jom klik ni untuk menjadi yang pertama untuk mengetahui tentangnya

Monday 30 July 2012

Sinopsis Novel Kahwin Ganti karya Aifa Batrisya

Assalamualaikum semua
* MESTI BELI !

Sebelum mula nak ulas novel kahwin ganti karya Aifa Batrisya ni nak mintak maap bebanyak lah sebab ulas novel ni dulu , and sorry termungkir janji , ye lah kata nak ulas novel-novel kat sini . Hee , tapi don't worry okay akan ade ulasan untuk novel2 tersebut seperti yang dijanjikan. Aku sangat eksaited nak ulas pasal novel kahwin ganti ni sebab novel ni best giler okay. Actually agak lama lah aku dah beli novel ni , iaitu masa mula cuti sem , tapi pagi tadi lepas sahur baru ade free time nak baca novel ni. 

Ok ni sinopsis mengikut belakang novel 

Luqman Hakim
Perempuan yang bertudung semuanya sama! Nampak baik, tapi hati busuk! Cinta konon! Ada apa dengan cinta? Dah bercinta, nak kena setia. Punyalah setia, kena tinggal juga! Jadi seperti dia juga senang. Tempoh untuk berkawan dengan perempuan, hanya satu bulan. Cukup masa, tukar yang lain. Muda lagi kut! Enjoy la!



Nuqman Hakim

Bertunang, banyak dugaannya. Ramai yang tunang dengan dengan orang lain, tapi nikah dengan orang lain. Nikah terus lagi senang. Lepas ni, boleh fokus pada belajar. Bukan macam mamat seorang tu, sibuk ke hulu dan ke hilir heret perempuan yang bukan muhrim. Macam manalah ilmu nak berkat kalau dok sibuk buat perkara tak senonoh!


Mya Zara
Bila berdua dengan lelaki itu, bayangan Nuqman selalu saja nampak pada dirinya biarpun perangai mereka ternyata berbeza. Tapi, bila wajah itu tiada di hadapannya rindu pula mula menghimpit diri. Dia sendiri tak pasti sama ada itu adalah cinta atau sekadar kerana taat setia pada yang sah memilikinya.
“Awak suka saya tak?” – Mya Zara

“Aku… aku suka Dibo!” – Luqman Hakim

Takdir Allah telah menentukan jodoh di antara Luqman Hakim, pelajar tahun akhir Kejuruteraan Kimia yang kasanova, dengan Mya Zara tutor mudanya yang juga bakal kakak iparnya tatkala Nuqman Hakim menghilang secara tiba-tiba.

“Sebab dia adiklah, abang akan buat macam tu. Abang akan paksa dia ceraikan Zara dan pulangkan semula Zara pada abang. Tak selamanya dia boleh rampas semua hak abang. Kali ini, abang akan bertegas. Sama ada dia suka atau tidak, Zara mesti jadi hak abang!” – Nuqman Hakim

Mampukah istana yang dibina atas dasar gantian bertahan hingga ke akhirnya? Berjayakah Mya Zara mengubah persepsi Luqman tentang perempuan dan cinta?



Hasil pembacaan aku , novel ni punya jalan cerita ade sikit persamaan dengan novel Sebenarnya Saya Isteri Dia! . Bagi yang x baca lagi ulasan untuk novel Sebenarnya Saya Isteri Dia! , boleh KLIK KAT SINI 

Okay mesti ade yang tertanya-tanya ape persamaan novel ni dgn Sebenarnya Saya Isteri Dia! , persamaan nye ialah lelaki @ hero yang kene kahwin dengan heroin nye adalah muda 2 tahun dari heroin nye , iaitu hero nya 23 tahun & heroin nye 25 tahun , lepas tu , hero nye kena kahwin dengan ex gf abang dia. Seperti yang ade kat belakang novel ni nama heroin untuk novel ni ialah Mya Zara , sedap kan nama & heroin nye Luqman Hakim & Nuqman Hakim yang FYI , Luqman Hakim & Nuqman Hakim ni twins!! . Persamaan lain pulak mak mentua dalam novel ni sama macam watak Datin Fariza dlm novel Sebenarnya Saya Isteri Dia! . 

Walaupun dorang ni twins , tapi perangai lain2 . Sorang kasar , sorang macam mat belia @ skema sikit. Sorang tu macam anti perenpuan / playboy sebab kecewa dengan cinta , sorang lagi ok2 je .Okay taknak ulas panjang , tapi InsyaAllah padat . HEHHEHE

Okay macam mane Mya Zara ni boleh kahwin dgn Luqman Hakim sedangkan dia bercinta dengan Nuqman Hakim??. Jawapannya sebab masa hari pernikahan dorang , Nuqman Hakim ni menghilangkan diri , so sebab nak jaga maruah keluarga kedua belah pihak , so kakak si kembar tu , Nuha pun membuat keputusan untuk menyuruh Luqman Hakim gantikan tempat Nuqman Hakim. Wahhh giler ko nak kahwin dengan orang yang kite tak kenal langsung ? dah tu ex gf abg sendiri , dah tu lagi , tak pernah ngam dengan abg tu , memanh berperang je lah kan. 

Tapi lepas dipujuk & fikirkan maruah keluarga & sayang kan ummi & abah dia , Luqman Hakim pun setuju dengan hati yang bengkek lah semestinya kan. Tapi Mya Zara ni tak tau pun yang dah jadi suami dia tu adik kembar Nuqman sampai lah bila Luqman sendiri bagi tau yang diri dia tu bukan Nuqman , and semestinya bukan senang nak terima kalau kite kat tempat Mya Zara kan. 

So bile dah kene kahwin paksa ni , muda pulak lagi , memang tak sah kalau tak bergaduh. Dipendekkan cerita , Mya Zara ni tutor pulak kat tempat Luqman Hakim study , iaitu UTM . Nak jadikan cerita , ramai pulak yang berkenan dengan Mya Zara ni sebabnya dia dibayangkan iras Heliza AF. Tapu Luqman ni hati kering lagi and dia buat dek je biler kawan2 dia nak mengurat Mya Zara sampai laha de satu insiden ni , bile dah kantoi , dia terpaksa lah cakap Mya Zara tu isteri dia and ade satu lagi insiden yang membuatkan semua orang tau sape & ape hubungan Mya Zara dgn Luqman Hakim

Aku ni kalau nak ulas novel boleh jadi novel online , so supaya korang x rasa yang aku ni annoying , better korang beli & baca novel ni . Memang best giler . And kalau korang dah baca  Sebenarnya Saya Isteri Dia! , korang memang kena beli & baca novel ni. Banyak lagi cerita yang best dalam novel ni yang membuatkan korang akan bayangkan diri korang as a Mya Zara . HHEEEHEHH.

Korang boleh dapatkan novel ni kat kedai2 buku yang besar atau kalau malas nak keluar rumah @ malas nak pegi bank boleh KLIK KAT SINI JE 
Assalamualaikum :D

Selamat berpuasa pada hari ke-10 Ramadhan . Hari ni nak tunjuk "teaser" dulu novel ape yang akan di ulas . Harap sabar menunggu . HEHE 





Berita baik !!

Assalamualaikum. Jutaan terima kasih diucapkan kepada anda yang sudi singgah blog ni. Berita baik ! . Anda kini boleh mencadangkan novel ape yang anda mahu saya "review" . Dan InsyaAllah saya akan buat jualan novel terpakai dengan harga yang murah. Jika ada sebarang novel yang anda ingin saya review / nak beli novel terpakai boleh LIKED page NOVEL REVIEW atau KLIK JE KAT SINI  dan PM saya di FB .Terima kasih dan selamat membaca :D

Sinopsis Novel Tolong Ingatkan Aku karya Mimie Afinie


Assalamualaikum . Okay disebabkan agak lama x review novel , so hari ni ade 2 buah novel yang dipilih untuk di review , nak tau novel ape yang aku dah reviewed tadi ,  klik kat sini ye . Thankss :D. Okay novel kedua ni aggak baru , iaitu diterbitkan pada tahun 2012 so baru lah jugak walaupun tak berapa nak baru. HEHEHE . Ni antara novel kak mimie yang ade dalam koleksi aku . Bagi yyang belum ade lagi novel ni dalam koleksi , ni nak cerita sikit sinopsis mengikut belakang novel ni


Tak handsome pun tak apa… janji baik hati dan kuat pegangan agama. Kalau dapat ustaz lagi bagus. Dia banyak kelemahan. Dia serba-serbi kekurangan. Dia perlukan orang macam tu untuk membimbing dan memimpinnya ke jalan yang diredai.  


Pertemuan pertama kali dengan Azlan mengundang sengketa antara mereka. Azahmemang menyampah dengan lelaki perasan bagus tu. Cakap berdegar-degar tapi habuk pun tak ada. Hidup hanya tahu menyusahkan orang. Dengan ayah, dengan mak long bolehlah Azlan nak  masuk jarum tapi bukan dengan dia  ya. 

“Saya berani potong jari… takkan ada ustaz yang nak awak. Usah kata ustaz, lelaki lain pun tak nak perempuan perangai entah apa-apa dan brutal macam awak tu. Entah-entah lawyer yang mak long awak carikan tu pun tak sudi bila jumpa awak nanti.”

Dalam tak sedar, perempuan yang entah apa-apa itulah yang telah berjaya mencuri hatinya. Perempuan brutal itu jugalah yang dia mahukan. Tapi mana dia nak sangka, ada juga lelaki yang ‘pandang’ Azah… nakkan Azah. Bukan calang-calang orang pulak tu. El ada pakej lengkap. El menepati ciri-ciri yang Azah cari selama ini. Siapalah dia jika mahu dibandingkan dengan lelaki itu? Perbezaan antara mereka sangat jauh. Macam langit dan bumi. 

TOLONG INGATKAN AKU mengajak anda untuk sama-sama ketawa, senyum, marah, merajuk dan menangis bersama Azah, Azlan, El dan yang lain-lain. Selamat membaca dan menghayati.


Tolong ingatkan aku mengisahkan Azah seorang anak sulung dari 2 beradik yang tinggal dgn ayah dia sebab mak dia tinggalkan ayah dia. Ade adik bernama Awi yang mengihidap kanser tulang . Azah ni seorang yang berani lah jugak sebab dia berani lawan balik cakap boss dia. Tapi bukan lah kurang ajar sebab boss dia yang cari pasal dulu. Maybe cara dia lah yang salah. Seperti biasa dalam novel mesti ade 2 hero , dan dalam novel ni 2 watak tersebut ialah El & Azlan . Curlass kan nama watak hero2 dia . HEHEHEE. 

Azlan dalam watak ni mula2 sangat annoying okay. Berlagak giler dengan kemewahan family dia. And dipendekkan cerita sebab malas nak dengar parents dia membebel je , so dia membuat keputusan untuk tinggal sendiri & kononnya nak berdikari lah. Nak dijadikan cerita , dia menyewa pulak kat rumah sewa ayah si Azah ni , iaitu pakcik Zainal. So biase lah bile si annoying jumpa dengan Azah yang boleh tahan hot temper tu , memang bergaduh je lah keje nye. Nak dijadikan cerita lagi , Azlan ni dah tak dapat elaun dari mak dia dah sebab ayah dia , Dato' Azman dah tau mak dia si Datin Ruby tu selalu bagi duit belanja kat si Azlan. So bile mak dia dah kantoi , maka Azlan pun tak dapata ah duit belanja. So takde lah dia bayar duit sewa rumah . Si Azah ni ape lagi bengang ah dengan ayah dia sebab macam bagi muka kat si Azlan ni duduk free je tak bayar sewa. Tapi pakcik Zainal ni cool je , dia buat dekk je bila Azah membebel. Si Azah pun ape lagi , dengan membawa perasaan yang bengang tahap gaban , dia pun pergi ah serbu rumah sewa ayah dia untuk mintak Azlan bayar duit sewa rumah. So korang bayangkan lah sendiri ape yang terjadi bila 2 orang ni bertemu * maknanya kena dapatkan novel ni lah. hee*.

Lagi membengangkan tu bile ayah si Azah ni ajak pulak si Azlan tinggal kat rumah dia. Aduhh lagi lah panas berapi si Azah tu kan. Dipendekkan cerita , lama kelamaan Azlan ni macam dah jatuh cinta dengan Azah. Walawehhh tu lah orang cakap jangan benci sangat dengan seseorang. Kebetulan pulak mak long si Azah ni berkenan dengan si Azlan. Tapi Azah tak suka pun kat Azlan sebabnya dia dah jatuh cinta dengan mamat yang terlanggar dia, iaitu El. El ni digambarkan sebagai seorang ustaz dan sangat menjaga pergaulan dengan wanita. Fuhh bestnya dapat future husband macam ni kan, Hehe. So Azah ni pun berazam lah nak berubah jadi wanita solehah sesuai dengan El yang ala2 ustaz tu. Tapi biasa lah mesti ade je pengahalang nye. Si Azlan yang jeles ni pun api2 kan Azah , dia cakap Azah tak sesuai dengan dia sebab dari cara pakaian Azah dah menunjukkan yang dia tak sesuai dengan El. 

Pengajaran yg aku dapat dari novel ni ialah, bila kite nak berubah jadi baik tu biarlah kerana Allah SWT , bukan sebab lain , atau sebab lelaki. Contohnya macam Azah , before dia kenal El , cara dia berpakaian tak menepati ciri2 yang El nak. Ye lah pakai tudung tapi pakai baju baby tee yang semestinya tersembul segala yang tak patut ditunjukkan . So bila dah kantoi masa El nampak dia berpakaian macam tu El pun macam taknak ah sebab dia rasa Azah tak jujur arau bahasa modennya hipokrit.

Sampai sini je lah ye aku review pasal novel ni . Nak tau Azah kahwin dengan sape & ape yang berlaku lagi dalam novel ni , dapatkan lah novel ni ye. Okayy bye Assalamualaikum & selamat berpuasa :D .

Sunday 29 July 2012

Sinopsis Novel Sweet Sour karya Nasz



Assalamualaikum. Macam mana puasa hari yang ke9 ni ? Harapnya semua nye baik2 ye . Okay hari ni nak review pasal novel yang bertajuk Sweet Sour karya kak nasz. Aku beli novel ni mase aku kat upper 6 iaitu pada tahun 2010 . Bulan berape beli novel ni x ingat pulok . maap lah ye . Novel ni sweet okay ala2 serasi dihati , tapi yang ni memang semjua peringkat umur boleh baca sebab takde yang dikategorikan sebagai 18SX . Memang menghiburkan !!! . Seperti biasa aku kalau beli novel mesti tengok nama hero & heroin dia dulu then tgk sinopsis nye . And alhamdulillah nama watak2 dalam novel ni memanh best and sinopsis dia pun agak mengiburkan .

Ni serba sedikit sinopsis pasal novel ni mengikut sinopsis belakang novel :


A- Ynag manis , harum lagi wangi itu Zarul
" kira orang ni taraf cincin gula-gula ni ajelah."
" sepuluh ringgit tu.". Sungguh-sungguh dia cakap.
"Berkira...baru beli sepuluh dah kecoh... bukannya seribu pun.". Aku jeling dia.
"Banyak cakap pula...kalau tak nak bagi balik.". Dia hulur tangan kiri.

Tak tahu pula macam ni punya seronok apabila dapat cincin...walupun hanya cincin gula-gula.
"Ni kira orang 'cuplah' ni". Sambung dia lagi
Aku simpan senyum. Tak boleh senyum depan-depan ni , nanti dia perasan!

B- Yang pahit , masam , masin , payau itu Joe Jambul
"Bayar cincin ni".Kata dia. Betul ke ni , apa yang aku tengah dengar ni.
"What?". aku terkejut di situ.
"Pay for this.". Relaks aje dia mengarah aku lagi.
"Okey... sayar bayar!" . Aku jeling dia.

Tapi kan , juling biji mata aku tengok bil RM 10 000 kat Tiffany tu. Gila ke apa? Batu planet mana dia pakai buat cincin bodoh ni!

* Kenapa Zarl & Joe Jambul berbeza di hati Lia ? Gali jawapannya dalam Sweet Sour . Karya Nasz ini sungguh warna-warni dan santai persembahannya , anda tentu terpesona!

Amacam sinopsis dia best tak ??. Kalau korang kata baca sinopsis pun dah awesome , apetah lagi bila dah baca , memang best gilerrr !! . Ni antara salah satu novel yang aku baca yang santai2 je jalan penceritaan dia , ade sedih sikit , and semetsinya ade diseltkan sedikit pengajaran.

Okay melalui pembacaan aku yang dah bebeerapa kali baca novel ni , aku suka sangat 3 watak utama dalam novel ni , iaitu Zarul , Lia & Joe . Novel mengisahkan pasal persahabatan between Zarul & Lia yang dah lama berkawan and actually dorang ni adde simpan perasaan antara satu sama lain , tapi biasa lah tak terluah perasaan tu . ecehhh . Tapi Zarul ni ade lah kekadang bagi hint kat Lia ni , tapi Lia ni anggap Zarul ni macam main2 je sebab dorang ni tak pernah nak serius sampai lah ade satu keadaan yang agak serius berlaku pun still sempat nak bergurau . Zarul ni jugak sometimes dia tunjuk lah dia sayang kat Lia tapi Lia biase lah hati kering . HAHHA . Parents Zarul ni pun dah sayang dengan Lia ni , dan sebaliknya , family si Lia ni pun memang dah kenal Zarul. FYI lagi ,   Zarul ni anak VIP tapi takde lah yang hado macam anak2 orang kaya yang lain yang bangga giler dengan harta mak ayah . oppsss. 

Sampai lah satu waktu yang membuatkan Lia frustrated bila Zarul cakap dia nak kahwin dengan Suraya . Waduhhh korang bayangkan kalau korang memang dah sayang giler kat sorang laki tu , tup tup dia nak kahwin dengan orang lain . Siap tunjuk kad jemputan lagi tu uolsss . Mau tak panas hati ko kan. Lia ni pula dia rasa macam dia loser sebab tak pernah nak luahkan perasaan dia kat Zarul and paling dia rasa loser bile dia pegi wedding si Zarul . Memang pelamin anganku musnah lah kan. Nak lebih lanjut sila beli & baca novel ni ehh . :)

Kebetulan pulak Zarul ni ade abang yang bernama Joe . Joe ni seperti yang dibayangkan oleh kak nasz , sangat handsome , pandai , kaya and romantik . HEHEHEHEHE. So aku pun terbayang2 lah dengan ciri2 yang kak nasz cakap. MUAHAHAHAA over ko mak jemah oiii .And Joe ni pulak falling in love gitu kat Lia . And semestinya lah Lia tak cepat je terima pinangan @ cinta si Joe ni ye lah walaupun kecewa tapi takde lah desprate sangat kan kelam kabut je buat decision . Tapi kekadang Lia ni ade jugak sengal dia . Lepas fikir semasak-masaknya and mak and abah Zarul , jugak abah si Joe , and parents dia sendiri terima je kalau dia kahwin dengan Joe , so dia pun terima lah sebab kononnya boleh lah hari2 jumpa Zarul . 

Zarul ni pulak dah kahwin macam orang tak kahwin je . Still tak boleh lupakan Lia and sebaliknya . Kekadang tu sampai lupa yang title dorang dah berubah dari bff ke couple macam tak couple ke title adik & kak ipar . And FYI lagi , Joe ni jeles orang nya. Dia tau Lia tak boleh lupakan Zarul walaupun Zarul ni dah kahwin so macam2 cara dia buat supaya Lia ni lupakan & tinggalkan Zarul . Apekah cara2 nye tu ? Sila lah baca novel ni ye . 

Ohh ye nak cakap sikit perbezaan between Zarul dgn abang dia si Joe ni ialah Zarul ni walaupun anak orang kaya , tapi dia antara spesis anak orang kaya yang x berlagak dengan harta mak ayah. Berbanding dengan abang dia si Joe tu study & kerja semua kat overseas and before dia kahwin tu life dia agak social sikit lah . Tapi bile dah kahwin Alhamdulillah dah berubah menjadi lelaki & suami yang baik . hehhee

Okay nak tau ape ending novel ni , sila lah cari , beli & baca novel ni ye.Bukan kedekut nak share ending , tapi nanti orang cakap ni nak review novel ke nak buat novel online . AHAKSSS . okayy Assalamualaikum & selamat berpuasa & terima kasih sudi mengunjungi blog ni. 


Assalamualaikum semua ?? . Maaf lah lama tak update blog ni . Rasanya belum terlambat nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan al-mubarak 1433H . Diharapkan kite semua mengambil peluang ini untuk meningkatkan amal ibadah kita & puasa kite lebih baik dari sebelum2 nya . InsyaAllah . Semestinya akan ada banyak lagi novel yang akan di "review " untuk semua pengunjung yang setia & sudi mengunjungi blog ni . 

Friday 13 July 2012

Sinopsis Novel Serasi Dihati karya Nora Ismail


Before start dgn pandangan mengenai novel ni , nak luahkan perasaan sikit lah . Novel ni antara novel fav aku tau TAPIIIIIIIIII novel ni hilang kemana tah . Lagi kecewa bila novel ni dah takkan diulang cetak lagi katanya . Tak tau lah korang anggap novel ni best ke x , tapi bagi aku novel ni terbaik wokss !!. Okay yang dah berlalu biarkan berlalu ye .

Sinopsis belakang novel Persahabatan itu tidak pernah disengajakan, perasaan tersebut biasa2 sahaja. Tiada rasa sayang, tiada rasa kasih... Bahkah Zarul tahu Edrinaz sudah berpunya. Namun semakin jauh mereka menerokai, semakin indah perasaan itu dirasa. Semakin sering bertemu, semakin Zarul merindu. Dan akhirnya Zarul, mahupun Edrinaz sedar, mereka sama2 berasa serasi di hati.


Ehh pendek pulak sinopsis novel kali ni . Macam x best je ? . Bak kata pepatah omputih "don't judge a book by its cover" . Novel ni ade lah sikit mcm 18SX . Tapi masa aku baca tu aku dah lebih 18 tahun . muahahaaa. Tapi novel ni x lucah ye . Okay mehh aku ceritakn serba sedikit pasal watak2 yg ada dalam novel ni. Hero bagi novel ni ialah Zarul , walao nama best enn mesti dah terbayang mesti handsomenya Zarul ni . HEHEHHEHEE. Okay Zarul ni seorang lelaki muda yg bekerja sbg PA lah lebih kurang kpd isteri no 2 Dato ape tah x ingat pulak sebab x penting pun watak dato' ni . hehee. Datin yg dimaksudkan ialah Datin Zalina Asha . Datin ni sgt giler sex wokayyyyy . And Zarul ni kira anak ikan dia lah . Zarul ni jgk boleh lah nak dikatakan KASANOVA . Tapi Zarul ni baik dgn husband si datin zalina ni . 

Pendekkan cerita , lama kelamaan , Zarul ni dah mula sedar pasal masa depan dia and terfikir sampai bila dia nak jadi anak ikan si datin yang giler seks tu . Ohh lupa pulak nak bagi tau nama heroin nye . Edrinaz ialah heroin utk novel ni . Serba sedikit pasal Edrinaz , Edrinaz ni dah kahwin dgn Shamsul Azman tapi takde anak , then manja gila dgn suami dia tapi si Shamsul Azman ni yang hado je weh , dah ah Edrinaz yang tanggung makan , minum , pakai dan segala macam tapi hampehhh je tak appriciate langsung bak kata omputih . Kalau nak something baru lah dia baik dgn Edrinaz . Lagi 1 yg buat aku emosi masa baca novel ni dia x kisah pun dgn lelaki mana pun nak kawan dgn Edrinaz . Nauzubillahminzalik moga Allah SWT jauhkan kita dari berjumpa suami mcm ni . 


Macam mane pulak Zarul & Edrinaz ni jumpa eh ? Dorang ni kenal dkt laman chatting . Both of them sangat honest dgn kisah hidup memasing . Zarul berterus terang pasal life dia and Edrinaz pulak x berselindung pasal status tu as a someone wife . Tapi mcm biasa ade je pengacau nye . Si datin giler sex tu still x puas hati yang Zarul xnak dia dah and paling aku menyampah masa Zarul tu demam pun dia suruh "layan" dia . Then si datin tu pun nak baals dendam ah konon cinta dia ditolak and Shmasul Azman ni boleh lah nak dikatakan bengong sbb percaya dgn fitnah si datin giler sex tu sampai dia ceraikan Edrinaz . Bagi aku dari dpt suami mcm tu better bercerai je lah kan dari sengsara dah tu pulak masa kena cerai tu Edrinaz tu keguguran . YaAllah mcm mane lah kalau kita kat tempat Edrinaz tu kan . Hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui . 


Then datin giler sex tu memang giler sex betul sampai Shamsul Azman pun dia tibai je . euwww okay gua nak stop cerita pasal 2 org manusia takde perasaan ni sebab meyampah lah . 

Dipendekkan cerita lagi , Zarul ni bersimpati dgn keadaan Edrinaz dan as a gentlemen , Zarul pun hulurkan bantuan kat Edrinaz sampai lah satu masa tu dorang ni ade perasaan antara satu sama lain . Part ni memang aku suka giler . Ni kira mcm watak Firash lah kahwin dgn wanita yang tua sikit dari dia . Tapi yg ni bukan kahwin paksa . hehehehee. Okay terpaksa jgk selitkan pasal Shamsul Azman . Akhirnya Shamsul Azman ni dah sedar sape betul sape salah and dia jadi gila talak jap . Muahahahhahaa . Dipendekkan cerita lagi , Edrinaz ni x layan pun and dia kahwin dgn Zarul :DDDD . 


Sampai sini je lah ye aku share pasal novel ni . Macam biasa lah nak tau lebih lanjut pasal si datin giler seks , Shamsul Azman yang bengong dan pasal sweet couple Zarul & Edrinaz ni korang cari lah novel ni sampai dpt sebab katanya dah kehabisan stok & xtau lah penerbit nak ulang cetak ke tak . Kalau ade Alhamdulillah and aku akan inform kat sini.

p/s : Novel ni mcm yg aku cakap ade unsur 18SX . Tapi bukan sebab ni aku beli novel ni ye . Sebab kat sinopsis takde pun cakap pasal ade unsur 18SX ke x . Dah baca baru tau . :) . Tapi count on me novel ni memang best ! Thumbs up untuk penulis novel ni iaitu Kak Nora Ismail . Harap2 novel ni diulang cetak . 

Sinopsis novel Sebenarnya Saya Isteri Dia karya Zura Asyfar

MESTI BELI ! *

Sinopsis belakang novel Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.

Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.
"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.
"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.
Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.
Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.
"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.
"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad
Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.
"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.
"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.
Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?
Okay tertarik x dgn sinopsis novel ni ? Mesti uolsss fikir negative kan mase baca ayat ni   Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua. Okay ianya x seperti yg enkorang sangaka hokay . Syafa Aqira bukan lah perempuan yg jahat begitu juga dgn Farish Adryan . Tapi kena perangkap maut . Hamboiii perangkap maut gitu ye . Biasa lah kan kalau kita bahagia mesti ada ujian yg mendatang . hee kemain ayat mak jemah ye . 

Okay sebab masa itu emas , aku straight to the point je lah ye . Dipendekkan cerita Syafa ni kena perangkap dgn pompuan gedik yg nak kat Firash Arshad . Then sebab nak tutup malu , mak Farish Adryan & Firash Arshad , iaitu Datin Farizah suruh Syafa ni kahwin dgn Firash atau lebih femes dgn name acad . Okay utk uolss punya info , Datin Farizah ni sgt ah awesome hokay . Susah nak dapat mak mentua yg baik cam gini . Biasa lah kalau kena kahwin paksa kan mane ada orang normal yang nak . Garapan utk novel ni lain sikit dari novel yg aku baca sebelum2 ni sebab Firash ni kena kahwin paksa , dah ah kahwin paksa , dgn bekas ex abg dia pulak , dah ah x berapa ngam dgn abang dia , hadoiiiyaiii byk betul dugaan utk dak Firash ni , dah tu Syafa ni pulak tua 4 tahun dari dia .Masa tu pulak Firash ni baru 21 tahun . Sebaya dgn gua beb dah kena kahwin . huaaa. So korang imagine lah ye camane Firash ni nak berhadapan dgn kawan2 Uni dia . Tapi dlm masa yang sama walaupun Firash ni agak kerek ade mase nye dia romantik hokay uolsss.

Dipendekkan cerita lagi , dorang ni tetap happy tapi biasa lah ade je pengacau . Benci tau perosak hubungan orang ni. Paling best tu bila salah sorang kwn Firash ni terpikat dkt Syafa . Walapun Syafa ni dah 24 tahun masa tu , dia still awet muda . Gitu lah kan .Tapi as i mentioned earlier , Firash ni jeles tau bila kwn dia tu nak tackle Syafa .

Novel ni memang best sangat2. Rugi kalau x beli. Best sebab kebanyakkan novel banyak cerita pasal kahwin muda je , tapi x banyak nak garap pasal lelaki muda kena kahwin dengan perempuan yang berusia sikit and macam mana dorang handle perkahwinan dorang. So novel ni memang best !!

Pendekkan cerita at last dorang ni admit jugak yg dorang ni husband and wife . 

Kalau nak cerita pasal novel ni memang dah boleh jadi novel online dah sebab novel ni BEST GILER !! . So better korang beli & baca sendiri baru lah feeling2 watak heroin tu mcm diri kita . ahahahahhaha perasan nye . * ape salahnya kan* . Banyak lagi cerita yg menarik pasal novel ni so ape lagi , pegi beli sekarang novel ni sementara ada dalam pasaran . Takpun kalau malas nak bersesak kat Jalan TAR tu beli online je. 

Okay Assalamualaikum & terima kasih sebab sudi singgah blog ni :)

Sinopsis untuk novel Kasihku Abadi karya Shanika Latisha



Sinopsis berdasarkan "back cover" novel ni ialah Wana yang pernah putus tunang menyerahkan soal jodoh pada keluarganya. Antara rela dan terpaksa, dia menerima Risyam sebagai suami. Rumahtangga mereka diserikan dengan sepasang anak kembar Rayyan dan Ranis. Ternyata, pilihan keluarga juga membuahkan cinta dan bahagia.

Kegembiraan mereka dirampas bila Risyam disahkan mengidap HIV positif akibat pemindahan darah. Risyam yang amat kecewa menganggap ini sebagai malapetaka. Namun, Wana dan seluruh keluarganya memberikan sokongan moral agar Risyam tabah meneriskan hidup.

Konflik antara Wana dan Risyam terjadi dengan kemunculan Haiqal, bekas tunangan Wana. Lelaki itu cuba menggoda Wana agar kembali ke pangkuannya. Dengan cara halus, dia memporakperandakan rumahtangga Risyam dan Wana. Namun, keimanan suami isteri ini yang sabar, berjaya menangkis kejahatan manusia.

Dalam doa ada harapan, dapatkah mereka terus menyulam kasih?


serba sedikit info tentang novel ini ialah ia ditebitkan pada sekitar tahun 2003 , so lebih kurang 9 tahun dah novel ni diterbitkan . Tetapi aku baru membacanya semalam kerana novel ini takde dalam koleksiku . Aku pun tertanya-tanya kenapa dlm byk2 novel , novel ni aku takde . hehe . Aku dapat novel ni pun dari ibu saudaraku yg bwk balik rumah pada minggu lepas . Mungkin sebab penulisnya aku kurang kenali , maka aku takde novel ni . Okay bukan tu yg nak diceritakan . First time aku baca sinopsis novel ni aku dpt rasa novel ni best . Hasil pembacaan aku mengenai novel ni ialah betapa tabahnya Wana , iaitu heroin novel ni . Wana dalam novel ni digambarkan sebagai gadis biasa yg putus tunang dan bersedih atas kejadian tesebut . Ye lah sape yg x sedih kan bila putus tunang . Walapun aku belum bertunang , even takde kekasih hati lagi , tapi kisah Wana ni aku bayangkan kalau aku berada dalam situasi dia . Sebabkan taknak tengok Wana ni sedih je , so Paksu & Maksu dia cuba menjodohkan Wana dgn Risyam . At first biasa ah kan , sape nak kahwin paksa @ kahwin dgn org yg kite x kenal tp Wana still setuju jgk . Same jgk dgn Risyam . Tapi x mcm novel2 lain , hero utk novel ni takde gf mcm novel2 lain . Hehee. So bila dtg merisik Risyam ni boleh kata dah terpikat ah kat Wana . So dipendekkan cerita , maka kahwinlah Wana & Risyam . Memula biasa ah x dpt biasakan diri *ewah aku ni cerita mcm dah ade pengalaman je kan* hehe . Tapi i tell uolls , Risyam ni sgt lah baik woiii , sabar je walaupun Wana x boleh accept dia lagi & even Wana still ingat kat ex dia . Tapi lama-lama dorg pun dah ngam and dikurniakan cahaya mata . Kembar lagi tu .

Dorang memang a very happy family sampai lah satu ketika Risyam disahkan menghidap HIV positif . Uikss jgn misunderstand , Risyam ni bukan lah spt yg korang sangka . Dia dpt penyakit ni masa dia eksiden kat New York . Aikk ,ape kena eksiden dgn HIV ?? sabar jap belum habis cerita lagi ni . Kenapa & mcm mane dia eksiden , sila lah baca novel ni ye sbb nnt nak cerita takde thrill lah kan . HEHE . Then masa tu dia kekurangan darah so doktor kat sane pun main bedal je masukkan darah tah sape2 yg ade HIV kat Risyam . Masa tu hanya Allah SWT je yg tau perasaan Risyam . Dipendekkan cerita lagi , Alhamdulillah semua family member Risyam & Wana bagi full support kat Risyam ni . Then ex si Wana , Haiqal muncul sbg seorang doktor kat tempat Risyam dirawat . Dipendekkan cerita lagi , Hiaqal ni jahat wehh dia gunakan penyakit Risyam as a reason dia nak kat Wana balik and he even sihirkan Wana & Risyam wehh sampai Wana tu benci tgk Risyam . ishhhh ape ke jahat bebenor Haiqal ni . Tapi Alhamdulillah berkat doa kpd Allah SWT , Wana & Risyam ni happy balik . 

Dipendekkan cerita lagi , keadaan Risyam masa tu makin teruk dan ape yang aku sedih sgt masa baca novel ni , umur Risyam x panjang dan dia meninggal dunia. Masa aku baca tu aku bayangkan aku kat tempat Wana . Ok x boleh nak cerita byk lagi sebab nanti aku beremosi pulak . 

Ape yg dpt aku rumuskan mengenai novel ni ialah , betapa tabahnya Wana hadapi situasi mcm ni . At first dia kehilangan anak ketiga sbb mase pregnant tu dia terjatuh , korang bayangkan lah perasaan dia mcm tu kalau korang kat tempat dia , walaupun dalam novel je , tapi bayangkan kalau korang hadapi situasi yg same . Ok aku x dapat bayangkan . Then tabah lagi bile suami dia disahkan ade HIV positif . 

* nak tau lebih lanjut pasal kisah seterusnya , korang baca lah sendiri supaya korang lebih feel . Ye lah takkan nak cerita semua kan , nnt takde feel lah kan . 

p/s : ni novel yg aku baca smpai sedih sgt lepas novel Andai itu Takdirnya. hee