Assalamualaikum :)
Okay ni hakak nak bagi teaser novel yang hakak akan review kalau tak esok lusa. Bergantung kepada hakak punya free time ye.
Tadaaaa ni lah novel-novel nya :). Bersabar ye :)
Assalamualaikum . Blog ini adalah sebuah medium untuk anda mengetahui sinopsis novel dipasaran tidak kira penerbit .
jom klik ni untuk menjadi yang pertama untuk mengetahui tentangnya
Showing posts with label Karya Seni. Show all posts
Showing posts with label Karya Seni. Show all posts
Tuesday, 13 January 2015
Friday, 2 January 2015
Sinopsis & Review Novel Suami Edisi Terhad karya Marissa
Assalamualaikum :)
Hokay ni pun antara novel baru dalam koleksi hakak. dibeli masa ekspo buku jugak sebab dapat diskaun kaw kaw .
sama macam LYMA , ni pun novel pertama dari Marissa yang hakak beli. hakak x beli pun novel teduhan kasih . tp drama dia yang syahdu tu hakak tgk lah walaupun x tgk dari awal. and know what, hakak mula2 ingat Marissa ni penulis LYMA and idk kenapa hakak fikir macam tu. hakak agak konpius lah masa tu. and hakak baru tau Marissa dah tulis 3 buah novel , iaitu teduhan kasih, suami edisi terhad & my indo chick.
hokay back to the main purpose. bagi hakak novel suami edisi terhad ni jalan cerita dia agak "lemah gemalai" . ok xtau nak explain macam mana. idk lah pembaca lain, tp hakak macam banyak skip masa baca novel ni sebab jalan cerita kat setiap bab macam meleret2 and repeatedly lah gittew. iaitu azian yuhanis tu macam terlalu takut husband dia berubah hati and cerita pasal tu meleret2 kat setiap bab . ni pandangan hakak lah. orang lain bebas untuk menyuarakan pendapat. pendapat masing2 kan lain . x gitu ?
tp one thing hakak suka dalam novel ni ialah watak hazrul effendi, husband azian yuhanis, dia x mudah percaya dengan kata2 orang lain, lagi2 yang burukkan azian yuhanis even mama dia pun. selalu kan mesti ada husband (dalam novel lah) yang termakan dengan hasutan orang luar yang nak merosakkan hubungan suami isteri kan.
conlusion, korang beli & baca lah novel ni sbb lain orang lain citarasa kan.
assalamualaikum & thank you :)
Sinopsis & Review Miss You Mr Arrogant karya Aliesha Kirana
Assalamualaikum. Jumpa lagi :). Gigih hakak review 3 buah novel sebab lama nau tak update kan. Ni antara novel baru 2015 lah sebab hakak dapat cetakan pertama - januari 2015 punya. walaupun beli kat ekspo buku PWTC 2014. hahahhaha.
ni first novel dari Aliesha Kirana akak beli. even love you mr arrogant pun hakak x beli and drama dia pun on off je hakak tengok. tapi kenapa tah nak beli jugak novel ni walaupun x tau apa2 pasal novel mr arrogant.
dari tajuk pun kita dah tau ni sekuel dari LYMA so dalam bm kesinambungan lah. since hakak x beli pun LYMA , makanya hakak lost beberapa ketika so penyelesaiannya hakak just bayangkan watak2 dalam tu spt zara zya & azlee khairi so sedikit sebanyak dapat catch up leww.
korang dapatkan lah novel ni , lagi2 yang memang dah beli LYMA. x syok ah kalau x baca sambungannya kan . so happy reading :)
overall novel ni best & keep it up Aliesha Kirana :)
Monday, 12 May 2014
I'm back !
Assalamualaikum semua !!!
Apa khabar ? Moga sihat sentiasa dan dirahmati Allah .
Alhamdulillah i'm done with my final year examinations and thesis !. Banyak cabaran & dugaan sepanjang nak siapkan thesis tapi syukur Alhamdulillah Allah permudahkan semuanya.
Alhamdulillah Allah masih panjangkan umur nak review novel lagi .
So iolss akan kembali review novel seperti sebelumnya inshaAllah. Tapi x boleh review selalu sebab tak tau kenapa laptop x boleh connect dengan wifi kat rumah so kena update through hp je. So ambil masa sikit lah .
Okay x nak bebel panjang2. Nak bagi tau novel apa yg akan di-review. Novel2 ni dibeli untuk hilangkan stress seketika masa siapkan thesis. Hehe. Tapi x berkesempatan nak baca sebab sibuk sangat. So kalau korang dah baca novel ni buat2 belum baca lah ye. Hehehehe. Maklum lah org lain dah berapa kali ulang baca kita ni baru habis baca & baru nak review .
1. Arluna karya Rin Ahmad
2. Imam Mudaku Romantik karya Izzah Haneefa
3. Jika Mawar Pudar Warna karya Aulia Iman.
Stay tuneeeeee ye youolsss !!
Monday, 12 August 2013
Sinopsis Novel 13 Jam A380 karya Evelyn Rose
MESTI BELI
Assalamualaikum & selamat hari raya !.
As promised , aku akan review novel 13 Jam A380 karya Evelyn Rose. Ni antara novel ynag aku exited nak beli. Tak tau kenapa. Lepas baca sinopsis novel ni kat FB , esoknya terus cari kat popular walaupun dapat 10% je. Gasak lah kan. Novel ni antara my fav novel. Sama macam novel The Wedding Breaker @ TWB , novel ni sama best dengan TWB.
ni sinopsis belakang novel
13 jam di dalam penerbangan ke London menaiki MAS A380, takdir menemukan HANA SOFEA dan Syed HAYDAR, jejaka idamannya. Mencipta kenangan terindah di langit biru.
Mereka bergelar kekasih kayangan untuk empat jam, menari tango bersama, menjelajah seluruh pesawat bersama, merasai enaknya Caramel Latte bersama... Tap i tatkala MAS A380 mencecah lantai bumi,, segalanya pergi bagai wap di udara.
"Hana, thank you for last night... but i can't have cocaine all the time."- SYED HAYDAR
Melihatkan sendiri kemesraan SYED HAYDAR dan kekasih realitinya, si model jelita membangkitkan HANA SOFEA daripada mimpi indah.
Di kota London, A380 juga akhirnya menerbangkan HANA SOFEA kepada FAWWAZ HUSSAINI, jutawan kacukan Melayu-Inggeris-Arab. Tanpa sebarang sebab, Emmel, anak angkat Fawwaz menyangkakan Hana Sofea sebagai ibunya.
"My daughter likes you. If you're willing to let her call you mommy... i will pay you fifty buck per hour..."-FAWWAZ HUSSAINI
"Dapat hadiah tak?" -HANA SOFEA
"A pink Audi TT, is that okay?"-FAWWAZ HUSSAINI
"Saya nak Audi TT yang latest version aje. yang lain saya tak nak."-HANA SOFEA
Hadirnya HANA SOFEA menghiasi kehidupan mereka sekeluarga bagaikan indahnya bunga popi mekar, munculnya sang jutawan bermata ambar yang kuat pegangan agamanya itu dalam hidup Hana Sofea pula bagai menyedarkan HANA SOFEA tentang kasih sayang Tuhan. Dan saat semuanya bagaikan baru bermula, SYED HAYDAR datang menuntut sebuah cinta...
“Saya rindu awak, Hana… Jangan cakap awak dah kahwin dan budak ni anak tiri awak, Hana.” – SYED HAYDAR
Adakah mimpi akan kekal sebagai mimpi setelah waktu berlalu dan hari berganti?
Aku suka cara sis Evelyn Rose garap novel ni. Tak boring pun. Novel ni pasal Hana Sofea yang minta sangat kat jutawan nama Haydar. Haydar ni kira jutawan muda lah. So dia selalu berangan nak jumpa and kahwin dengan Haydar. Sanmpai lah satu masa tu mas otw nak ke London , dia naik flight A380 dan kalau dah jodoh kan , dia pun jumpa Haydar. Masa tu ofkos lah macam tak percaya kan sebab kalau aku pun kalau minat kat someone tu , nak pulak terjumpa kat dalam flight , mau tak terkezut kan. So ade lah a few incident yang buat Hana fall in love sangat dengan Haydar. Dorang ada buat something yang korang patut baca sendiri. Baru lah saspen kan. HEHEHHEHE.
So lepas 13 jam dengan si Haydar , Hana pun sampai kat London. So masa sampai kat London , dia jumpa dengan sorang nenek yang masa tu berebut seat dengan dia masa dalam flight. Nenek tu dengan cucu dia si Fido. So dipendekkan cerita , nenek ni ajak si Hana pergi rumah dia untuk minum2. So bila sampai sana , jumpa dengan cucu nenek sorang lagi , Fawwaz. Fawwaz ni pulak ade anak angkat nama Emmel yang sangat comel and dia anggap Hana as mak dia. So Fawwaz pun offer Hana untuk jadi mak ekspress untuk Emmel. At first Hana macam ragu2 je sebab terkejut. Tapi lama2 dia setuju and tinggal dekat2 dengan rumah Fawwaz. Fyi , Fawwaz ni digambarkan sebagai lelaki yang sangat kaya. Kaya dari jutawan kot sebab bayangkan lah dia ada hotel and harta yang banyak kat London tu. Shopping complex lagi.
At that time , Hana still thinking of Haydar. Tapi ada masa tu dia pergi airport ingat nak jumpa Haydar , tapi ternampak pulak Haydar dengan awek dia yang model tu. So Hana pun agak frust lah kan. So since that day, dia macam frust sangat dengan Haydar and try lupakan Haydar. And dalam masa yang sama , Fawwaz ni macam suka kat Hana je and Hana pun try untuk terima Fawwaz sebab Fawwaz one of the reason dia berubah ke arah lebih baik. Sebabnya dia rasa macam Fawwaz lagi better dari Haydar untuk jadi seorang suami, Tapi ada satu hari tu , Haydar muncul and nak Hana balik. Macam2 cara lah dia buat untuk dapatkan Hana. Aku pun cair dengan watak Haydar and berangan dapat jodoh macam Haydar walaupun cara Haydar ni dapatkan Hana sangat menyakitkan hati. Ye lah ade ke dia buat video ape yang dia buat dengan Hana masa dalam flight. Bukan lah buat benda tak senonoh. Nak tau buat apa , sila beli dna baca. HEHEHEH. Hana pun bengang lah ape lagi kan sebab masa tu dia dah nak introduce kan Fawwaz kat parents tapi Haydar lagi cepat bertindak dengan jumpa parents Hana , and ambil hari parents Hana. So Fawwaz pun agak kecewa lah bila tengok video / gambar yg dipaparkan. Dia rasa Hana macam tipu dia je.
So sebabkan kejadian tu , ayah Hana suruh Hana kahwin jugak dengan Haydar. Hana taknak sebab dia rasa Haydar macam jahat sangat. Tapi nak taknak dia kahwin jugak dengan Haydar sebab fikirkan bisnes & ayah dia. Fawwaz pun memang betul2 nak break dengan Hana and dah kawin pun. Tapi Haydar still x give up and Hana pun macam2 yg dia plan supaya dia tak kahwin dengan Haydar sebab dia dah jatuh cinta dengan Fawwaz. Tapi demi family , dia kahwin jugak dengan Haydar and dia ada plan something on her malam pertama perkahwinan , tapi failed sebab Haydar dapat jumpa dia jugak.
Oh ye , novel ni kira sambungan watak Adriana Rose , Tengku Adam Kamil , Linda , Samuel dalam novel TWB. Ade kesinambungan lah kiranya.
Aku suka novel no sebab dia banyak cerita pasal tak semua orang kaya tu annoying,then , setiap orang boleh dapat hidayah dari Allah SWT , Allah boleh hantar macam2 cara untuk kita berubah , contohnya dari free hair ke bertudung , dari kurang baik ke arah lebih baik macam watak Hana , Linda and Helena. Then aku suka watak Haydar dari watak Fawwaz walaupun dia agak nakal & kadang2 annoying jugak sebab dia kira berani and bersungguh nak dapatkan someone yang dia suka walaupun cara dia agak menyakitkan hati. Boleh dikatakan dia agak sweet and romantik. HIHIHIHIHI. Senang cerita aku memang suka sangat watak Haydar and kalau boleh nak dapat jodoh macam Haydar tapi nak dia gunakan cara yang elok. EWAHHHH berangan lebih kan. Fawwaz pun okay jugak sebab walaupun dia kaya sangat , handsome , jaga batas dengan perempuan , tapi 1 je aku tak suka pasal watak dia , iaitu , dia terlalu cepat percaya khabar angin. Especially pasal Hana.
So aku rekomen korang beli lah novel ni sebab tak syok lah kan nak cerita semua kat sini and it's worth our money. Banyak juga mesej pasal kehidupan , agama , relationship and etc.
Tuesday, 6 August 2013
Teaser
Assalamualaikum :)
Ni teaser novel yang akan di-review nanti. InsyaAllah bergantung masa. Mesti korang dah beli and dah khatam dah novel2 ni kan. Aku je yang tertinggal bas. Baru nak beli. Maklum lah student. Nak beli novel kena simpan duit dulu. Alhamdulillah berjaya beli novel2 ni dengan member price :)
Walaupun korang dah beli & baca kedua novel ni , korang kena baca jugak review kat blog ni. HAHAHHAA
Ni teaser novel yang akan di-review nanti. InsyaAllah bergantung masa. Mesti korang dah beli and dah khatam dah novel2 ni kan. Aku je yang tertinggal bas. Baru nak beli. Maklum lah student. Nak beli novel kena simpan duit dulu. Alhamdulillah berjaya beli novel2 ni dengan member price :)
Walaupun korang dah beli & baca kedua novel ni , korang kena baca jugak review kat blog ni. HAHAHHAA
13 Jam A380 by Evelyn Rose
Pengantin Ekspress by Pitteriah Abdullah
Saturday, 25 May 2013
Sinopsis Novel Jodoh Itu Milik Kita karya Sara Aisha
Assalamualaikum dear reader & visitor !
Hari ni nak review pasal novel Jodoh Itu Milik Kita. FYI , ni bukan novel baru ye. Novel ni aku beli last year. Sama dengan aku beli novel Sebenarnya Saya Isteri Dia. Tah ape2 lah kan nak review novel lama. Actually there's a reason kenapa nak review novel ni. Sebabnya novel ni akan diadaptasi ke drama tak lama lagi !!!. So far yang aku tau akan ditayangkan kat ASTRO MUSTIKA HD. Okay , aku akan buat entry pasal drama ni kat entri lain eh.
Sinopsis belakang novel :
“Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali…”
SIAPA sangka itulah yang tersurat buat Dahlia dan Aariz Danial. Ikatan suci yang tercipta antara mereka bukanlah kerana cinta yang menggebu dalam hati, mahupun kasih yang membara. Tetapi kerana sikap mementingkan diri seorang manusia bernama Syafiq.
“Janganlah suka sangat kacau saya, Aariz. Tak larat saya nak layan perangai awak tu, tau. Nakalnya, ya ampun!!” – Dahlia
“Okeylah, okeylah. Just kidding. Dahlia Darius bukan isteri baru yang saya beli. She’s a gift. Hadiah paling istimewa yang dihadiahkan Allah untuk saya. Puas hati?” - Aariz Danial
“Aku takkan biarkan kau bahagia, Aariz Danial! Kebahagian yang bernama Dahlia itu… akan aku rampas sekejam mungkin!” – Syafiq
Tatkala persoalan demi persoalan mula timbul di sebalik tulusnya seorang lelaki bernama Aariz Danial, mampukah Dahlia terus teguh berdiri mempertahankan cinta buat suami sendiri? Atau mungkinkah mahligai bahagia mereka rebah menyembah bumi sebelum ianya sempat bermula? Apakah akhirnya Syafiq yang akan tersenyum puas tatkala melihat kehancuran seorang lelaki yang paling dibenci… iaitu abangnya sendiri?
So basically novel ni lain sikit dari novel sedia ada. Perbezaan nye ialah , kalau novel yang biasa kita biasa baca , mostly about kahwin muda , lelaki muda kena kahwin dengan perempuan berumur sikit , tapi novel ni lain sikit. Walaupun jalan cerita lebih kurang sama je kena kahwin paksa. Tapi setiap novel ada garapan yang berbeza.
As for this novel , Aariz Danial ni kena kahwin dengan Dahlia sebab adik dia si Syafiq yang hado tu. Ade ke waktu nak kahwin tu dia boleh hantar surat je kat Dahlia yang dia x boleh teruskan perkahwinan dia dnegan Dahlia. Semua orang bengang ah kan. Especially Dahlia. Ye ah malu beb!. So sebab nak jaga maruah both sides , Aariz pun setuju nak kahwin dengan Dahlia sebab fikirkan mak dia yang tengah sakit. So dalam terpaksa rela , Dahlia pun setuju nak kahwin.
Biasa lah mula2 kahwin tu , susah nak sesuaikan diri ( pakwe pun takde nak cerita macam ada pengalaman. HAHAHAHA). Tapi dorang ni takde ah gaduh besar sangat masa mula2 kahwin tu. Biasa lah emosional sikit2 tu kan. Tapi lama2 both dapat sesuaikan diri masing-masing. Biasalah bila dah happy , mesti ada dugaan & manusia2 yang nak rosakkan hubungan orang. Manusia tu x lain , si Syafiq yang bengong tu. Dia tinggal kan Dahlia sebab sibuk nak kejar ex dia kat Wellington. Tapi Alya tu taknak pun kat Syafiq sebab dia ni hot tempered ah kononnye. Memang keje dia kat sana menyusahkan si Alya tu sampai lah ade hari tu Alya ni bash si Syafiq sampai Syafiq tu bengang giler then dia dah mula sedar yang dia buat keje bodoh je kejar si Alya.
So lepas dah bengang tu , dia pun balik Malaysia and terkezut giler bila tau Dahlia kahwin dengan Aariz. Si Syafiq ni memang tak ngam dengan Aariz sebab Aariz ni digambarkan hebat dalam segala benda , so dia bengang ah. So dia pun buat ah macam2 untuk Dahlia benci kat Aariz. Syafiq guna kan rahsia silam Aariz untuk nak buat Dahlia benci Aariz. Aariz plak sebab rendah diri , dia macam lost jugak ah and gaduh dengan Dahlia. Sebenar takde ape sangat , tapi sebab rasa rendah diri kat Dahlia , dia serabut. Tapi sebab ade nye si Syafiq , keadaan makin kelam kabut & serabut
Banyak gak persoalan & konflik dalam novel ni. Tapi semua terungkai dengan baik bagi aku. Mesej yang aku dapat dalam novel ni ialah pasal friendship. Friendship between Dahlia dengan 2 orang kawan dia , Teja Redza yang sentiasa ada bila Dahlia perlu kan dorang. Itu lah gunanya kawan kan? Ada masa susah senang kita.
Macam biasa , nak tau lebih lanjut , boleh lah beli novel ni. Aku tengok kat popular dah jual balik novel ni.So bagi yang belum beli & interested nak baca , boleh lah dapatkan novel ni kat popular atau kedai2 buku yang berhampiran. Takpun kalau malas beli online je KAT SINI.
Friday, 19 April 2013
Fenomena Drama Adaptasi Novel Sebenarnya Saya Isteri Dia ! Karya Zura Asyfar
Assalamualaikum uolsss . YaAllah terharu sangat semakin ramai visitor blog ni. Syukur YaAllah dan tq kak Zura sebab hasilkan novel yang best & thanks to director , producer , pelakon2 untuk drama Sebenarnya Saya Isteri Dia! kat tv3. Sebabnye , dengan adanya drama ni blog picisan ni dah ramai visitor. Bagi yang belum baca review aku pasal novel yang best ni boleh KLIK LINK NI
Best kan drama ni ? . Novel pun dah best apetah lagi drama nye. Para pelakon pun Alhamdulillah sangat sesuai dengan watak masing-masing walaupun pada mulanya kak zura & aku sendiri nak Hairul Azreen yang pegang watak Firash. Tapi Izzue pun berlakon not bad rupanya . Tiz zaqyah pun pandai bawak watak as Syaf. So far aku memang tak miss lagi drama ni sebab ye lah kite dah baca novel nye yang tebal tu takkan nak miss tengok drama nye kan? .
Tapi rasa macam tak cukup je kan 13 episod. Takpe lah nak buat macam mane. Kalau nak berangan lebih2 , dapatkan lah novel nye. Hehehe.
Sunday, 6 January 2013
Sinopsis Novel Awak Suka Saya Tak? karya Melur Jelita
Assalamualaikum !
Novel yang aku nak review hari ni agak dah ketinggalan. Aku tau. Hahaha. Maklum ah busy weii. Hari jumaat baru aku start baca sebab takde nak buat ape. Tu pun ambik masa 3 hari nak habiskan. Tebal giler pages dia. 1056 muka surat tau. Ketebalan dia lebih kurang dengan novel Bukan Puteri Lindungan Bulan. Macam biasa ni aku bagi sinopsis dulu
Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea - American - Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.
Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.
Hilmanku…sifuku…kekasihku…Kembalilah…
" Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini…" Hilman Yong
" Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja." Damien Yong
" Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya." Intan Zulaikha
Sinopsis pun dah agak panjang , apetah lagi jalan ceritanya kan. Aku suka novel ni sebab novel ni antara novel yang cerita pasal anak orang kaya yang humble giler. Both kaya. Hilman & Intan Zulaikha , tapi dorang maintain humble je walau mak ayah kaya raya. Tak macam dunia realiti yang anak-anak orang kaya selalu bajet je dengan kekayaan mak ayah dorang kan. Tak sedar padahal tu semua pemberian Allah.
Lagi satu aku suka sebab macam mane Hilman Yong jaga adab dia sebagai lelaki. Dia tak pernah pun sentuh Intan Zulaikha padahal boleh je dia nak sentuh2 sebab dia always with Intan Zulaikha. Tapi dia sentiasa ingat Allah . Paling aku suka dia letakkan cinta Kepada Allah SWT & Nabi Muhammad SAW dulu baru cinta dia kat Intan Zulaikha. So walaupun dia muallaf , tapi boleh kata ilmu dia tinggi jugak lah sebab dia belajar tentang Islam dengan orang yang hebat jugak.
So sedikit sebanyak sikap Hilman Yong ni buat Intan Zulaikha terpikat ah. FYI , Intan Zulaikha ni ego yang amat. Walaupun dia x berlagak , tapi dia suka ikut kepala dia je. Ape dia nak cakap dia main cakap je. Sampai lah ade satu wkatu tu , dia main sembur je kat Hilman Yong & sebabkan ego yang tinggi dia taknak mintak maaf pun. So Hilman pun bengang ah kan, So ade satu incident bile Hilman accident & lupa ingatan. So masa tu Intan Zulaikha menyesal sangat2 dengan mulut dia yang boleh tahan berapi tu.
Kalau dalam novel AdamdanHawa Am tunggu Ain 8 tahun , dalam novel ni 11 tahun hokay. Apesal sampai 11 tahun , kena ah baca novel ni kan.
Untuk novel ni aku spoil kan sikit ah cerita ending nye sebab aku suka ending novel ni. Iaitu bila first time Hilman pegang tangan Intan Zulaikha lepas acara batal air sembahyang. Aku rasa ni momen paling indah sebab before ni dorang x pernah bersentuhan pun. So bayangkan bile suami kita orang first yang pegang tangan kita. Jugak , momen bile Hilman pertama kali bukak tudung Intan Zulaikha . Ni pun aku suka sebab suami kita orang first yang bukak tudung kita & tengok rambut kita buat pertama kalinya. YaAllah best nye !!!. Tu lah indahnya bila semua pasal diri kita suami kite dapat tengok dulu. Bukan bf yang belum tentu nak jadi suami kita. See , bila kita ikut ape yang Allah suruh , kita akan dapat rasa kemanisan bila dah bergelar suami isteri. Ehh aku cakap macam pandai sangat je. HAHAHAHAA.
Bagi aku novel ni antara novel yang terbaik aku pernah baca sebab jalan cerita dia sangat best !. Penulisnya , kak Melur Jelita banyak selitkan pasal kebesaran & kekuasaan Allah SWT. Cerita pasal nikmat yang Allah SWT beri kepada hambaNYA. So kita as a pembaca dapat manfaat nye. Kuasa Allah melebihi segalanya. Kalau Allah nak benda tu jadi , jadi lah. Nikmat Allah memang tak terhitung.
Biasanya orang x minat baca novel akan cakap. Dalam novel wujud lah cerita macam ni. Yes true , tapi insyaAllah dengan izin Allah SWT kita pun akan dapat jodoh macam ni.
Biasanya orang x minat baca novel akan cakap. Dalam novel wujud lah cerita macam ni. Yes true , tapi insyaAllah dengan izin Allah SWT kita pun akan dapat jodoh macam ni.
Ohh ye. Bile baca novel ni terbayang ni muka Hilman Yong since dia mix American - chines - korea.
Ni pelakon femes kat korea. Dia pun mix blood america -korea.
Ni pulak fav song Hilman & Intan Zulaikha :)
Okay assalamualaikum :)
Sunday, 23 December 2012
Sinopsis Novel Perempuan Lindungan Kaabah karya Hana Ilhami
Assalamualaikum semua!. Okay seperti yg dijanjikan , hari ni aku nak buat review pasal novel Perempuan Lindungan Kaabah karya Hana Ilhami. Okay untuk starting , ni sinopsis untuk novel ni
PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH. Itulah gelaran yang diberikan oleh orang di sekelilingnya kepada Hanan disebabkan sikapnya yang sempurna sebagai seorang Muslimah yang solehah.
Kehadiran lelaki yang mendambakannya menjadi seorang isteri telah menyebabkan hati Hanan keliru untuk memilih di antara jasa dan rasa...
“Hanan, selama ini saya mengetahui Islam dengan lebih mendalam dari awak. Itupun melalui e-mel atau telefon. Setiap kali saya nak ajak awak keluar, awak selalu menolak. Awak tak sudi ke keluar dengan saya?”- Alex
“Hanan! Akan aku pendamkan sahaja cinta ini di dalam lubuk hatiku…”- Amir
“Mummy nak Reez kahwin dengan ustazah? Tiap-tiap hari dengan bertudung litupnya, sampaikan dalam rumah ni pun bertudung. Kalau Reez ajak dia pergi club atau karaoke ke, mummy rasa dia nak pergi tak?” - Fareez
Demi membalas budi, Hanan berkorban atas maksud dakwah. Hanan akhirnya memilih lelaki yang tak pernah difikirkan akan menjadi pasangan hidupnya. Tapi dengan sikap lelaki itu yang sering sahaja mengabaikan perintah Tuhan serta kehadiran Sally sebagai teman wanita telah menguji bahtera yang dibina.
“Aku tak seksi... Dengan imej jubah dan tudung labuh ini terlalu janggal rasanya untuk aku berada dalam dunia Abang Fareez. Pasti aku ini bukan pilihannya, malah aku sendiri pun tidak pernah bermimpi untuk hidup bersamanya.” - Hanan
Demi mendapat reda Ilahi, Hanan cuba bertahan dan memenangi hati lelaki bergelar suami. Tapi... perlukah Hanan mengorbankan prinsip-prinsip hidupnya demi kebahagiaan yang dia sendiri tidak pasti? Di antara cinta kepada suami dan cinta kepada Ilahi, yang manakah harus diutamakan?
amacam best x sinopsis novel ni? . jalan cerita novel ni sama je macam novel-novel lain bila kena kahwin paksa. memula benci , tak suka , menyampah tapi ending mesti happy. kenapa aku cakap jalan cerita sama dengan novel-novel lain sebab biasa lah bila lelaki / perempuan kena kahwin paksa , mesti before tu dorang dah ade gf / bf . so dalam novel ni , hero nye , Fareez , anak orang kaya and seorang arkitek and ade awek nama Sally yg bekerja as his secretary. so biasa lah dalam novel kan , bile dah couple dgn watak utama , lagi2 kalau lelaki tu anak orang kaya , mesti yg perempuan tu gedik yang amat!. Fareez ni pulak pakej lah , handsome , kaya , arkitek , kaki minum , kaki clubbing & macam2 lagi lah. so mak dia , Datin Zaleha , dah pening nak pikir ape nak buat dengan anak tunggal dia. so dia pun buat keputusan kahwinkan anak dia dengan Hanan . Hanan ni digambarkan seorang wanita yang cukup serba serbi as a Muslimah . Tapi si Fareez ni x suka pun biasa ah mane same kan life dia dengan life Hanan.
so bile Fareez dah kena kahwin dengan Hanan , Sally bengang ah sebab dia rasa x puas hati , perempuan macam Hanan boleh kalahkan dia dengan dapat kahwin dengan Fareez. So mcm watak Isabella dalam novel Kau Yang Satu , dia pun fitnah lah kata dia mengandung anak Fareez .
in the end , dia yang malu sendiri bila dah kantoi .
kesimpulannya , novel ni memang best lah sebab watak Hanan , banyak ikut sunnah & cara yang Rasulullah SAW amalkan. tapi aku rasa novel ni lagi best kalau tajuknya Wanita Lindungan Kaabah sebab nya , gelaran wanita kan lebih tinggi & mulia dari gelaran perempuan. Mak kita pun kita panggil wanita , bukan perempuan. ni pada pandangan aku lah. lepas tu Hanan ni sangat menjaga peranan dia as a wife . oh ye aku x ulas watak Alex & Amir sebab ni watak pembantu je and nak tau pasal watak dua orang ni sila lah baca novel ni. hihi :). Dan paling best macam dalam novel SSiD , mak mentua Hanan , Datin Zaleha sangat baik hokay mcm Datin Farizah. So masa baca novel ni aku pun verangan x hengat lah langkah indah kalau aku dapat mak mentua baik macam Datin Zaleha & Datin Farizah . hahahhaa
pada aku berbaloi jugak lah beli novel ni yg berharga rm28 dan mengandungi 846 muka surat
klik website ni kalau malas nak beli kat kedai
Monday, 3 December 2012
Sinopsis Novel Perempuan Lindungan Kaabah karya Hana Ilhami
Assalamualaikum semua . YaAllah lamanya blog ni terbiar tanpa ada update!!. Maaf sangat2. Personal blog pun x sempat nak update. Sorry lah ye bz sangat dengan segala bagai esaimen , class n all. Lagipun kat rumah sewa memang x bawak laptop so susah nak update. Okay sebagai ganti , nanti iolss akan review novel yang best2 ye. Untuk novel seterusnya yang na di-review ialah novel Perempuan Lindungan Kaabah karya Hana Ilhami terbita KaryaSeni. Mungkin ada yang dah baca novel ni. Tapi tak kisah lah nak buat review jugak sebab masing-masing ade pandangan sendiri kan tentang sesuatu novel . InsyaAllah akan update bila ada gap final exam nanti takpun lepas habis final exam ye.
Ni sinopsis nye. Korang baca sinopsis dulu lah ye :)
PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH. Itulah gelaran yang diberikan oleh orang di sekelilingnya kepada Hanan disebabkan sikapnya yang sempurna sebagai seorang Muslimah yang solehah.
Kehadiran lelaki yang mendambakannya menjadi seorang isteri telah menyebabkan hati Hanan keliru untuk memilih di antara jasa dan rasa...
“Hanan, selama ini saya mengetahui Islam dengan lebih mendalam dari awak. Itupun melalui e-mel atau telefon. Setiap kali saya nak ajak awak keluar, awak selalu menolak. Awak tak sudi ke keluar dengan saya?”- Alex
“Hanan! Akan aku pendamkan sahaja cinta ini di dalam lubuk hatiku…”- Amir
“Mummy nak Reez kahwin dengan ustazah? Tiap-tiap hari dengan bertudung litupnya, sampaikan dalam rumah ni pun bertudung. Kalau Reez ajak dia pergi club atau karaoke ke, mummy rasa dia nak pergi tak?” - Fareez
Demi membalas budi, Hanan berkorban atas maksud dakwah. Hanan akhirnya memilih lelaki yang tak pernah difikirkan akan menjadi pasangan hidupnya. Tapi dengan sikap lelaki itu yang sering sahaja mengabaikan perintah Tuhan serta kehadiran Sally sebagai teman wanita telah menguji bahtera yang dibina.
“Aku tak seksi... Dengan imej jubah dan tudung labuh ini terlalu janggal rasanya untuk aku berada dalam dunia Abang Fareez. Pasti aku ini bukan pilihannya, malah aku sendiri pun tidak pernah bermimpi untuk hidup bersamanya.” - Hanan
Demi mendapat reda Ilahi, Hanan cuba bertahan dan memenangi hati lelaki bergelar suami. Tapi... perlukah Hanan mengorbankan prinsip-prinsip hidupnya demi kebahagiaan yang dia sendiri tidak pasti? Di antara cinta kepada suami dan cinta kepada Ilahi, yang manakah harus diutamakan?
Monday, 30 July 2012
Sinopsis Novel Kahwin Ganti karya Aifa Batrisya
Assalamualaikum semua
* MESTI BELI ! *
Sebelum mula nak ulas novel kahwin ganti karya Aifa Batrisya ni nak mintak maap bebanyak lah sebab ulas novel ni dulu , and sorry termungkir janji , ye lah kata nak ulas novel-novel kat sini . Hee , tapi don't worry okay akan ade ulasan untuk novel2 tersebut seperti yang dijanjikan. Aku sangat eksaited nak ulas pasal novel kahwin ganti ni sebab novel ni best giler okay. Actually agak lama lah aku dah beli novel ni , iaitu masa mula cuti sem , tapi pagi tadi lepas sahur baru ade free time nak baca novel ni.
Ok ni sinopsis mengikut belakang novel
Luqman Hakim
Perempuan yang bertudung semuanya sama! Nampak baik, tapi hati busuk! Cinta konon! Ada apa dengan cinta? Dah bercinta, nak kena setia. Punyalah setia, kena tinggal juga! Jadi seperti dia juga senang. Tempoh untuk berkawan dengan perempuan, hanya satu bulan. Cukup masa, tukar yang lain. Muda lagi kut! Enjoy la!
Nuqman Hakim
Bertunang, banyak dugaannya. Ramai yang tunang dengan dengan orang lain, tapi nikah dengan orang lain. Nikah terus lagi senang. Lepas ni, boleh fokus pada belajar. Bukan macam mamat seorang tu, sibuk ke hulu dan ke hilir heret perempuan yang bukan muhrim. Macam manalah ilmu nak berkat kalau dok sibuk buat perkara tak senonoh!
Mya Zara
Bila berdua dengan lelaki itu, bayangan Nuqman selalu saja nampak pada dirinya biarpun perangai mereka ternyata berbeza. Tapi, bila wajah itu tiada di hadapannya rindu pula mula menghimpit diri. Dia sendiri tak pasti sama ada itu adalah cinta atau sekadar kerana taat setia pada yang sah memilikinya.
“Awak suka saya tak?” – Mya Zara
“Aku… aku suka Dibo!” – Luqman Hakim
Takdir Allah telah menentukan jodoh di antara Luqman Hakim, pelajar tahun akhir Kejuruteraan Kimia yang kasanova, dengan Mya Zara tutor mudanya yang juga bakal kakak iparnya tatkala Nuqman Hakim menghilang secara tiba-tiba.
“Sebab dia adiklah, abang akan buat macam tu. Abang akan paksa dia ceraikan Zara dan pulangkan semula Zara pada abang. Tak selamanya dia boleh rampas semua hak abang. Kali ini, abang akan bertegas. Sama ada dia suka atau tidak, Zara mesti jadi hak abang!” – Nuqman Hakim
Mampukah istana yang dibina atas dasar gantian bertahan hingga ke akhirnya? Berjayakah Mya Zara mengubah persepsi Luqman tentang perempuan dan cinta?
Hasil pembacaan aku , novel ni punya jalan cerita ade sikit persamaan dengan novel Sebenarnya Saya Isteri Dia! . Bagi yang x baca lagi ulasan untuk novel Sebenarnya Saya Isteri Dia! , boleh KLIK KAT SINI .
Okay mesti ade yang tertanya-tanya ape persamaan novel ni dgn Sebenarnya Saya Isteri Dia! , persamaan nye ialah lelaki @ hero yang kene kahwin dengan heroin nye adalah muda 2 tahun dari heroin nye , iaitu hero nya 23 tahun & heroin nye 25 tahun , lepas tu , hero nye kena kahwin dengan ex gf abang dia. Seperti yang ade kat belakang novel ni nama heroin untuk novel ni ialah Mya Zara , sedap kan nama & heroin nye Luqman Hakim & Nuqman Hakim yang FYI , Luqman Hakim & Nuqman Hakim ni twins!! . Persamaan lain pulak mak mentua dalam novel ni sama macam watak Datin Fariza dlm novel Sebenarnya Saya Isteri Dia! .
Walaupun dorang ni twins , tapi perangai lain2 . Sorang kasar , sorang macam mat belia @ skema sikit. Sorang tu macam anti perenpuan / playboy sebab kecewa dengan cinta , sorang lagi ok2 je .Okay taknak ulas panjang , tapi InsyaAllah padat . HEHHEHE
Okay macam mane Mya Zara ni boleh kahwin dgn Luqman Hakim sedangkan dia bercinta dengan Nuqman Hakim??. Jawapannya sebab masa hari pernikahan dorang , Nuqman Hakim ni menghilangkan diri , so sebab nak jaga maruah keluarga kedua belah pihak , so kakak si kembar tu , Nuha pun membuat keputusan untuk menyuruh Luqman Hakim gantikan tempat Nuqman Hakim. Wahhh giler ko nak kahwin dengan orang yang kite tak kenal langsung ? dah tu ex gf abg sendiri , dah tu lagi , tak pernah ngam dengan abg tu , memanh berperang je lah kan.
Tapi lepas dipujuk & fikirkan maruah keluarga & sayang kan ummi & abah dia , Luqman Hakim pun setuju dengan hati yang bengkek lah semestinya kan. Tapi Mya Zara ni tak tau pun yang dah jadi suami dia tu adik kembar Nuqman sampai lah bila Luqman sendiri bagi tau yang diri dia tu bukan Nuqman , and semestinya bukan senang nak terima kalau kite kat tempat Mya Zara kan.
So bile dah kene kahwin paksa ni , muda pulak lagi , memang tak sah kalau tak bergaduh. Dipendekkan cerita , Mya Zara ni tutor pulak kat tempat Luqman Hakim study , iaitu UTM . Nak jadikan cerita , ramai pulak yang berkenan dengan Mya Zara ni sebabnya dia dibayangkan iras Heliza AF. Tapu Luqman ni hati kering lagi and dia buat dek je biler kawan2 dia nak mengurat Mya Zara sampai laha de satu insiden ni , bile dah kantoi , dia terpaksa lah cakap Mya Zara tu isteri dia and ade satu lagi insiden yang membuatkan semua orang tau sape & ape hubungan Mya Zara dgn Luqman Hakim
Aku ni kalau nak ulas novel boleh jadi novel online , so supaya korang x rasa yang aku ni annoying , better korang beli & baca novel ni . Memang best giler . And kalau korang dah baca Sebenarnya Saya Isteri Dia! , korang memang kena beli & baca novel ni. Banyak lagi cerita yang best dalam novel ni yang membuatkan korang akan bayangkan diri korang as a Mya Zara . HHEEEHEHH.
Korang boleh dapatkan novel ni kat kedai2 buku yang besar atau kalau malas nak keluar rumah @ malas nak pegi bank boleh KLIK KAT SINI JE
Friday, 13 July 2012
Sinopsis novel Sebenarnya Saya Isteri Dia karya Zura Asyfar
* MESTI BELI ! *
Sinopsis belakang novel Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.
Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.
"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.
"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.
Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.
Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.
"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.
"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad
Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.
"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.
"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.
Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?
Okay tertarik x dgn sinopsis novel ni ? Mesti uolsss fikir negative kan mase baca ayat ni
Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua. Okay ianya x seperti yg enkorang sangaka hokay . Syafa Aqira bukan lah perempuan yg jahat begitu juga dgn Farish Adryan . Tapi kena perangkap maut . Hamboiii perangkap maut gitu ye . Biasa lah kan kalau kita bahagia mesti ada ujian yg mendatang . hee kemain ayat mak jemah ye .
Okay sebab masa itu emas , aku straight to the point je lah ye . Dipendekkan cerita Syafa ni kena perangkap dgn pompuan gedik yg nak kat Firash Arshad . Then sebab nak tutup malu , mak Farish Adryan & Firash Arshad , iaitu Datin Farizah suruh Syafa ni kahwin dgn Firash atau lebih femes dgn name acad . Okay utk uolss punya info , Datin Farizah ni sgt ah awesome hokay . Susah nak dapat mak mentua yg baik cam gini . Biasa lah kalau kena kahwin paksa kan mane ada orang normal yang nak . Garapan utk novel ni lain sikit dari novel yg aku baca sebelum2 ni sebab Firash ni kena kahwin paksa , dah ah kahwin paksa , dgn bekas ex abg dia pulak , dah ah x berapa ngam dgn abang dia , hadoiiiyaiii byk betul dugaan utk dak Firash ni , dah tu Syafa ni pulak tua 4 tahun dari dia .Masa tu pulak Firash ni baru 21 tahun . Sebaya dgn gua beb dah kena kahwin . huaaa. So korang imagine lah ye camane Firash ni nak berhadapan dgn kawan2 Uni dia . Tapi dlm masa yang sama walaupun Firash ni agak kerek ade mase nye dia romantik hokay uolsss.
Dipendekkan cerita lagi , dorang ni tetap happy tapi biasa lah ade je pengacau . Benci tau perosak hubungan orang ni. Paling best tu bila salah sorang kwn Firash ni terpikat dkt Syafa . Walapun Syafa ni dah 24 tahun masa tu , dia still awet muda . Gitu lah kan .Tapi as i mentioned earlier , Firash ni jeles tau bila kwn dia tu nak tackle Syafa .
Novel ni memang best sangat2. Rugi kalau x beli. Best sebab kebanyakkan novel banyak cerita pasal kahwin muda je , tapi x banyak nak garap pasal lelaki muda kena kahwin dengan perempuan yang berusia sikit and macam mana dorang handle perkahwinan dorang. So novel ni memang best !!
Novel ni memang best sangat2. Rugi kalau x beli. Best sebab kebanyakkan novel banyak cerita pasal kahwin muda je , tapi x banyak nak garap pasal lelaki muda kena kahwin dengan perempuan yang berusia sikit and macam mana dorang handle perkahwinan dorang. So novel ni memang best !!
Pendekkan cerita at last dorang ni admit jugak yg dorang ni husband and wife .
Kalau nak cerita pasal novel ni memang dah boleh jadi novel online dah sebab novel ni BEST GILER !! . So better korang beli & baca sendiri baru lah feeling2 watak heroin tu mcm diri kita . ahahahahhaha perasan nye . * ape salahnya kan* . Banyak lagi cerita yg menarik pasal novel ni so ape lagi , pegi beli sekarang novel ni sementara ada dalam pasaran . Takpun kalau malas nak bersesak kat Jalan TAR tu beli online je.
Okay Assalamualaikum & terima kasih sebab sudi singgah blog ni :)
Subscribe to:
Posts (Atom)












