jom klik ni untuk menjadi yang pertama untuk mengetahui tentangnya

Saturday 27 February 2016

Review novel

Assalamualaikum & hi :)

Okay, iols dapat beberapa email nak review beberapa novel . InshaaAllah kalau ada masa free , iolss akan review novel permintaan korang.

Lagi satu, kepada penulis2 yang nak novel anda di-review , boleh je . Hehe. Just email ke disebaliknovel.blogspot.com .


Thursday 25 February 2016

Review Novel Bimbo karya Rin Ahmad

Assalamualaikum dunia . Hehehe. Korang sihat ?.


Okay sekarang iolss nak review novel Bimbo yang dah dibeli & dibaca pada Januari tahun 2015. Dah setahun baru nak review !. Bz uolss :). Ni pun baru ada kerajinan nak review sebab novel ni akan di adaptasi soon !!. Exited ke tidak ?!!.

Seperti biasa novel karya kak Rin Ahmad semestinya tidak mengecewakan. So iolss assume ramai yang dah beli and baca novel Bimbo. Ke ada yang belum? Ok kepada yang belum , ni iols nak review ni ha.

So Bimbo ni kisah Elsuraya & Dani Ikram yang bagi iols sangat sweet oka perjalanan cinta dorang. cewah !. tapi betul , iols suka watak Dani , lagi2 watak ni nanti Shaheizy Sam pegang. ko ghase??.

ok ok . Elsuraya ni dia salah berdendam . punya lah lama dia dendam kat Azad , yang kononnya telah langgar parents dia , nak pulak aunty rose mintak dia kahwin dengan Azad. dan dalam masa yang sama Dani dah mula jatuh cinta kat Elsuraya . dalam meeting pun nak sweet2. haha. Elsuraya pula mula2 macam  layan tak layam je Dani ni. ye lah mana nak stress fikir pasal kena kahwin dengan Azad.

tapi Dani jenis tak cepat give up. macam2 dia buat nak dapatkan cinta Elsuraya. bagi washlet lagi. haha. the way dia propose Elsuraya pun kemain tau.

so nak dipendekkan cerita , Elsuraya dah tau siapa sebenarnya yang buat parents dia accident. siapa orangnyan? jeng jeng jeng. hahah ala ok lah iols bagi tau siapa.Dani lah orang nya. so berlaku sedikit masalah lah hubungan Dani-Elsuraya. even adik Dani pun salah faham dengan Elsuraya, Elsuraya pun salah faham dengan Dani. banyak salah faham lah gitu. hehe.

seriously and honestly, Bimbo ni satu lagi karya kak Rin Ahmad yang iolss bagi 10/10 sebab takde watak ketiga yang nak ganggu hubungan dorang. haha. boring kan kalau ada yang nak kacau je. lagi satu best pasal Bimbo, iolss baru tau pasal penyakit Bell Palsy yang Dani hadapi. dan paling best, hadiah Dani bagi kat Elsuraya lepas dorang kahwin. stay in Tanah Suci :'). seperti biasa , cara kak Rin tulis novel , easy to undersatnd. takde ayat yang cheesy melampau atau tak make sense. huhu. semua ayat mudah difahami and seronok nak baca.


kalau korang iols tak tau lah, iolss dah beberapa kali re-read Bimbo ni sebab best and terbayang2 diri ini Elsuraya . hahha. dan berangan nak dapat jodoh macam Dani. hehehe. jangan kecam sis !.


so sama-sama lah kita nantikan drama adaptasi dari novel Bimbo yang akan ditayangkan kat channel astro ria tapi dengan tajuk "Aku Bukan Bimbo"bermuula 29 Feb 2016 ni. exited uolss !!

Antara watak2 dalam drama Aku Bukan Bimbo yang iols tau

Elsuraya - Nadiyaa Nisa

Dani Ikram - Shaheizy Sam

Azad : Zahiril Adzim

Didi - Adik Anzalna ( sorry x ingat nama dia)




Thursday 18 February 2016

NEXT REVIEW !!

ASSALAMUALAIKUM :)

NEXT REVIEW IALAH NOVEL BIMBO YANG AKAN DITANYANGKAN KAT CHANNEL ASTRO !!

STAY TUNED !!

Monday 1 February 2016

Sinopsis novel Jangan Padam Rindu karya Rina Farizq

Assalamualaikum

Okay iols exited sangat nak review novel tahun 2016 yang pertama dimiliki. Gittew !. Iaitu novel jangan padam rindu karya Rina Farizq. Exited sebab novel ada tandatangan penulis (ek eleh itu pun nak bangga). hahhaha then dapat yang cetakan pertama punya. Haruslah exited & seronok kan.

Nah ni iolss bagi sinopsis  dari website kakinovel :

Ellina tak sangka dia dilamar oleh tuan haji kerepot yang bertongkat! Dia tak rela nak bertunang dengan lelaki tua yang gatal tu. Nak kahwin? Lagilah tak ingin!
Ellina: Lagi satu, bukan semua orang tuan haji boleh beli hatinya dengan kebendaan. Note4 pink ni memang awesome tapi itu tak bererti saya dah jatuh tergolek kat sini.
Mereka tak pernah bertemu, hanya berkomunikasi melalui aplikasi WhatsApp. Mujurlah ada media canggih tu. Kalau tak, ‘muntah hijau’ dibuatnya kalau terpaksa bercakap secara langsung dan bertentang mata dengan tuan haji.
Tuan haji: Ellina, saya ikhlas nak kahwin dengan Ellina. By the way, Note4 pink tu saya hadiahkan dengan ikhlas. Saya tak ada intention pun nak buat Ellina jatuh tergolek kat sana. Ellina, jatuh tergolek ke?
Serius Ellina tak boleh tahan. Geli betul dengan lelaki tua yang bertongkat tu. Tapi nak buat macam mana? Apa pilihan yang dia ada?
Ellina: Saya serius. Apa kata kahwin saja dengan ibu saya? Saya lebih rela jadi anak tuan haji. Please marry my mom.
Tuan haji : Ellina… I want to marry you, not your mom.
 Ellina pasrah. Majlis pertunangan dijalankan walaupun hati tak rela. Tak ikhlas! Tapi, kenapa bila tiba hari pertunangan orang lain pula yang bertunang dengan dia? Bukannya tuan haji. Dan Ellina rasa nak mati bila ‘orang’ itu sebenarnya yang meminangnya. Ellina rasa tak menentu bila ‘orang’ itu yang menjadi tunangnya. Kenapa ‘orang’ itu? Kenapa orang yang telah merobekkan hatinya muncul semula dalam hidupnya?
“Simpan rindu dalam hati!”

Camane teruja ke tidak ? . hahha. ni sinopsis belakang novel.

so basically Ellina ni dia macam tak tau dengan siapa yang dia kena kahwin. Tuan Haji dah pinang dia tapi dia taknak lah sebab Tuan Haji dah tua pada pandangan dia. Tuan Haji buat macam2 lah supaya Ellina terima pinangan dia.

Tapi sebenarnya anak Tuan Haji , iaitu Akid Fauzan yang iolss bayangkan Fadlan Hazim sbg Akid Fauzan. Over tak. hahha. Tapi ada cerita antara Fauzan dgn Ellina ni. Ada a few bab yang akan reminiscing saat2 dorang bercinta dan kenapa dorang putus. Jangan skip2 ye. Fauzan ni tersangat sweet orang nya even baru kenal Ellinapun dah panggil Ellina princess. Ko ghase ?.

Fauzan ni memang sweet giler dengan Ellina , tapi malu2 nak mengaku. hahaha
Biasalah kan dalam novel mesti ada orang ketiga. Dalam ni ada watak Mellisa yang agak jahat ler juga. Iolss suka watak El..Lina (panggilan Fauzan utk Ellina). Suka watak Ellina sebab dia agak berdikari juga lah. then satu habit dia yang buat Fauzan geram dengan dia ialah dia suka gigit hujung bibir. hahha. syam kawan Fauzan pun jahat juga. nak tau kena beli dan baca. hehehe. nanti spoiler pulerr. tak gitu?..


basically novel ni best sebab jalan cerita tak berat sangat , best sebab ada part @ bab macam mana dorang berjumpa, kenapa berpisah, kisah parents & family Fauzan yang buat kita tertanya@ & etc.

Tbh,ni novel pertama karya Rina Farizq yang iolss baca. Dan memang tak menghampakan. selain tu ada juga watak Miwal , Hani, Akma & etc yang korang kena explore. tak syok ah kalau cerita semuakat sini kan. hihi.