkan Ferhad ni Hairul Azreen @ Izzue Islam. HAAHAHAHA high imagination betul !!. Gasak lah kan. Dorang ni memang close gila walaupun beza umur jauh jugak ah. Walaupun dorang ni dah biasa hidup mewah , tapi humble sangat & down to earth. Tapi tang nak kumpul barang limited edition tu yang macam agak membazair sebab biasa ah bila dah limited edition mesti ah mahal kan. Ada satu hari tu boleh si Jasmeen ni nak beli perfume Annick Goutal ( macam ni lah it spelling nye) yang berharga RM600 untuk 100ml. Aku pun baru tau minyak wangi brand ni wujud. HAHHAHAH lame me !!Lepas tu tudung dia semua stok Hermes , Gucci , LV and macam2 lagi ah brand yang x terjangkau dek minda kita orang biasa ni nak beli oii. Ada baju pergi nursery ( kebun ) pakai brand Dolce & Gabbana kalau x silap lah. Bayangkan kalau nak berjogging je dah pakai baju and seluar brand Juicy Couture and boleh plak bagi orang pinjam baju Alenxender McQueen !!? Giler ape !. Bagi anak2 yang dah biasa dengan barang berjenama ni , kalau setakat beli kasut Ferragamo , macam beli kasut kat Charles & Keith je , tu pun kekadang nak beli kasut kat situ pun fikir beratus kali , or maybe beribu kali fikir nak beli ke taknak.
Now pasal Fareez Ilham pulak. Dia ni seorang arkitek kat Modenreka. Pernah couple dengan Gina tapi broke up sebab Gina beralih arah kat Iqmal. Tak yah lah ye nak cerita pasal Gina & Iqmal sebab x penting sangat pun. HEHEHEHE. So lepas a few incident , dia pun jumpa dengan Jasmeen. At first dorang ni pantang jumpa mesti ade je yang puas hati towards each other. At first lagi , dorang ni x tau pun dorang ada urusan bisnes , which is between Modenreka dengan Integrade Landscape. Sebabnye asal nak jumpa je takde jodoh nak jumpa. Fareez ni pulak suka pandang rendah kat Jasmeen. Mula2 dia jumpa Jasmeen as a salesgirl kat kedai kain Binwanis , masa tu Jasmeen agak kerek ah layan dia nak beli kain. Then jumpa plak Jasmeen kat rumah mommy Gina , and dia still x tau Jasmeen owner Integrade Landscape and asyik gaduh je memanjang. Nak dipendekkan cerita , a fter a few incidents , dorang ni macam dah suka antara satu sama lain since Fareez pun dah broke up dengan Gina kan. Fareez ni YaAllah sweet sangat okay walaupun kadang2 menyakitkan hati Jasmeen.Watak Fareez ni lebih kurang macam watak Syed Azri dalam USD , which is ber aku-kau dengan gf sendiri. Fareez ni plak aku bayangkan as Farid Kamil Sebab aku rasa Farid Kamil macam sesuai sangat dengan watak Fareez Ilham. Tapi Fareez ni sweet & romantik gilerrrr hokay!!!. Nak lupa Firash Arshad jap. HAHAAHHAHAHA. Korang kena baca part apa yang Fareez buat bila dia dah start suka Jasmeen. SWEET SANGAT !!!. ( over jap ). Lepas declare je Fareez ada bagi kupon kat Meen and semua kupon tu sangat best !!. Then ada part dorang ni gaduh kecil-kecilan ( rosak tatabahasa ) and Meen pun bawa diri ke New York and the sweet part is Fareez sanggup pergi NY nak pujuk Meen.
Gina plak ex Fareez. Gina pulak aku bayangkan as Fazura sebab rasa macam sesuai Fazura dengan watak Gina ni. Ni lagi princess sangat. Kalau Meen suka barang limited edition , Gina ni suak new arrival je. Haihh lah hidup anak orang kaya , tak payah susah2 nak fikir macam mana susah nak dapat duit kalau nak beli something. Nak apa cakap je , mommy & daddy akan penuhi impian anak-anak :)
Iqmal plak lelaki yang suka sangat kat Meen , tapi Meen anggap not more than friend. Aku x terbayang plak sape yang sesuai jadi Iqmal .
Kalau dalam USD kak Rin Ahmad banyak cerita pasal Gemany , dalam ni banyak cerita pasal New York plak , tempat Jasmeen sambung study. So nak pegi NY xtau bile , dapat tau pasal New York sesikit jadi lah kan :). Aku ni kalau nak review novel memang panjang , so tak best lah nak review semua kan. Kena lah beli novel baru best. Baru boleh feeling2. And , korang kena beli novel ni sebab korang kena tau macam mana and sweet ke x sweet cara Fareez nak melamar Jasmeen ni. And macam mana Jasmeen kantoi yang dia anak Tan Sri Farhan. Paling best , part Fareez bagi jam yang harganya aku rasa boleh lepas bayar duit pinjaman PTPTN aku and lepas nak bawak mak aku pergi haji. Brand ape x ingat plak sebab baru tau brand tu wujud. HAHAHHA. Sanggup keluar duit beribu belikan jam untuk Meen. Ye lah both hidup senang setakat jam beribu tu ape lah sangat kan. Celah gigi jeww. Macam adik Meen si Ferhad , baru 21 tahun dah pakai BMW 5 series.
Aku suka watak Jasmeen ni walaupun dia dah biasa hidup mewah , tapi x berlagak macam si Gina ex si Fareen Ilham tu. Then dia bukan typical anak orang kaya yang gunakan kekayaan nak buat orang benci.
Aku suka sangat baca novel no sebab novel ni x complicated pun jalan cerita dia. Banyak info pasal tanaman , banyak ayat2 english yang best , then setiap lagu yang Jasmeen & Fareez dedicate kat each other ada maksud yang tersurat & tersurat. Lepas tu ayat2 jiwang kat dalam novel ni semua best and deep meaning meaning. Dalam english lagi tu , lagi lah deep meaning kan. Good thing yang aku dapat dalam novel ni , walaupun Jasmeen ni anak orang kaya , tapi parents dia didik anak dorang dengan baik dengan bagi didikan agama yang baik. Then parents dorang walaupun bz , still ada masa dengan anak-anak. Dalam novel ni jugak aku tau banyak brand yang best and harga nya pun best lah kan. Ada jugak brand yang aku x pernah dengar pun macam nama perfume yang Meen minat tu. Bila baca novel no dapat lah berangan kejap kekonon kita ni Meen. Barang semua stok branded je. Gucci lah , Hermes , Feraggamo , Chanel , Juicy Couture , Kate Spae , Proenza Schouler , Dolce & Gabbana & many more. Best nye lah kalau jadi realiti. HEHEHE. Tapi dalam dok berangan tu , terfikir jugak , ada ke orang macam Meen dalam dunia ni , ye lah walaupun dibesarkan dnegan hidup mewah , tapi rendah diri , hormat orang lain , and macam2 lagi. Mungkin ada , tapi susah lah kan nak jumpa. Then tau serba sedikit pasal New York, tau life arkitek macam mana and seriously watak Fareez ni ade sama sikit dengan my dream guy. HEHEHHEE . Moga Allah dengar doa hambaNYA ini :).
Aku ni kalau review novel memang bukan review. Panjang berjela nak explain. Lagi2 kalau novel tu best sangat. Senang cerita , korang memang kena beli novel ni sebab best sangat !!!. Tahniah kat Kak Rin sebab hasilkan novel yang best sangat!!. Semoga Allah permudahkan kak Rin hasilkan novel yang best lagi macam USD & GET.
Keknis @ Hanis Zalikha versi bertudung sebab Meen bertudung as Fellah Delisya & Jasmeen in my imagination :D
Source : Google image
Source : Google image
Watak : Tak berlagak , baik , sopan , suka collect barang limited edition , setia
Farid Kamil as Fareez Ilham
Source : Google image
Watak : Mula2 kerek & annoying , handsome , arkitek , x tinggal solat , nakal tapi romantik dengan Meen , sayang gila kat Meen
Fazura as Gina
Source: Google image
Watak : Susah nak dengar nasihat , nak makan kat tempat mahal2 je , tak gedik sangat pun , kena dengar cakap dia je
Hairul Azreen or Izzue Islam as Ferhad
Source : Google image
Watak : adik yang sayang kat akak dia , x playboy , suka buli Meen tapi bukan buli yang serius :)
* p/s :Kalau novel ni di-adaptasi pun best sangat !!.
Okay Assalamualaikum & terima kasih !! :D
Sunday, 20 January 2013
Sinopsis Novel Untuk Semua Dosaku karya Rin Ahmad
*MESTI BELI!!!
Assalamualaikum
Aku sambung kat page baru lah ehh sebab kang taip kat entri sebelumnya nampak panjang sangat pulak review aku. Sape yang nak baca sinopsis novel ni klik ni .
Seperti yang korang baca kat sinopsis , novel ni watak utamanye Nur Lisa & Syed Azri. Dorang ni study lat Jerman. So kat sana dorang ni kira tidur satu bilik lah. Oh ye novel ni agak 18SX jugak lah bagi aku sebab ade sesetengah cerita dia x elok kalau budak2 baca. hehe. Actually bukan plan dorang pun nak duduk satu bilik kat bilik kat Jerman tu or dorang call studio. Ni semua rancangan jahat si Nur Lili adik si Nur Lisa yang prank kakak. Adik dia jahat giler. So bila dah satu bilik takkan takde ape2 perasaan kan. Nak pulak kat luar negara then masa tu kononnya masih muda so nak enjoy je. Nur Lisa ni pulak come from broken family. After parents dia divoorced , dia stay dengan mak dia. Syed Azri pulak comes from family yang agak terhormat. Agak pandai agama , tapi tak amalkan. Okay takyah kot ye nak cerita pasal parents dorang ni sebab tak penting pun . Haahhahaa.
Nur Lisa sangat lah wild kat Jerman. Ape je dia x buat kat Jerman dengan Syed Azri. Minum arak masa octoberfest , kissing2 , & many more. Korang kena baca sendiri lah eh. Syed Azri pulak walaupun dia pun agak liar & layan semua perempuan macam dah jadi isteri dia , tapi Nur Lisa the only girl yang dia sayang sangat2. Lagi satu Syed Azri ni seorang yang sangat cemburu. Dia cemburu dengan Tengku Akhbar yang minat jugak kat Lisa. Tapi Lisa tak minat pun Tengku Akhbar ni atau dia panggil Kebar. , tapi dia just take advantage atas kekayaan Kebar.
Paling ekstrem , Nur Lisa ni boleh pulak dia tolong Syed Azri habiskan arak masa event octoberfest. So bayangkan betapa bebas nye life Nur Lisa ni.
Dipendekkan cerita , Nur Lisa dapat hidayah dari Allah untuk berhijrah lepas jumpa dengan Lydia. So Nur Lisa pun berubah lah sikit2 like dah x pakai seksi2 , mula solat & mengaji and Alhamdulillah dia berubah dari seorang gadis yang liar , suka minum arak , duduk sebilik dengan lelaki , berubah jadi muslimah. Tapi Syed Azri still the same Azri.
Biasa lah kan bila kita nak & dah berubah jadi baik , mesti ade je suara2 sumbang kan. Sama ah cam Nur Lisa. Bila dia berubah jadi baik Syed Azri siap2 perli2. Ni ayat yang agak pedih ah Syed Azri cakap kat Nur Lisa
Please....”
“Tolong hormat saya. Perlu ke saya merayu agar awak menghormati saya or should I say even if we’ve been
together thousands years, the fact is you are not my husband. Awak tak halal untuk saya. Dan saya pejam mata
untuk kisah silam kita.”
“Lisa!”
“I better get going before things become worse.”
“It’s worse already and I hate when you pretending to be good when I know who you are inside out.”
“Then hate me.” Bergegar dada Nur Lisa mendengar perkataan ‘pretending’.
Pedihh kan ayat Syed Azri. Lagi2 orang yang kita sayang cakap macam ni bila kita nak berubah. Ending nye semestinya korang kena baca. haha. Baru lah best kan. :)
Kalau tulis panjang2 nanti orang boring pulak kan. So based on my reading of this novel , novel ni banyak jugak selitkan mesej yang bagus. Antaranya bila study kat luar negara takde mak ayah x semestinya kita boleh buat sesuka hati je sebab Allah ade kat mana2. Remeber that. For me too. Lepas tu dugaan nak berubah tu memang kuat & kita kena sentiasa berdoa supaya Allah mudahkan semuanya.
Conclusion nye novel ni memang best giler !!!.
Sinopsis Novel Untuk Semua Dosaku karya Rin Ahmad
Assalamualaikum
Hari ni nak review pasal novel Untuk Semua Dosaku. Cam biasa ni sinopsis novel ni
Kisah cinta antara Nur Lisa dan Syed Azri berputik di bumi Jerman. Nur Lisa gadis pintar yang hidupnya riang
bertemu dengan Syed Azri kerana rancangan nakal si adik. Sharifah Azrina yang disangkanya teman sebilik sebenarnya ialah jejaka kacak bernama Syed Azri.
“Tak menyesal ya. Tak nak tarik balik kata-kata awak tadi?”
“I do the talking a lot. Which one you meant dear roommate?” Nur Lisa tergelak. Sengallah Azri ni. Pebende
merepek entah.
“I’ll be the one. Betcha.”
Nur Lisa tergelak besar. Orang buat lawak dia buat serius la pula. Ego seorang lelaki. Tak boleh tersentuh. Nur Lisa ambil mudah. Tak menyangka jalan-jalan di hadapan yang akan bermula bersama Syed Azri. Permulaan yang tiada penghujungnya.
“Walk the talk Syed Azri.”
Sikap selamba Nur Lisa akhirnya memikat Syed Azri yang egonya sentiasa dijulang ke langit. Di saat cinta berkembang mekar, cahaya hidayah menerjah ke ruang hati Nur Lisa. Kisah lampau, kisah zaman peralihan. Betul orang cakap, nak buat baik, beribu halangan sudah menanti di hadapan kita. Cinta yang menggunung dan kasih sayang yang melimpah-ruah terhadap Syed Azri terpaksa dikorbankan demi cinta barunya kepada Yang Esa.
“Lisa.” Syed Azri cuba memeluk Nur Lisa. Mahu menenteramkan Nur Lisa. Dia kalah melihat titisan air mata
di pipi Nur Lisa.
“No.” Nur Lisa menolak tubuh Syed Azri dengan kasar.
“Boleh tak jangan keras sangat? We’ve been together for years and we’ve done lots more than this.
Please....”
“Tolong hormat saya. Perlu ke saya merayu agar awak menghormati saya or should I say even if we’ve been
together thousands years, the fact is you are not my husband. Awak tak halal untuk saya. Dan saya pejam mata
untuk kisah silam kita.”
“Lisa!”
“I better get going before things become worse.”
“It’s worse already and I hate when you pretending to be good when I know who you are inside out.”
“Then hate me.” Bergegar dada Nur Lisa mendengar perkataan ‘pretending’.
Mereka berpisah di bumi Jerman namun jodoh mengejar Nur Lisa dan dia terpaksa akur bahawa jodoh dambaan lelaki yang boleh dijadikan peneman jalan ke jannah hanya tinggal mimpi. Pertemuan semula dengan Syed Azri di Malaysia menjadi titik ketenangan Nur Lisa dirembat dan kehidupan penuh berliku di samping orang yang pernah menolak jalan yang dipilihnya. Melayani kerenah Syed Azri yang akhirnya bergelar suami atas paksaan keluarga tak semudah ABC apabila jalan hidup yang dipilih berbeza. Apabila tiba saat diri mahu berubah, orang yang paling dekat tidak memberi sokongan malah memandang sepi. Keluarga yang memandang hina dek masa lampau yang terbongkar dan suami yang masih meragui dirinya yang kini berubah.
“You know what naughty Dutches always said for their wives? There are only three ways to please their men. First please them on bed. Second, make them sandwiches and third don’t talk so much. Now do number three and get yourself ready.” - Syed Azri.
Syed Azri bukanlah lelaki kasanova dan dalam hatinya hanya terpahat nama Nur Lisa. Hanya keegoan membuat dia tegar melepaskan Nur Lisa dulu dan di saat Nur Lisa kembali dalam hidupnya, siapa sebenarnya yang didambakan dalam hidupnya kini? Nur Lisa kekasih hati merangkaproommate di studio kecil di Jerman dulu atau Nur Lisa si isteri yang kini sudah jauh berbeza?
Setiap permulaan pasti berhalangan. Mampukah Nur Lisa kekal menjadi hamba-Nya yang taat dan menjadi isteri yang solehah kepada Syed Azri? Mampukah Syed Azri berjalan seiring dengan jalan yang telah dipilih oleh Nur Lisa?
Nur Lisa binti Tajudin : ~ Cinta yang berputik dalam kancah dosa. Adakah akan terpalit selamanya? Syed Azri bin Syed Gilani : ~ Cinta yang tak perlu berubah. Adakah akan kekal selamanya?
Hari ni aku terlebih rajin nak taip sinopis kat belakang novel pulak. Atas ni sinopsis dari kakinovel.
Nur Lisa , gadis pintar yang melanjutkan pelajaran ke Technical Universiti of Munich , Jerman , yang terperangkap menjadi roomate jejaka kacak , Syed Azri dengan sexy-smart-beard yang egonya tinggi melangit di studio kecil Pasing , Jerman. Sikap selamba Nur Lisa telah berjaya menambat hati Syed Azri yang pantang dicabar
Beerpasangan dan berkasih bukanlah tiket untuk hubungan kekal lama apabila cahaya hidayah menjengah ruang hati Nur Lisa. Bertahun hidup bersama di bumi asing merantai kaki Nur Lisa tetapi dia tegar melangkah pergi. Pergi meninggalkan semua dosa.
Impian Nur Lisa yang mendambakan lelaki yang beriman sebagai pasangan yang mampu membimbingnya lebur.Bagi Nur Lisa , sedalam mana cintanya terhadap Syed Azri , perkahwinan bukanlah penghapus dosa silam. Dipaksa berkahwin oleh keluarga yang malu apabila mengetahui kehidupan bebas Nur Lisa bersama Syed Azri di Jerman dulu menambah duka. Betullah kata orang...nak buat baik susah, nak berubah jadi baik, berganda-ganda lagi susah. Tanpa sokongan keluarga dan suami sendiri , mampukah Nur Lisa tegap berdiri di jalan yang telah dipilihnya? Mampukan Nur Lisa kekal menjadi hambaNYA yang taat dan menjadi isteri yang solehah kepada Syed Azri? Mampukah Syed Azri berjalan seiring dengan jalan yang telah dipilih Nur Lisa?
Thursday, 27 December 2012
Sinopsis Novel Hello Mr Perfect karya Waniey Zakaria
Assalamualaikum! *sila jawab salam eh*
Okay disebabkan cuti sem , so blog ni pun ber-update lah dengan review novel . Okay hari ni nak review pasal novel Hello Mr Perfect karya Waniey Zakaria. Okay as usual mesti ada antara korang yang dah beli & dah baca dah novel ni. Maybe dah baca banyak kali. Tapi tidak bagi aku sebab , walaupun agak dah lama beli novel ni , tapi hari ahad malam hari tu baru ade chance nak baca sebab before ni as mentioned , busy dengan class n esaimen. So semalam baru habis baca novel ni.
Sinopsis :
Muhammad Arif Fikri dan Ainul Mardhiah saling mencintai dan merancang untuk berkahwin. Namun disebabkan kerana peraturan yang telah ditetapkan oleh keturunan keluarganya yang mementingkan aspek LANGKAH BENDUL walaupun mereka adalah lelaki memaksa Arif mencari jalan penyelesaian. Selagi anak sulung tidak berkahwin, maka dia tak boleh berkahwin. Lebih memberatkan lagi apabila pihak keluarga Ainul hanya memberi masa selama enam bulan untuknya membuat keputusan.
Alongnya, Muhammad Izzul Islam terlampau mengejar kesempurnaan kepada pasangannya. Wajahnya kacak, tinggi dan menjadi tarikan ramai. Namun dia terlampau cerewet dan memerlukan pasangan yang juga sempurna sepertinya. Terlalu ramai gadis yang berdamping dengannya namun tiada seorang pun yang dapat bertahan dengan sikapnya walau sehari dua.
TIADA PILIHAN, Arif cuba mendapatkan calon isteri untuk Izzul. Imbuhan juga diberikan sebanyak RM500,000 sebagai cagaran sekiranya gadis itu berkahwin dengan alongnya. Alya Adriana yang ketika itu terdesak kerana hutang keluarga dengan ALONG memaksa Alya untuk menawarkan diri.
Mampukah Alya memanipulasikan pemikiran Izzul yang terlampau mengejar kesempurnaan itu? Dapatkah dia bertahan dengan sikap Izzul sekiranya dialah calon yang terakhir?
Okay jalan cerita masih about kahwin paksa. Tapi ni memang terpaksa sebab watak utama nye , Alya Adriana terdesak nak duit nak bayar hutang bapak tiri dia dekat along. So bila ade yang offer nak bagi RM500k dia pun x lepaskan peluang lah sebab kalau x bayar along kacau hidup dia sekeluarga. So Alya ni kena kahwin dengan Izzul Islam yang sangat kerek n kononnye perfectionist. Sebabnye dia frust menonggeng bila awek yang dia sayang tinggalkan dia.Fuhh ade ehh lelaki yang frust bile kena tinggal dengan awek. Hahahaa.
So dipendekkan cerita , Alya pun selamat kahwin dgn Izzul. So biasa lah bila kena kahwin paksa , mula-mula tak suka. hehehe. Izzul ni pulak memula tujuan dia kahwin dengan Alya sebab nak tuunjuk kat ex dia yang dia boleh lupakan perempuan tu. Ex dia nama Ain. Kebetulan pulak nak dijadikan cerita , muka Alya dgn Ain ni lebih kurang sama je. So Izzul ni actually dia still x dapat lupakan Ain. Biasa lah tu kan.
Tapi si Ain ni macam si Dee dalam Adam&Hawa , bila Izzul dah kahwin n happy dengan Alya , dia mula ah sibuk. Macam-macam dia fitnah si Alya sampai Izzul pun rasa tertipu sebab dia ingat Alya ikhlas nak kahwin dengan dia , tapi rupanya sebab duit. At first memang Alya nak kahwin sebab duit sebab nak bayar hutang ayah titi dia , tapi bila dah kahwin , dia mula sayang Izzul dengan ikhlas. Tapi Izzul lebih percaya fitnah dari isteri dia sendiri. Dipendekkan cerita lagi , Izzul kena tangkap khalwat dengan Ain. Semestinya fitnah si Ain. So bila Alya dengar mau x sakit hati. Alya pun membawa diri ke Penang.
Dipendekkan cerita lagi. Harus lah kena pendekkan. Kalau x , dah jadi macam novel pulak review ni. hehehee. Dorang pun berbaik n dapat anak.
Bagi pandangan aku , setiap novel ade mesej tersendiri walaupun jalan cerita kurang sama je, Mesej yang aku dapat dari novel ni ialah. Nobody is perfect. And kita kena terima kelemahan & kelebihan pasangan kita. Then bila dapat news tu , check dulu betul ke x , sebab orang kalau nak fitnah , macam-macam cara dia ada bagi nak nampak ape yang dia fitnahkan tu nampak real. And then , as a husband , you must show the gud example kat your wife. Such as Izzul. Walaupun dia boleh manage semua urusan syarikat dia , tapi dia kurang dari segi menjadi hamba Allah , selalu tinggal solat. Solat tu kan tiang agama. So nak jadi leader ni not just for a company , tapi untuk isteri dan anak-anak jugak. Hamboii aku ni kemain kan.
Friday, 3 August 2012
Sinopsis Novel Isteri Separuh Masa karya Suri Ryana
*MESTI BELI*
Assalamualaikum . Camana puasa korang hari ni ? ade yang ponteng puasa ke ? dah masuk 2 minggu dah kite berpuasa , takkan nak ponteng kan . 2 minggu je lagi lepas tu raya . hehe
Okay first sekali nak mintak maaf sesangat sebab x menepati janji . ye lah kate nak ulas NOVEL-NOVEL KAT SINI . Sorry lah ye bukan nak mungkir janji , tapi aku nak review novel-novel yang baru dulu sebab takde lah korang boring kan asyik baca ulasan novel-novel lama je . InsyaAllah nanti ade jugak aku ulas novel-novel tersebut. Dan , terima kasih kerana sabar menunggu ye . Hanya Allah SWT yang boleh balas jasa baik korang.
Okay novel yang nak diulas hari ni ialah Isteri Separuh Masa karya kak Suri Ryana . NI BLOG KAK SURI . Okay novel ni memang best giler . Actually semua novel pun best sebab kalau tak best takkan kite beli kan . HEHEHE. Okay ni novel ke2 kak suri yang aku beli lepas M.A.I.D . Jalan cerita lebih kurang sama. Okay bagi taknak buang masa , ni serba sedikit sinopsis novel ni
Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca mama dan papanya tidak menerima kekasihnya, Zita sebagai menantu. Dia seterusnya mengisytiharkan ‘perang’ dengan adik angkatnya itu. Mereka ibarat Israel dan Palestin, tidak pernah berdamai walaupun bertahun sudah berlalu. Hubungan mereka menjadi semakin rumit apabila nenek berkeras ingin menjodohkan mereka berdua sebelum Nazrin Shah menyambung pelajarannya di luar negara.
Dapatkah anjing dan kucing hidup bersama? Bagaimana pula dengan pelajaran? Dapatkah Medina Izwani membahagikan tugas sebagai seorang pelajar dan seorang isteri dengan sebaiknya? Impiannya untuk menyambung pelajaran bersama Megat Shazril ke Ireland terpaksa dilupakan demi menyempurnakan hasrat nenek.
Sepanjang berada di luar negara, Nazrin Shah tidak pernah mengambil tahu mengenai Medina Izwani. Rasa benci terhadap gadis itu tidak juga surut-surut. Dia hanya berpurapura melayan Medina Izwani dengan baik di hadapan keluarganya sahaja. Berlainan pula halnya dengan Medina Izwani. Sudah puas dia menghambat rasa cinta buat suaminya itu, tetapi masih juga gagal.
Bertahun berlalu dan kini Medina Izwani bergelar seorang mahasiswi. Hidupnya menjadi huru-hara apabila Nazrin Shah mengambil alih kelas tutorial untuk salah satu subjek yang diambilnya. Hati pula semakin tidak menentu apabila terpaksa tinggal sebumbung dengan lelaki itu garagara nenek yang ingin menetap bersama mereka.
Apakah penghujungnya kisah mereka nanti?
Demi cinta yang dianugerahkan Allah, Medina Izwani rela menjadi isteri kepada lelaki itu, walaupun hanya isteri separuh masa... walaupun hanya dilayan sebagai isteri di hadapan ahli keluarganya sahaja.
Tetapi, sampai bila dia dapat bertahan dengan sikap Nazrin Shah yang langsung tidak menghargainya? Adakah dia akan berpaling dan menyahut salam perkenalan daripada Zafril?
Kehadiran bunga-bunga orkid misteri berserta kad mengingatkannya kepada Megat Shazril. Medina Izwani semakin bercelaru. Teringat kembali janji lelaki itu yang sanggup melakukan apa sahaja demi memilikinya. Apakah ada ruang dan peluang untuk Medina Izwani dan Nazrin Shah menyulam cinta dan hidup bahagia hingga akhirnya?
Okay walaupun jalan cerita lebih kurang sama , tapi ketebalan page dia tak sama ye . HEHEHEHE. Okay aku baru selesai habiskan novel ni semalam . Macam biasa dalam novel , mesti kena kahwin paksa . Walaupun jalan cerita semua macam lebih kurang sama , tapi olahan nye lain mengikut penulis. Setiap penulis ade kelebihan masing2.
Novel ni bagi aku best sebab biasanya kalau dalam novel kalau kena kahwin paksa ni mula2 memang ah menyampah je dengan pasangan kite tu , tapi kalau dah nama duduk satu bumbung , mesti lah akan timbul perasaan suka / jatuh cinta kan. Macam tu jugak dengan Nazrin Shah & Medina Izwani. Walaupun Nazrin Shah ni sangat annoying , dia still sayang kat Nazrin Shah . Biasa lah kite wanita , hati lembut macam kapas. MUAHAHHAHA.
Okay Nazrin Shah ni benkek giler dengan Medina ni sebabnya Medina ni cerita kat parents dia sape sebenarnya gf si Nazrin ni , iaitu Zita. So member bengang lah kan . Ohh lupa nak bagi tau , Medina ni anak angkat kpd parents Nazrin Shah ni , iaitu Datin Aliyah & Dato Abdullah . Tapi dorang ni awesome giler kot sebab tak bezakan pun kasih sayang between Medina & Nazrin Shah. Nenek Nazrin ni pun sayang giler kat Medina.
Dipendekkan cerita , nenek dorang suruh dorang ni kahwin . WHAT???!!! kahwin ? waduh mane ade orang nak kahwin dengan orang yang dia tak suka kan . Cari pasal je tau nenek ni . HHAHAH. Sebabkan taknak kecewakan nenek , lagi2 Medina ni rasa macam tak best pulak nak kecikkan hati nenek & mama & papa , so dengan ter-paksa rela , dia pun setuju. Begitu jugak dgn Nazrin Shah. Sila bayangkan ye bile kite kahwin dengan orang yang kite tak suka. Masa baca novel ni aku terbayangkan adekah aku sesabar Medina yang hari2 hanya kata2 yang pedas macam cili padi yang Nazrin Shah cakap dengan dia. Ohh ya watak Medina yang sabar ni macam Aleya sikit dalam novel Andai Itu Takdirnya. Korang bayangkan lagi , malam pertama boleh pulak si suami cakap dia still sayang kat ex gf dia & dia akan ceraikan kite . Tak ke kecik hati kite yang wanita ni kan . HEHE.
So dipendekkan cerita lagi , masa kat overseas , Nazrin Shah ni tak pedulikan langsung Medina ni . Yang hado je kan. And then , nak dijadikan cerita , boleh pulak Nazrin Shah ni jadi tutor salah satu subjek kat tempat Medina study. YaAllah memang berperang je lah kan. Lepas tu bile nenek cakap nak tinggal dengan dorang , kelam kabut memasing. Baru lah si Nazrin ni nak layan Medina dengan baik. Dipendekkan cerita lagi , lama giler kot nenek stay dengan dorang sampai lah nenek cakap dia tau actually yang dorang ni nak bercerai.
Dipendekkan cerita lagi sebelum habis menulis , lepas beberapa ketika , baru lah si Nazrin ni tau ape yang Medina cakap pasal Zita betul 200% . Dan sila bayangkan lagi , biler si ego meluahkan perasaan & jadi sangat sweet macam air gula. Aku dah bayangkan , best kalau dapat husband macam ni. Ishhh gatal betul kan. Overall , novel ni menghiburkan walapun ade lah rasa bengang dengan perkataan2 atau ayat2 yang keluar dari mulut Nazrin Shah ni . Paling best untuk novel ni yang aku suka , Dato Abdullah , Datin Aliyah , nenek , kawan2 Medina & kawan Nazrin Shah sangat best , awesome & memang kawan sejati lah. So sila beli ye novel ni , memang best
Okay nak tau lagi kisah selanjutnya , sila dapatkan novel ni ye. Kalau malas nak bersesak-sesak , KLIK KAT SINI JE.
Okay terima kasih sudi singgah & selamat berpuasa :D
Subscribe to:
Posts (Atom)













